Comrades

Tuesday, 15 January 2013

Lelaki dan Perempuan

Lelaki dan perempuan, saling memerlukan, saling berkasih sayang.

Tapi gua tidak mau cerita cintan cintun. Buang masa.

Gua mau ulas kenapa bekerja dengan perempuan lebih selesa daripada bersama lelaki. KEYWORD, SELESA.

1. Variasi Idea

Kalaulah korang perasan atau tidak, kalaulah, kalau, perempuan ini jenis yang skema dan teliti (memang ada yang rockers tapi itu belakang cerita), tetapi idea mereka tidak boleh ditolak walaupun mereka perempuan. Kadangkala, idea seorang perempuan lebih baik daripada perancangan sepuluh orang lelaki. Yalah. Perempuan ini kebanyakannya jenis teliti, so kalau dia keluarkan idea memang yang lain daripada lelaki. Tapi apapun, variasi idea tetap ada.

2. Rajin

Heh. Mesti ramai percaya teori lelaki malas daripada perempuan, benarkah? Heh. Perempuan memang rajin, malah ada kawan-kawan kata best bekerja dengan perempuan sebab semua diorang buat, tanpa lelaki menyumbangkan apa-apa pun. Betul. Tapi tak baik begitu. Serajin mana pun perempuan tu, tolonglah wahai lelaki. Apakah tidak gentleman sungguh. Sifat rajin seorang perempuan sangat tinggi, sehinggakan mereka terdesak mahu berdiet. Eh? Kaitan? Rajin. Ya, perempuan rajin. Lelaki kurang rajin, tapi tidak semua.

3. Senang bergaul

Huh? Apakah? Mengarutkah? Heh. Dengan perempuan, kita boleh dengar banyak cerita daripada dimensi atau perspektif mereka berbanding lelaki. Lelaki ini ramai yang malas mahu cerita pot pet pot pet, tapi kalau perempuan, segala macam rahsia diketahui. Jadi itulah dikatakan senang bergaul.

4. Perbincangan berkesan

Benarkah? Kadang-kadang sahaja. Sebab perempuan jenis ikut kalau dia mahu, atau bagi idea kalau dia ada idea. Ya, ini pengalaman gua. Kebanyakan perempuan jenis ikut dan jenis bagi idea ini sama rata. Memang berkesan. Lelaki? Pun ada. Tapi masalahnya, lelaki ini jenis pemalu. Heh. Benarkah.

5. Bekerjasama

Okay, ini pun dikira rajin juga. Tapi sebenarnya berbeza antara kerjasama lelaki dan lelaki, serta lelaki dan perempuan. Kalau lelaki dan lelaki, si A buat kerjanya, si B pun buat kerjanya. Kalau si B sudah siap, dibiarkan saja si A sendiri-sendiri. Tetapi kalau perempuan, dorang tengok, menunggu. Kot-kot lelaki tu mahu bagi kerja lagi. Tapi lelaki ini biasanya gentleman, dorang akan kata "Tidak apa. Biar saya buat yang ni."

Heh. Jangan marah. Sekadar suka-suka yang membuatkan otak kita berfikir. Ada mungkin pendapat gua ni salah.

Tapi berdasarkan pengalaman gua, gua lebih selesa bekerja dengan seseorang yang memahami dan sanggup membuat kerja. Kenapa? Sebab seseorang yang memahami akan sedar ada tugas perlu disiapkan dan sanggup tambah bebannya sendiri walaupun gua rasa gua patut ambil lebih berbanding dia.

Kalau ikut pengalaman gua dulu, pernah gua bekerja dengan sekumpulan lelaki, di mana? Itu biarlah rahsia. Gua sendiri buat kerja, gua sendiri cari maklumat, gua sendiri buat itu buat ini. Time tu memanglah, gara-gara perlu dibentangkan, jadi tak berkira sangat. Gua bagi tugas pun sikit-sikit ja pada ahli, memandangkan dorang ni jenis yang gua rasa kurang serius. Sorry, I am serious.

Tiba masanya untuk pembentangan, hah! Soalan yang diajukan, gua tembak sendiri. Entah betul atau tidak. Sejak itu gua tidak lagi bekerja dengan dorang. Bukan apa, baik gua cari member yang sanggup tolong betul-betul.

Itu satu. Ada lagi satu ketika tugasan perlu dibuat. Ini kes kedua dengan kumpulan lelaki yang lain. Dalam kes ini, pembahagian tugas memang ada, memang lancar dan bagus. Jadi masing-masing ada tugas. Cumanya kadangkala hasil kajian gua agak kurang berpuas hati, sebab macam low quality saja. Tapi apa boleh buat. DAH KERJA LAST MINIT. Heh.

Itu kes dengan lelaki. Kalau dengan bini-bini? Gua akui selesa. Sebab mereka terus bagi tugas, dan terus buat. Yang penting tahu dan faham. Malah kadangkala mereka akan tolong tanpa kita sedar. Ya. Ini point penting. Mereka AKAN TOLONG TANPA KITA SEDAR. Ada maklumat kita tidak dapat cari, then kita report, suddenly mereka beritahu dah ada maklumat tersebut. Syukur. Tidak berkulat otak.

Itu antara pengalaman-pengalaman gua, dan gua kupas di sini bukan untuk tembak sesiapa. Apa yang penting sini kita bersungguh-sungguh melaksanakan tugas, tidak kiralah dengan lelaki atau perempuan. Tidak semua lelaki tu pemalas dan tidak semua pula perempuan itu rajin.

Tugas boleh dilaksanakan dengan baik, kalau kita buka hati, buka minda, dan bersedia untuk bekerjasama. Gua hairan ada yang tidak mahu bekerjasama dengan perempuan, entah kenapa. Malu apa? Dalam kes belajar atau bekerja, ianya diharuskan. Bukannya berbincang mahu kahwin. Ish ish ish.

Entahlah. Jangan marah yerr. Sekadar pandangan gua, tapi gua personally lebih selesa bekerja dengan perempuan berbanding lelaki, bukannya sebab perempuan tu cute. Tapi atas sebab-sebab yang gua telah jelaskan di atas. Hadam bagus-bagus.

Heh. Allah tidak larang bekerjasama dengan lain jantina yang penting tahu jaga batas. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment