Comrades

Friday, 18 January 2013

Monolog

Ketika mesej masuk, begini bunyinya. Gua lupa tapi ingat sedikit kata-katanya. Dia kata dia terasa sungguh dengan apa gua taipkan di sini, dan minta gua jangan jauhkan diri.

Gua fikir balik. Seriously, kalau ada apa-apa gua taip di sini, gua tiada niat mahu singgung perasaan korang. Sekadar pendapat gua.

Gua baca balik mesej tu, dia minta supaya gua tidak jauhkan diri. Gua terfikir.

Ada salah faham ini, lantas gua jelaskan kepadanya.

Mungkin bagi yang kurang tahu perangai gua, tidak tahu gua macam mana. Ya, gua jenis kurang bersosial, gua lebih suka bersendiri. Kalau dulu, gua bersosial pun di luar rumah dengan jiran-jiran, main gitar. Lepas tu sekarang, ada laptop, gua bersosial kalau gua bosan saja.

Gua jenis bersendiri, sebab gua rasa lebih best untuk sendiri-sendiri layan hobi sendiri. Jadi...yalah. Jangan salah faham, gua tak jauhkan diri, hatta dengan orang yang dibenci orang pun, gua memang jadi diri gua yang tidak biasa dengan orang yang gua kurang rapat.

Sahabat gua dulu pernah tersalah sangka, kenapa gua menjauhkan diri daripada mereka, ketika sesi refleksi 2011 dulu. Gua explain yang gua jenis sendiri, tak ramai kawan. Kawan sekolah rendah, satu dua orang saja yang ingat. Sekolah menengah? Gua layan saja macam biasa, kalau ada apa-apa aktiviti seperti raya, dorang-dorang saja. Gua bersama family. Bukan apa, gua tak biasa dengan mereka, sebab gua evil dulu. Heh.

Sekarang di IPG, alhamdulillah. Boleh membiasakan diri di sini, dengan roomate, dengan schoolmate, dengan senior, dengan junior, dengan lelaki, dengan perempuan, dengan pensyarah, tapi bergantung juga. Dengan erti kata lain, low profile.

Kalau dulu, gua cuba jadi nice, tapi awkward, gua rasa down. Sekarang, no down-down. Gua rasa sebab gua terpengaruh dengan Running Man. Heh.

Memang, gua suka bersendiri. Sebab keliling gua, banyak acara kutuk-mengutuk, dan gua juga tidak terlepas dari benda ni. Cuma, gua banyak diam.

Walaupun disebut dalam nada gurauan, tapi gua memang akan diam saja. Ketawa sajalah. Pernah gua tegur, tapi kena bantai semula. Tidak apalah. Biarlah.

Apapun, terima kasihlah kerana sudi memberi teguran dan nasihat, kepada mereka yang rajin membaca blog gua ini. Gua tak kisah kena tegur, serius. Kalau ada salah, tegur saja. Sebab gua jenis berlapang dada.

Dah terbiasa kot, dulu memang memanas kalau ditegur, tapi sekarang tidak dah. Insya Allah.

Dan biarlah, gua berehat. Sebab sekarang gua cuba menjadi neutral. Entahlah. Kalaulah boleh, gua mahu rasa ukhwah yang sebenar, without any hatred.

No comments:

Post a Comment