Comrades

Saturday, 8 September 2012

Perspektif dan fokus.

Tiga assignment perlu dihantar pada hari Jumaat yang telah berlalu, tetapi hanya dua saja yang mesti dihantar.

Ketiga-tiganya subjek major, seriously.

Lepas buat assignment ni, konfom ada kata, next sem aku mahu buat lebih awal.

Tapi itu sekadar kata-kata tanpa perbuatan, tunjukkan dengan perbuatan.

Seriously.

Aku cek FB tadi, terkejut aku mengenai kenyataan gangnam itu menghina Rasulullah S.A.W.

Dia kata, gangnam itu bermaksud "konon ada Rasulullah", lebih kurang begitulah.

Tepuk dahi, itu kenyataan maut ni. Sejak bilakah?

Kasihanlah orang yang tinggal di gangnam tu kalau begitu, termasuk saudara-saudara kita. Asal orang gangnam, kena kata penghina Rasulullah. Padahal hakikatnya, gangnam itu nama tempat.

Aku tak tahu siapa buat benda tu, rasanya pencetus kontroversi tentang nama Upin Ipin kot. Heh.

Besok ada BIG Fasa II, baru aku teringat ada tiga lagi assignment belum siap. Laporan BIG, Literasi bahasa, dan BMK II. 8 September, kalau time foundation dulu, mesti bergembira sebab duit dah masuk. Sekarang, tahan hati sajalah kalau mahu pergi dreamland. Jimat. Itu dreamland, belum lagi menahan hati dari KFC.

Padan muka. Apapun, next sem insya Allah dapat urus duit tu. Sem ini memang gila mahu urus duit sebab duit masuk ada dua fasa. Jadi kecelaruan sikit untuk urus tu, tapi alhamdulillah, dipermudahkan.

Tak lama lagi exam, entahlah bila. Tapi aku kira hujung bulan Oktober, huuu. Jika assignment tak dapat capai A atau B, kena capai A+ dalam exam. Insya Allah. Lebih-lebih lagi diriku dalam opsyen TESL. Aku cuma harap tidak mengulang. Itu saja. Jadi kena berusaha dari sekaranglah.

Teringat kata-kata seorang pensyarah, tapi aku akan rephrase sekadar yang diizinkan olehNya. "We cannot do two things at a time. That's why, if you have an assignment, finish one, move to another. Not when doing assignment, you online FB."

Lebih kurang begitu, memori ku lemah. Hati tak bersih la ni. Astaghfirullah al azim. Pensyarah itu mahu kami fokus. Tak dilarang berFB, sepertimana Islam sendiri pun tak melarang. Hukum asal sesuatu itu adalah harus, seperti dengar lagu, harus. Yang jadi haram jika lagu itu ada unsur contradict dengan Islam, yang jadi sunat itu jika lagu itu bersifat Islamik. Dalam fb pun begitu. FB, FB juga. Tapi hanya sekadar hiburan, bukan sebahagian daripada hidup.

Memang perlu fokus untuk exam, 4 paper wajib, 2 major paper, 1 elektif dan satu teras. Insya Allah boleh, semoga apa yang ku taip ini, bukan sekadar perkataan dan ayat semata-mata.

Trademark FB sekarang, hah, ini yang aku mahu komen ni. Agaknya aku dilahirkan sebagai pengkritik, sampaikan ada seorang kakak kata aku ni suka komen sana sini. Tapi aku komen tidaklah semua,  tengok keadaan juga, situasi, masa, tempat, kenapa, mengapa. Hehe.

Berbalik semula, FB. Kini semakin ramai luah masalah. Ceh.

Aku terus tembaklah. FB tu tak selesaikan masalah, sekadar melegakan saja. Allah itu tempat penyelesaian masalah, malah menenangkan.

Mahu update status, nanti kecil hati. Tapi kena bagitau kebenarankan? Mudah-mudahan kamu tahu bahawa "The world doesn't need to know your problems."

Perspektif, aku suka cerita pasal ini. Kebanyakan orang melihat dari sudut luaran saja.

Khamis lalu, aku dan geng-geng PBS pergi semula ke Sk. Ansip untuk mendapatkan maklumat diperlukan. Lepas tu kitaorang pergi berjalan-jalan di bandar.

On the way balik IPG, kawanku buka topik tentang kerjaya doktor. Dia kata doktor ini sangat sengsara kerjaya dia, kawanku lain sokong.

Aku sekadar berdiam, biarkan mereka bicara, sebab itu perspektif mereka. Dia berkata melalui satu perspektif saja, iaitu dia lihat sendiri kesengsaraan kerjaya doktor walaupun gaji tinggi. Cikgu lebih senang walaupun terpaksa mengajar budak.

Bagiku, doktor itu tak rasa sengsara sebab dia sendiri meminati kerjaya tersebut. Dia sendiri yang mahu menceburi. Manusia kan lain-lain. Jadi jangan pertikaikan kenapa dia pilih doktor, tapi tanyalah kenapa mahu jadi doktor.

Doktor ini, sebenarnya banyak tanggungjawab dia. Merawat pesakit, memberi motivasi, mengambil berat, macam-macam lagi. Kita nampak kesengsaraan mereka bekerja, tapi dari pandangan mereka, mereka nampak manusia perlukan pertolongan. Of courselah, doktor berhadapan dengan pesakit, takkanlah dengan polis. Ish ish ish.

Cuba selami, rasa diri kita seolah-olah menjadi seorang doktor. Of course kita rasa penat, tapi sekiranya tanggungjawab diutamakan, orang lain didahulukan, sudah tentu penat itu hilang begitu saja. Sama seperti guru, murid-murid perlu didahulukan, supaya mereka menjadi orang lebih baik untuk masa depan.

Mana-mana kerja pun, sebenarnya ada kelebihannya. Bergantung pada niat kita saja, sama ada bekerja kerana gaji, atau mahu berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Cukup panjang dah ni. Hoh. Selamat malam!

No comments:

Post a Comment