Comrades

Showing posts with label Alkisah ISU. Show all posts
Showing posts with label Alkisah ISU. Show all posts

Saturday, 8 September 2012

Perspektif dan fokus.

Tiga assignment perlu dihantar pada hari Jumaat yang telah berlalu, tetapi hanya dua saja yang mesti dihantar.

Ketiga-tiganya subjek major, seriously.

Lepas buat assignment ni, konfom ada kata, next sem aku mahu buat lebih awal.

Tapi itu sekadar kata-kata tanpa perbuatan, tunjukkan dengan perbuatan.

Seriously.

Aku cek FB tadi, terkejut aku mengenai kenyataan gangnam itu menghina Rasulullah S.A.W.

Dia kata, gangnam itu bermaksud "konon ada Rasulullah", lebih kurang begitulah.

Tepuk dahi, itu kenyataan maut ni. Sejak bilakah?

Kasihanlah orang yang tinggal di gangnam tu kalau begitu, termasuk saudara-saudara kita. Asal orang gangnam, kena kata penghina Rasulullah. Padahal hakikatnya, gangnam itu nama tempat.

Aku tak tahu siapa buat benda tu, rasanya pencetus kontroversi tentang nama Upin Ipin kot. Heh.

Besok ada BIG Fasa II, baru aku teringat ada tiga lagi assignment belum siap. Laporan BIG, Literasi bahasa, dan BMK II. 8 September, kalau time foundation dulu, mesti bergembira sebab duit dah masuk. Sekarang, tahan hati sajalah kalau mahu pergi dreamland. Jimat. Itu dreamland, belum lagi menahan hati dari KFC.

Padan muka. Apapun, next sem insya Allah dapat urus duit tu. Sem ini memang gila mahu urus duit sebab duit masuk ada dua fasa. Jadi kecelaruan sikit untuk urus tu, tapi alhamdulillah, dipermudahkan.

Tak lama lagi exam, entahlah bila. Tapi aku kira hujung bulan Oktober, huuu. Jika assignment tak dapat capai A atau B, kena capai A+ dalam exam. Insya Allah. Lebih-lebih lagi diriku dalam opsyen TESL. Aku cuma harap tidak mengulang. Itu saja. Jadi kena berusaha dari sekaranglah.

Teringat kata-kata seorang pensyarah, tapi aku akan rephrase sekadar yang diizinkan olehNya. "We cannot do two things at a time. That's why, if you have an assignment, finish one, move to another. Not when doing assignment, you online FB."

Lebih kurang begitu, memori ku lemah. Hati tak bersih la ni. Astaghfirullah al azim. Pensyarah itu mahu kami fokus. Tak dilarang berFB, sepertimana Islam sendiri pun tak melarang. Hukum asal sesuatu itu adalah harus, seperti dengar lagu, harus. Yang jadi haram jika lagu itu ada unsur contradict dengan Islam, yang jadi sunat itu jika lagu itu bersifat Islamik. Dalam fb pun begitu. FB, FB juga. Tapi hanya sekadar hiburan, bukan sebahagian daripada hidup.

Memang perlu fokus untuk exam, 4 paper wajib, 2 major paper, 1 elektif dan satu teras. Insya Allah boleh, semoga apa yang ku taip ini, bukan sekadar perkataan dan ayat semata-mata.

Trademark FB sekarang, hah, ini yang aku mahu komen ni. Agaknya aku dilahirkan sebagai pengkritik, sampaikan ada seorang kakak kata aku ni suka komen sana sini. Tapi aku komen tidaklah semua,  tengok keadaan juga, situasi, masa, tempat, kenapa, mengapa. Hehe.

Berbalik semula, FB. Kini semakin ramai luah masalah. Ceh.

Aku terus tembaklah. FB tu tak selesaikan masalah, sekadar melegakan saja. Allah itu tempat penyelesaian masalah, malah menenangkan.

Mahu update status, nanti kecil hati. Tapi kena bagitau kebenarankan? Mudah-mudahan kamu tahu bahawa "The world doesn't need to know your problems."

Perspektif, aku suka cerita pasal ini. Kebanyakan orang melihat dari sudut luaran saja.

Khamis lalu, aku dan geng-geng PBS pergi semula ke Sk. Ansip untuk mendapatkan maklumat diperlukan. Lepas tu kitaorang pergi berjalan-jalan di bandar.

On the way balik IPG, kawanku buka topik tentang kerjaya doktor. Dia kata doktor ini sangat sengsara kerjaya dia, kawanku lain sokong.

Aku sekadar berdiam, biarkan mereka bicara, sebab itu perspektif mereka. Dia berkata melalui satu perspektif saja, iaitu dia lihat sendiri kesengsaraan kerjaya doktor walaupun gaji tinggi. Cikgu lebih senang walaupun terpaksa mengajar budak.

Bagiku, doktor itu tak rasa sengsara sebab dia sendiri meminati kerjaya tersebut. Dia sendiri yang mahu menceburi. Manusia kan lain-lain. Jadi jangan pertikaikan kenapa dia pilih doktor, tapi tanyalah kenapa mahu jadi doktor.

Doktor ini, sebenarnya banyak tanggungjawab dia. Merawat pesakit, memberi motivasi, mengambil berat, macam-macam lagi. Kita nampak kesengsaraan mereka bekerja, tapi dari pandangan mereka, mereka nampak manusia perlukan pertolongan. Of courselah, doktor berhadapan dengan pesakit, takkanlah dengan polis. Ish ish ish.

Cuba selami, rasa diri kita seolah-olah menjadi seorang doktor. Of course kita rasa penat, tapi sekiranya tanggungjawab diutamakan, orang lain didahulukan, sudah tentu penat itu hilang begitu saja. Sama seperti guru, murid-murid perlu didahulukan, supaya mereka menjadi orang lebih baik untuk masa depan.

Mana-mana kerja pun, sebenarnya ada kelebihannya. Bergantung pada niat kita saja, sama ada bekerja kerana gaji, atau mahu berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Cukup panjang dah ni. Hoh. Selamat malam!

Sunday, 6 March 2011

Semua sentuh, cermin diri.

Assalamualaikum,

Tujuan kali ini untuk menyedarkan orang lain agar cermin diri sendiri sebelum buat kesimpulan terhadap orang lain.

Tak salah untuk kita berprasangka terhadap orang lain. Tapi sebaik-baiknya ialah prasangka baik. Contohnya, ada seorang lelaki yang berpakaian seperti perempuan, lelaki tersebut kawan kita, tak kiralah rapat ke tidak ke apa ke, kita pasti terkejut bukan? Terus kita fikir, lain juga mamat ni. Prasangka la ba tu. Kita mula fikir bukan-bukan. Prasangka boleh tapi berdasarkan zahirnya saja, yalah, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba berpakaian seperti perempuan malahan menunjuk-nunjuk. Wajarkah begitu?

Perangai orang sebegini kita boleh benci sebab dia riak. Tapi kita tidak boleh pertikaikan keimanan dia. Yalah, manatau lebih power. Sekalipun terlintas di fikiran, eh dia berpakaian macam perempuan tapi beriman? iman apa tu? Beristighfar kita. Jangan fikir pasal keimanan dia. Tapi kita ambil pengajaran agar tidak terikut-ikut dengan gaya dia tu. Perangai sebegitu Allah tidak suka (riak dan berpakaian seperti perempuan walaupun main2) Kalau berpakaian seperti perempuan dan hanya untuk tontonan personal sahaja, tidak mengapa tapi kalau menunjuk-nunjuk dan megah2? Riak kepada orang lain, dosa tu.

Kita kena terima pendapat orang lain dengan hati terbuka. Tapi ingat, kita kena ambil kira pendapat dia tu. Kalau pendapat dia tu bercanggah dengan syariat Islam kita kena lawan. Tak kiralah sampai berperang ke, kita kena berjihad mempertahankan agama Islam. Sebagai contoh, ada orang kata aku minum arak ni untuk panaskan badanlah. Darah aku sejuk! Mengarut sungguh kata-kata sebegini. Darah korang sejuk? Korang ni reptilia ke? Kita kena lawan. Allah dan nabi kata arak itu haram, maka sampai kiamatlah arak tu haram.

Kalau kita berbincang perkara yang melibatkan di dunia, terima saja tapi kalau ada sesuatu pendapat yang kita fikir secara kritis, iaitu fikir apa kesannya untuk masa depan, kita kena berfikiran kritis dan mendalam. Kalau kesan baik takpe. Kalau kesan yang kurang baik kita tidak sepatutnya setuju tapi kena bincang dengan cara berhemah. Bukan cara beremo!

Satu lagi, sebelum kita memberi komen kritik terhadap orang lain, kita kena fikir dan cermin diri kita dulu. Baru-baru ni, seorang saudara mempertikaikan kenapa lelaki lembut makin ramai di IPG? Ya, tak salah mempertikaikannya. Tapi jangan sampai kata lelaki lembut ini tak guna, perangai dia tu sahaja tidak sesuai. Yalah, kalau dia ke sekolah dengan perangai yang lembut maut, lenggang 360 darjah, mesti ramai murid akan terikut-ikut kan? Satu lagi, ialah jangan prasangka dengan orang lain. Mungkin orang yang post benda tu kecewa dengan sebilangan lelaki yang jadi lembut. Tapi haruskah anda kata sebegini layakkah orang itu menjadi guru kalau menghina orang lain? Anda fikir anda dah bagus sangat? Dia jelek dengan perangainya, bukan dengan orangnya.

Satu lagi aku nak sentuh pasal blog aku ini. Bukan apa, takut nanti orang baca lain macam kan? Blog aku jenis universal tapi aku takkan sentuh pasal agama lain. Sebab itu luar batasan peraturan blog aku. Yalah buat apa nak cari pasal bukan? Nanti berperang sesama kita mampus aku. Aku jenis universal di mana aku sentuh pasal sosial, isu semasa, keagamaan (Islam), ekonomi, dan satu lagi aku belum sentuh ialah politik. Aku tak sentuh bukan kerana aku takut. Aku tak sentuh sebab belum ada lagi idea/kajian/laporan walaupun aku tahu, korang pun tahu, hakikat sebenar politik negara kita ini!

Aku tak kisah kalau orang nak tegur aku sebab aku terima dengan terbuka. Tapi diingatkan teguran itu mestilah membina, bukan menghina. Maybe kalau follower dah beratus ribu macam Yuyu dan Ben Ashaari, adalah tu anonymous. Ups, maafkan aku mr/miss anon. Baru-baru ini ada seorang anon menegur aku, aku terima. Korang rasa apa dia tegur? Ceklah sendiri komen2 ku. Hahaha.

Okaylah, ini hanya sekadar peringatan untuk aku dan kita semua. Ohya, nak cerita lagi. Hehe. Kalau anda seorang bakal guru, tak salah untuk berbincang, berdebat, dan tukar pendapat. Tapi jangan sesekali mempunyai sikap yang negatif seperti takabur, tidak jujur, sentiasa prasangka buruk dan macam-macam lagi. Aku akui aku pernah begitu tapi seharusnya kita teruslah beristighfar kepada-Nya dan prasangka baik. Itu saja caranya. Kita boleh tegur sekiranya ada yang tak kena sebab kita semua diperintahkan untuk melaksanakan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar dan mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman. Senang bukan?

Dan tak kiralah siapa pun kita, jangan kita benci membenci sesama lain sebab apa yang kita benci itu boleh jadi sayang lama-lama, begitu juga sebaliknya. Macam mana? Seorang lelaki benci seorang perempuan gara-gara berlagak macam angkuh. Sering gaduh lama-lama apabila perempuan itu tolong dia satu kali, dari sana perasaan suka akan timbul. Begitu juga dengan couple, mula-mula suka menyukai, apabila pasangannya buat hal seperti tipu ka, mulalah bergaduh. Baik2 semula tapi tidak seperti dulu, yalah, manakan lagi percaya bulat. Kalau korang nafikan ini maknanya korang tak terima pendapat aku. Haha. Hal suami isteri berlainan, sebab dalam rumah tangga kita kena setia dan berkasih sayang. Faham? Hehehe.

Kesimpulannya, itu saja aku mahu sentuh kali ni. Dan aku mahu sambung study. :)