Comrades

Wednesday, 16 January 2013

Listen - 2013 - Listen - Ulat bulu - Listen - Gula-gula - Listen

Listen! Listen! Listen.

Ceh.

Fenomena 2013, setakat ini.

1. HKR
2. Gula-gula
3. Listen!!!
4. Ulat bulu
5. ???

Gua syak nombor lima ialah PRU. Paling tidak pun, entahlah apa lagi.

Fenomena HKR, alhamdulillah tiada cedera, rasanya. Sebab tiada pula berita hangat pasal benda ni.

Fenomena gula-gula?

Belum cukup bahan untuk buat repot. Seriously, fenomena gula-gula ini menyeramkan. Hatta gua yang self-proclaim orang berani pun rasa gementar. Tapi relax. Bukan temberang, kalau dilayan, nanti menjadi-jadi.

Baru plan mahu tunjuk gambar, tapi tak guna punya uploader.

Fenomena LISTEN!!

Haaa. Ini best. Tapi sorry, tiada gambar.

Gua rasalah, gua malu. Why? Sebab perspektif orang, walaupun gua boleh nafikannya, tapi tidak semua mahu terima.

Seorang pensyarah muslim - gua tak mau cerita peribadinya yang tak tutup bagus-bagus tu, tapi perangainya, ish ish ish.

Seriously, gua haramkan harsh words dalam blog ini. Sangatlah tidak bertamadun dan damn bullshit gaya lu ni.

Orang tanya baik-baik, jawablah baik-baik. Si Bawani tu tanya pasal free education, lu melancong entah sebut tentang haiwan, galaxy note, entah apa lagi isu yang seriously damn terkeluar. Problems? Problems? Problems? (Gua rujuk pada masalah yang entah apa dia kata).

Bro P.O.N ada kupas tentang free education di Malaysia. Memang ada, caranya?

Belajarlah betul-betul, kalau cemerlang tak payah bayarkan? Hehe. Tapi gua tak pakar bidang PTPTN. Jadi maafkan gua pasal benda ni.

Tapi at least dia berani bertanya. Ya, negara-negara lain terutamanya di Finland kalau gua tak silap, free education 100%. Lepas tu kau kata jangan samakan Malaysia dengan negara lain.

Tapi yang gua pelik mendengar hujah-hujah palsu atau sekadar mahu putarbelit, aish. Tidak strong words gua. Gua pelik mendengar bebelan yang mengarut. Apa kaitan dengan soalan? Apa? Apa?

Listen! Listen! Seriously, lu kata pasal soal respek? Heh. Jangan mimpilah mahu dapat respek. Mereka yang sokong lu tu pun sebenarnya ada senget sikit walaupun gua syak mereka juga terkejut dan bersimpati dengan si Bawani tu. Tapi apa boleh buat, orang India kan, teda kaitan. Heh.

Ya, ini first time gua kritis habis setelah sekian lama. Tapi janganlah tunjukkan kebodohan yang amat sangat. You expect people to respect you? Seriously. Mereka dalam dewan itu pun tidaklah sokong sangat, sebab gua yakin mereka itu bijaksini, kalau bijaksana sudah tentu dorang melawan.

Yalah. Siapa tahan kena bebel kan? Kalau guru sekolah kita dulu pun kita malas mau dengar bebelan, apatah lagi dengan bebelan mengarut.

Kesian gua sama Bawani tu, kalau salah eja betulkan. Dia mahu tahu tentang free education, kena bebel pula dengan animal rights, problems, er..entah apa lagi.

Part paling epic fail, "Siapa mahu Galaxy Notes?"

Heh. Kalau gua kena tanya begitu, gua jawab mau. Orang bagi jangan ditolak, tapi untuk respek pada orang macam tu, maaflah. Tidak akan, melainkan dah berubah.

Bukan mata duitan, dia bagi barang free. Siapa tak mau kan? Heh.

Dan paling sadis, apabila dia rasa dirinya lebih berilmu daripada si Bawani tu.

Di situ hati gua menggelegak, gua pantang orang kata dia lebih pandai daripada orang lain. Macam penumbuk gua ni boleh hinggap di pipinya, oh tidak. Haram. Mungkin kena pada tulang rusuknya.

Seriously, gua benci orang temberang mengaku pandai. Nabi tidak pun temberang walaupun baginda membawa KEBENARAN. Malah kalau dia tak tahu, dia akan kata tidak tahu.

Dan kenapa perlu ada perbezaan darjat? Berbangga dengan pangkat lecturer? YA. Inilah penyakit kita. Hati kita yang berbangga dengan pangkat besar. Sedangkan nabi yang lagi tinggi pangkatnya pun layan budak dengan baik. Tiada pun dia kata, "aku nabi, kau budak. Kita berbeza." TIADA!

Epic fail kedua, memaparkan video tentang Islam, dan berbangga diri sebagai Islam. Ini...

Memang kena kutuk habis lu ni. Sebab itu gua malu. Dear readers, dia muslim, tapi jangan anggap Islam itu salah, individunya tu yang ada masalah mental. Sila faham.

Itu yang merisaukan gua, orang lain judge based on apa yang menjadi pegangan, dan dia pula merosakkan nama Islam dengan cara yang mengundang padah. Seriously, gua katakan, Islam itu indah pada agama, jadi jika individu buat salah, individu itu salah. Bukan Islam.

Mau kait dengan politik? Tak payahlah. Gua malas cerita politik ni.

Cuma, gua syak buasirotak akan buat entri ini, dan pro-pembangkang ada bahan mahu hentam kerajaan.

Penat gua tengok orang dewasa bermaki, baik tengok Running Man, kalau tidak pun, baik layan lagu, atau pun, baik tengok UAI punya ceramah. Lagi bagus.

 Contohilah Sabah Sarawak. Takda gaduh-gaduh pun. Hehe.

Last fenomena? Ulat bulu?

Banyak di rumah. Gua geli. Dan hairan kenapa ramai. Ok cukup.

Tidur. LISTEN! LISTEN! Besok tutorial.

No comments:

Post a Comment