Comrades

Monday, 14 January 2013

Blink 182

"If you break my heart, then I'll change your mind, and I'll do it again"

Yes, I am blink 182 fan. Tapi tidak sehardcore seperti fan-fan lain.

Cuma, gua rasa, blink 182 kini boleh tergolong dalam kumpulan legendary punk rock band seperti Green Day, Offspring, dan juga lain-lain.

Malah sejarah mereka gua tahu serba sedikit, tapi tidak berapa banyak. Gua juga tahu kejadian 2008 yang menimpa pemain drum mereka, dan gua juga tahu Tom Delonge ketua kumpulan Angels & Airwaves.

Tapi setelah gua mengamati lirik-lirik Angels & Airwaves, gua rasa gua kurang minat terhadap band tu.

Dengan blink 182, sentiasa dengar lagu mereka. Bukan apa, tidaklah taksub tapi best.

Salah satu faktor kami buat band FlySweater juga sebab blink 182, dan gua jadikan Travis Barker sebagai gua punya idol untuk bidang ini, sebab dia terer main drum. Gua sekadar amatur.

Tapi lagu-lagunya best walaupun mengarut. At least tidaklah sekarut lagu-lagu zaman sekarang yang kebanyakannya pasal CINTA.

Jangan hairan jika naik kereta gua lagu blink 182, K-pop dan KJK berkumandang. Biasalah, gua anak muda. Minat gua terhadap muzik juga tinggi, walaupun akhirnya sambung di bidang keguruan.
Tapi tidaklah terfikir sehingga mahu jadi artis, cukup saja kasi hibur orang sambil nyanyi. Ceh.

Lagu blink 182 yang latest kurang dah pasal cinta-cinta, kebanyakannya mula sentuh tentang realiti. Ada sebuah lagu "Pretty Little Girl", tapi ketika gua amati liriknya, lagu itu khas untuk isteri Tom, menceritakan kehidupan perkahwinan.

Tapi jangan salah faham, sila fikir 720 darjah. Dia maksudkan situ, walaupun seringkali bergaduh, tapi sayang itu tetap ada. Ini tidak, asyik gaduh mahu cerai, cerai, cerai. Entah!

Tapi ironik bait lirik yang gua tulis paling atas, sila baca.

Gua susah mahu faham benda tu, sebab mendalam maksudnya. Heh.

Gua memang fan mereka, tapi tidaklah taksub sehingga mahu buat tatu, jangan singkatkan fikiran kalau fan terhadap sesuatu, memang 100% ikut macam dorang.

Satu lagi kalau mereka main secara live, sudah pasti temponya juga agak laju. daripada 150 naik hingga 175 atau 200.

Gua menunggu album ketujuh mereka yang bakal keluar akhir 2013.

Heh. Banyak cerita pasal blink 182 ni, tapi gua tahu. Tidak semua yang minat band ni.

Setakat ini gua hanya jumpa 3 orang yakni member-member gua sendiri yang minat mereka ni

Walaupun kita sekarang mengalami fenomena artis youtube seperti Yuna (?), Najwa Latif, dan sekarang latest Tasha Manshahar, tapi gua tetap minat band ini.

Dan juga, gua suka lagu yang membawa maksud mendalam, yang mengajak orang berfikir, serta realiti.

Gua rasa patut ada artis youtube buat lagu realiti, barulah tahu dunia ini tidak indah.

Heh.

P/S - I'm also like to hear K-Pop but tidaklah sefanatik seperti fanatik mampus yang lain. Oppa gangnam style!

MENGARUT SUNGGUH PIC UPLOADER INI.

1 comment: