Comrades

Friday, 11 January 2013

Warfighter

Medal Of Honor Warfighter, sequel MOH 2010 yang telah gua habis main.

Sebenarnya, bagi ending kedua game ini akan ada pejuang yang mati.

Cuma, gua tidak berapa berkenan dengan gameplaynya, sebab sangat sensitif. Namun, sekadar game, gua ambil yang bagus dan tidak mencampurkannya dengan mana-mana perkara.

Tapi seriously, game perang-perang ini mengajar kita untuk mengetahui, WAR IS A VERY BAD THING FOR THE WORLD.

Tak kisah dengan supplement drugs, penyeludupan, pelacuran, peperangan adalah perkara paling teruk untuk satu dunia.

Nabi sendiri dulu tak pernah ingin berperang, tapi kedegilan kaum kafir Quraisy serta penentang-penentang Islam itu yang menyebabkan umat Islam zaman dahulu mengangkat senjata untuk berperang demiNya.

Tapi sudah tentu, ada beza perjuangan di antara umat Islam dan kafir harbi. Yup. Sangat berbeza.

Jom lihat bezanya. Simple.

Two words, different intentions.
Jangan salah sangka tentang jihad. Ia bukan memusnahkan mereka yang bukan Islam, ianya MENENTANG MEREKA YANG MELAWAN ISLAM.

Jihad bukan sekadar perang, jihad nafsu, jihad malam pertama, jihad beribadah, jihad belajar, semua yang dilakukan dengan adanya pengorbanan dinamakan jihad.

Islam berjuang demi syahid, menegakkan kebenaran. Manakala golongan kafir harbi pula mereka yang ingin menjatuhkan umat Islam.

Bagi mereka yang pandai berfikir, pasti tahu gameplay dalam MOHWF sekadar konspirasi semata-mata, sekadar pandangan negatif barat. Tapi game macam ini juga ajar kenapa perang itu tidak bagus.

Salah siapa? Wallahualam. Apapun, perang sebenar nanti akan muncul tiba masanya.

Ingat, saudara-saudara kita memerlukan doa kita. Doakan mereka. Di Syria, Palestin, Rohingya dan seluruh dunia.

Dan jika ada gamers main ini, tolong jangan percaya seratus peratus ceritanya. Seperti ku katakan, ianya konspirasi. Gua hairan, Islam tak pernah buat jahat pun terhadap orang lain, kalau korang kata ORANG Islam yang buat jahat, itu orangnya. Bukan agamanya.

Jangan nampak seorang muslim buat jahat, tuduh Islam itu ganas. Padahal itu orangnya.

Seperti kita pandu kereta, secanggih mana pun kereta itu, kuat dan laju mana pun, jika accident, salahkan siapa? Pemandu.

Begitulah kalau kita menilai sesuatu, bencilah orang kerana perangainya, bukan kerana orang tersebut.

Insya Allah satu hari nanti bangunlah umat Islam yang sedang mamai untuk memperjuangkan semula kebenaran yang pernah dibawa oleh Rasulullah S.A.W serta para mujahid yang terdahulu.

"Everyone is a hero, for yourself, family, friends and world."

No comments:

Post a Comment