Gua ada buat entri mengenai tips-tips kesihatan sebelum ini, tapi tak dapat disiarkan sebab super long dan tiada gambar. Seriously, what's wrong with uploader blog? Gua try line di rumah pun tidak dapat, di sini lagilah. Adakah ini penanda gua perlu tukar blog? NO!
Jadi biarlah gua ringkaskan tips-tips untuk menjadi SIHAT. Insya Allah bermanfaat.
1. Niat
Kenapa? Orang beria-ia mahu kurus, bukan sihat. Setiap orang mahu sihat, hatta gua juga. Tapi perbetulkan niat. Kenapa mahu sihat? Supaya jadi rajin buat kerja, dan paling penting, rajin solat. Betulkan niat, kerana Allah.
2. Kurangkan pengambilan makanan
Kurangkan, bukan tidak ambil. Gua pernah bercerita dengan seseorang yang kini gua nampak kurus, dia kata dia skip meals, ganti nasi dengan oat, lepas tu tahan lapar. Gua tidak beri apa-apa komen sebab itu cara dia.
Gua berpendapat itu mungkin sesuai dengan dia, sebab dia jenis tidak aktif. Bagi orang aktif, makan itu perlu. Selalu ambil sarapan, jangan skip. Tengahari ambil sikit, sebelum bersenam ambil sikit, selepas senam ambil sikit, dan malam ambil sikit. Dengan itu, korang tidak rasa lesu dan lemah.
3. Makan 5-7 kali sehari
Why? Supaya nafsu korang tu tidak membuak-buak, melainkan anda berpuasa. Caranya begini, sarapan - snack pagi - lunch - snack petang - makan malam. Tapi ingat! Ambil dalam kuantiti sedikit. Supaya tidak berlebihan pula nanti.
4. It's all about calorie
Ramai orang berpendapat karbo menggemukkan, betul jika berlebihan. Tapi sebenarnya dalam kalori, ia mengandungi karbo, protein, lemak, dan macam-macam lagi. Jadi sila take note kalori anda serta nutrisi-nutrisi yang ada, pastikan anda membaca maklumat pemakanan di belakang makanan tu sebelum beli. Itu bukan setakat perhiasan
5. Exercise? Boost up
Meninggikan kadar untuk turun berat badan. Tapi ingat, jangan berlebihan terutamanya jika anda adalah first-timer, why? Nanti habis injured. Dan paling penting, jangan setiap hari bersenam jika anda ada possibility untuk cedera, gua pernah alami ini benda. Entah hamstring gua sakit senantiasa, menyukarkan untuk solat dan main. Jadi kena berehat.
6. Supplement
Herbalife? Alphad Lipid SDII? Dari korang saja. Tapi teda guna ambil supplement kalau tidak amal diet yang baik. Gua berpendapat ambil herbalife ini tidak digalakkan. Hanya setakat minum pepagi? Lepas tu malam baru dapat makan? Lu gila. Ambilah green tea atau fish oil omega 3. Insya Allah bermanfaat.
7. Exercise cardio dan bina otot
Ini gua masih ingat pembelajaran PJ ketika tingkatan satu. Senaman kardio seperti berjoging, berbasikal semuanya itu latihan meningkatkan stamina dan membuang lemak. Bayangkan berlari saja boleh mengurangkan 500 kCal dalam masa sejam.
Bina otot? Penting. Bina muscle seperti bicep curl, tricep exercise, abs exercise, senaman kaki. Memang senaman kardio juga boleh bina muscle, tapi tidaklah seeffective muscle training. Kenapa perlu? Sebab ketika senaman kardio, yang dibuang ialah kalori dan lemak-lemak (itu pun setelah anda kepenatan mahu mampus), tapi possibility untuk loss muscle juga tinggi. Sebab itu kalau tidak tahan berlari atau bersenam tapi masih banyak tenaga, something wrong with your muscle.
8. Fokus sihat, bukan kurus semata-mata
Kurang kolesterol dalam badan sangat penting, bukan bergantung kepada penurunan angka berat. Why? Sebab ada orang kurus, tapi kolesterol dia sangat tinggi, terutamanya di bahagian jantung. Jadi rajin-rajinkan diri untuk bersenam.
Sebenarnya gua juga dalam proses untuk menjadi sihat, yalah. Insya Allah kalau gua berjaya, gua bagitau. Yang penting lagi, don't give up, be patient sebab weight loss isn't one day job. It's a whole life process.
No comments:
Post a Comment