Comrades

Thursday, 24 January 2013

Islam is Wonderful

Maulidur Rasul.

Seperti biasa, perarakan ada, tapi untuk tahun yang kedua, gua tidak join. Bukan sebab tidak mahu. Tapi gua balik ke rumah, jumpa keluarga.

Tapi ianya tidak wajib, cuma diharuskan sahaja. Tetapi itu lebih baik daripada berdating dengan kekasih yang haram. Kan?

Mari banyakkan berselawat kepada baginda Rasulullah S.A.W.

Allahumma solli 'ala muhammad, wa'ala alihi muhammad.

Insya Allah, Allah akan berselawat keatas kita sebanyak sepuluh kali. Baca ayat yang pertama pun dah cukup.

Baginda merupakan orang teragung, satu-satunya orang teragung yang gua sangat kagum. Selepas baginda ialah sahabat-sahabatnya, dan juga orang-orang yang memperjuangkan Islam.

Kadangkala, gua rasa malu secara peribadi, sebab banyak lagi sunnah baginda gua tidak buat walaupun senang. Rasa sedih.

Apapun, jom kita ikut baginda. Kan ada diberitahu dalam kitab quran, ikutlah nabi jika kita cinta Allah.

Belum terlewat untuk berubah, kepada readers semua.

Jom kita banyakkan berselawat, beribadah dan bertaubat. Astaghfirullh al azim.

Lihatlah gambar-gambar di bawah, mudah-mudahan kita mendapat nur hidayah daripada-Nya.

Our way of life.

No one has an easy life.

It's not too late to change.

Love in Islam is wonderful.
Insya Allah.

Everything is from Him.

Maulidur Rasul.
Isn't it wonderful?

It was, it is, and always be.

Allahurabbi.

Always pray.

Allah loves us.
#Salam Maulidur Rasul semua. ^_^

No comments:

Post a Comment