Comrades

Thursday, 24 January 2013

Seramkah?

Gua ada cerita tentang gula-gula melanda tempat gua belajar di asrama perempuan.

Heh. Jangan tengok kalau anda seorang penakut.

Gula-gula
Seriously, ketika mencari gambar macam ni gua rasa seram sikit.

Sebenarnya, gua tidak nafikan spesis daripada iblis ini wujud, tapi gambaran begini gua ragu-ragu. Sebab di luar negara lain gambarnya.

Kalau cerita tentang pengalaman gua pasal misteri ni, ada juga sikit-sikit. Sebab paling bikin gua takut ketika kecil-kecil nampak sepasang mata berwarna merah muncul tetiba waktu maghrib di hadapan gua.

Kedua, gua tidak nampak benda tu, tapi ternampak kawan gua kena tindih something, di mana gua fikir ianya gurauan. Tetiba dia bangun dia kata "Kamu hati-hati. Aku kena tadi ni."

Dan gua terus tidur dekat kawan gua.

Ketiga, ketika ini, PPISMP semester 2, di mana gua tidur di bilik sorang-sorang, tiada roomate, atau lebih tepat solo, di bilik besar.

Time ini, gua ingat berlaku 3.45 pagi. Gua terbangun sebab..gua rasa lupa. Tapi gua gosok-gosok mata gua, kelip 50 kali pun, tetap kabur pandangan gua. Dan gua terdengar anjing melolong.

Oh damn. Gua tidur balik.

Keempat, baru berlaku tadi pagi sebelum subuh. Gua fikir dah subuh, terdengar bunyi tapak selipar yang baru saja keluar dari tempat berair. Ada faham? Kalau selipar jepun tu kena air, dan kita berjalan mesti berbunyi. Begitulah bunyinya.

Selipar

Gua fikir roomate gua yang pergi mandi, atau orang lain. Tapi gua perasan, bunyinya tidak menjauh atau mendekat. SETEMPAT!

Gua beranikan diri membuka mata, tengok puas-puas dekat pintu. Gua time tu memang dah seram, tapi gua tekad dalam hati untuk berani. Cuma gua masih di katil.

Dan gua pura-pura batuk, baru bunyi tu hilang. Gua ternampak satu bayangan macam sebentuk kepala, tapi ianya imaginasi gua.

O_O
Setakat ni, belum lagi extremelah. Kalau dengar cerita orang, best juga. Macam teringin mahu rasa. Nauzubillah.

Tapi cerita misteri ini memang cepat tersebar. Gua tidak tahu kesahihan cerita tentang seorang pelajar bunuh diri, memang gila punya kerjalah mahu cerita benda begini malam-malam.

Teringat gua slender man. Damn punya game. Kawan-kawan gua punya pasal, suruh off lampu, kuat suara, main benda tu.

Slender man.
Oklah fine. Gua mahu tidur. Cerita gua ni taklah seram sangat, tapi bacalah waktu begini dengan melihat gambar-gambar ini. Heh.

#Kerja gila taip entri begini!

No comments:

Post a Comment