Sukan. Lelaki disinonimkan dengan sukan seperti bola sepak, futsal, tenis, badminton dan sebagainya.
Tapi ada jenis-jenis sukan yang diminati sahaja. Tapi bukan gua mau cerita sukan popular, tapi gua mau cerita sukan yang berpotensi membakar lemak lebih.
Jom lihat.
1. Bola Sepak
'Cantona' 2013 |
RvP |
Bola sepak, memang ramai minat. Gua sendiri minat main bola, tapi tidak mampu dribbling dengan baik. Kalau masuk skuad pun, defender agaknya, atau defensif midfielder. Cuma kebaikan bola sepak, ia melatih kaki.
Di samping tu, bermain selama sejam membakar 776 kalori (bagi mereka yang berat 85kg), tetapi pembakaran kalori bergantung kepada berat badan anda sebenarnya.
Cumanya, gua rasa bola sepak antara sukan yang boleh membakar banyak kalori sebab bagi perlawanan standard, 45 minit, bayangkan berapa banyak anda boleh bakar.
Futsal |
Sama seperti bola sepak, tetapi dalam saiz gelanggang, bola dan jumlah pemain yang berbeza. Cumanya, futsal lebih memenatkan, setiap kali dapat bola, setiap kali itulah korang kena berusaha untuk menembusi gol.
Futsal juga salah satu sukan berpotensi untuk menurukan lemak dengan lebih cepat. Pembakaran kalorinya bergantung kepada berat badan anda, (semakin berat semakin tinggi)
3. Badminton
LCW |
Badminton! My favourite sport dari kecil sehingga sekarang. Sebab bapa gua bekas pemain peringkat kebangsaan kalau gua tak silaplah.
Badminton boleh membakar sehingga 500 lebih kalori, untuk permainan satu jam. Tapi cuba bayangkan kalau bermain selama dua jam lebih, satu rally 20 minit! Gila! Heh.
Badminton perseorangan lebih memenatkan berbanding bergu. Gua pernah lawan teacher gua punya husband one on one. Heh. Semput gua. Macam mo mampus. Tapi itu dulu. Sekarang gua bermain okay dah. Semput ada juga, tapi kalau dah terlalu lama.
Sukan ini menjadi darah daging dah, selagi gym tidak tutup. Gua bermain sepuas hati. Walaupun kalah banyak, tapi gua banyak belajar. Heh.
4. Tenis
Roger Federer |
Tenis juga salah satu sukan yang bagus dan digalakkan untuk mengurangkan berat badan. Why? Ia memerlukan kita berlari, memukul, footstep yang baik dan banyak lagi.
Bagi perlawanan serius, 690 kalori dibakar (single) secara average. Tetapi, tenis memerlukan teknik yang betul, footstep yang betul, backhand, forehand malah servis pun kena betul. Kalau badminton tidak apalah.
Cuma, berbaloi untuk main sukan ni. Sukan ini merupakan sukan no.2 bagi gua, sebab gua selalu main.
5. Berjoging
Jogging |
Percaya atau tidak, inilah senaman kardio paling efektif untuk mengurangkan lemak. Tetapi sangat mengambil masa dan memenatkan. Kalau sejam mungkin boleh bakar 550 kalori, itupun jika benar-benar berabis.
Jogging memerlukan stamina serta kekuatan otot bahagian kaki untuk kekal dalam kelajuan larian bagi satu tempoh masa yang lama. Gua jarang jogging, sebab stamina tak berapa kuat. Tapi gua berani kata jogging merupakan senaman yang bagus, cuma berpada-padalah kalau mau berjogging.
So, konklusinya, apa jenis sukan pun boleh membakar lemak. Yang penting tahu bagaimana serta keperluannya. Jangan berlebihan untuk buat senaman kardio, fokus juga kepada senaman otot. Supaya seimbang.
Oklah, ini sekadar tips-tips. Maaf jika tersalah.
No comments:
Post a Comment