Comrades

Monday 14 January 2013

Man vs Woman

Dunia, sekarang bukan lagi zaman lelaki seperti zaman dahulu, tapi sekarang dunia dikuasai oleh laki-laki dan perempuan.

Tapi dari segi agama, lelaki sentiasa nombor 1 dan will always no 1. Jadi gua tak akan kupas isu itu.

Jom kita lihat.

1. Sukan Bola sepak

Menurut pandangan gua, rata-rata lelaki lebih ramai minat bola daripada orang perempuan. Why? Lelaki boleh baca taktik, dan lebih hebat jika mereka boleh analisis perlawanan seperti penganalisis di TV, berbanding wanita. Mereka tahu menyokong, dan gua belum jumpa setakat ini kritikal analisis oleh kaum perempuan. Jadi gua anggap dalam hal ini, lelaki menang, 80-20.

2. Pengurusan pentadbiran

Kebanyakan organisasi sekarang tidak lagi seperti dahulu di mana lelaki lebih dominan berbanding wanita, tapi kini ada wanita telah menjadi ketua organisasi. Contoh termudah, pengarah IPG Keningau diketuai oleh seorang wanita. Lelaki? Jadi pengikut. Tapi tak bermakna lelaki tidak berkelayakan, cuma teori lelaki ini malas khas untuk golongan muda-muda bukan tua-tua. Tapi skor untuk persaingan ini, 50-50.

3. Game

Ini gua berani kata lelaki menang. Setakat ini, gua belum jumpa gamers perempuan yang betul-betul main game mantap. Kalau setakat solitaire, spider solitaire, heart tu baik toksah. Upgrade sikit, farmville, cityville, entahville pun tak payahlah. Kalau game macam DotA, latest game release, itu gua respek. Tapi jarang gua nampak, bukan jarang. TAK ADA LANGSUNG MELAINKAN JUMPA DI INTERNET. Jadi dari segi ini, lelaki menang 80-20.

4. Business

Ini, 50-50. Sekarang ramai businesswoman (gua maksudkan mereka bisnes yang baik-baik, bukan GRO atau pelacur). Perempuan aktif malah ada yang menjadi pengurus syarikat. Lelaki? Sudah tentu ada. Semestinya ramai, dan aktif juga. Jadi gua kekal dengan 50-50.

5. IPTA/IPTS

Ini? Heh. Kalau dulu ada berita pasal ini, tapi jika rujuk kelas gua, ianya seimbang. Tapi jika lihat secara menyeluruh, perempuan ramai daripada lelaki. Reasons? Entah. Lelaki pemalas? Tak juga rasanya. Ada lelaki rajin. Heh. Skor? Perempuan menang 55-45.

6. Kebersihan

Aik? Kenapa? Heh. Penting juga ni. Tapi setakat ini, confirmlah perempuan menang, tapi memang ada lelaki pembersih juga. Maksud gua, suka jaga kebersihan, sentiasa kemas tempatnya (kalau penampilan lain cerita), tapi sememangnya perempuan menang dengan skor 65-35.

7. Artis

Artis perempuan lebih ramai. Contoh mudah, artis youtube. Asyik-asyik perempuan. Perempuan, perempuan. Yuna, Shila, Najwa, Tasha lagi. Segalalah. Mana lelaki? Paling-paling pun, Hafiz, Aizat, Jimmy Palikat, tapi tak layan PSY. Gangnam-gangnam. Skornya? Perempuan menang 55-45.

8. Pelawak

Pelawak dari segi? Gua masukkan semua tak kira live ka, drama ka, sitcom ka, movie ka. Lelaki dominan. Tak payah cerita banyak. Ada ke pelawak perempuan? Ada tak ramai. Kalau perempuan buat lawak pun, lelaki je ketawa. Perempuan lain meluat. Tak caya cuba. Pastikan anda itu comel barulah buat lawak. Lelaki menang 70-30.

9. Kesihatan

Kebanyakan perempuan lebih menjaga kesihatan berbanding lelaki tak kiralah sihat atau tidak. Lelaki kalau dah sakit baru mahu jaga diri. Perempuan? Gemuk sikit dah komplain. Jadi skor gua sama? Nope. Perempuan menang 65-45.

10. Pakaian

Lelaki simple, perempuan kompleks. Tapi masalahnya, kompleks perempuan itu buka aurat, lelaki simple tutup. Main bola lain cerita, itu pun tetap haram. Perempuan banyak bergaya, lelaki kurang? Nope. Lelaki pandai bergaya, tapi gayanya simple. Skor, perempuan menang 55-45.

11. LGBT

Heh. Panas ni. Panas!! Sama sahaja. Tiada kompromi. Kalau yang diam-diam, senang didekati, ok juga. Kena faham betul-betul dan tegur baik-baik. Tapi kalau sampai buat demo tu, baik toksahlah. Bertaubatlah. Taubat. Gay Lesbian sama sahaja. Dominannya sama.

12. Masalah sosial

Sekarang ini kebanyakannya perempuan. Yalah, kes buang bayi? Mengandung? Zina? Perempuan bukan? Lelaki escape. Tapi bodohlah dua-dua, kenapa buat? Kenapa tidak fikir? Kenapa tak ambil iktibar? Jawab sendiri. Skor? 50-50.

13. Sukan umum

Lelaki dan perempuan kongsi skor sama iaitu 50. Dua-dua rajin bersukan, tapi ingat, kesihatan merangkumi pemakanan, tempat tinggal, sosial, sukan dan banyak lagi. Jadi jangan fikir sama. Cumanya, dua-dua rajin bersukan. Heh. 50-50.

14. Movie

Perempuan menang. Mahu ulas? Tak perlu. Asal ada Aaron Aziz, cukup dah perempuan menang 80-20.

15. K-PoP

Selalunya perempuan menang. Gua setakat ini belum jumpa lelaki FANATIK K-pop. Paling-paling pun ada junior gua minat Bigbang. Baru satu. Kalau perempuan minat k-pop laki-laki, jadi lelaki minat SNSD, T-Ara, Kara, F(x), IU, After School, Miss A, Sistar lah? Heh. Perempuan menang 90-10.

16. Politik

Lupa pula pasal ini. Tapi dominannya lelaki. Pengikut pun ramai lelaki. Buat demo pun yang cedera muka lelaki. Jadi lelakilah banyak dominan, jadi gua berani kata lelaki menang 90-10.

17.  Memandu

Lelaki menang buat kesalahan lalu lintas, perempuan menang drive cermat? Yakah? Gua rasa dari segi peraturan, memang perempuan menang. Lelaki? Heh. Dahlah masuk simpang tiada signal, curi parking. Tapi gua tak kira laki atau perempuan, asal gua punya giliran, no ladies first. Heh.

18. Pengurusan Kewangan

Lelaki boros? Perempuan jimat? Jangan percaya seratus peratus. Lelaki boros pada makanan, perempuan selalunya boros pada pakaian. Tapi gua tak rasa gitu. Semua sama saja. Cuma lelaki lebih banyak guna wang, untuk apa gua tak tahu. Belanja perempuan kot. Heh. Perempuan menang 55-45.

19. Gosip

Selalunya, lelaki jenis tidak ambil kisah. Malas mahu tanya banyak-banyak. Perempuan cenderung untuk umpat-umpat. Heh. Itu tipikal. Tapi mengikut pandangan gua, sama saja lelaki perempuan. Kalau perempuan mengumpat, lelaki mengutuk. Sudah tu mengutuk berjemaah. Heh. Sama saja, 50-50.

20. Gadget

Gadget apa? Iphone? Smartphone? Blueberry? Laptop? Semualah. Tapi kalau berkaitan ICT, lelaki menang. Lelaki pakar selesai masalah laptop dan handphone. Jadi lelaki menang 65-35.

21. Belajar

Heh. Perlukah ini? Perempuan menang 60-40. Gua tak mau ulas. Sendiri fikir.

Baiklah, itu saja setakat ulasan gua. Jika ada tambahan sila kemukakan. Jika ada kesilapan maafkan. Heh. Gua mahu study.

Gua taip untuk mengajak manusia berfikir kenapa ada persaingan. Baguskah atau tidak? Terpulang. Bergantung pada diri kamu. Selesa bekerja dengan perempuan? Tidak apa. Dengan lelaki pun tidak apa. Tapi jangan berbangga kerana kamu seorang lelaki atau perempuan, terutama perempuan. TANPA ADAM TIADA HAWA. Paling penting, kita semua dari Allah. Dan perbezaan itu sentiasa ada. Wallahualam.

P/S - Gua selesa bekerja dengan mana-mana jantina, tetapi dengan perempuan lebih senang. Why? Nanti gua kupas. Heh.

6 comments:

  1. tak aci! ulasan ini tidak menggunakan analisis data, tinjauan literature, kajian kes, matlamat, refleksi isu masa lalu bla..bla...bla... hanya dari seblah pihak sahaja. maksud wa, lelaki =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Dari sblah pihakla sgt.

      Hehe. Gua kata berdasarkan pengalaman okeh. :P

      Delete
    2. mana aci... pempuan klu menang ko buat sikit ja percentage dia lebi dari lelaki. tp klu lelaki menang trus tiiiiinnggggiii ni markah kena bagi, jatuh ni percent perempuan >.<

      Delete
    3. Haigguu. Cik adik yang disayangi, ada pun perempuan 90-10. Naa. Cek balik. Cek balik.

      Hehe. Memanglah, kalau kelas yg kurang lelaki, kurang nampak kot. :P sbab tu gua kata gua buat berdasarkan pengalaman.

      Delete
  2. manaaaaaaaa.... daripada 20, ada DUA jak prempuan menang besar. len2 menang tipis dan kalah =P naaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada menang juga kan? Hihi. Dah2. Tak mo gaduh2. Menangla menangla. :P

      Delete