Aku mahu taip banyak entri kali ini. Jadi, sila baca betul-betul. Kehkehkeh.
First, assignment. Yup, kegilaan assignment, 5 mahu dihantar minggu ni, dengan dua pada hari selasa, tiga pada hari jumaat. Syukur sungguh dua assignment dah 80% siap, tinggal LGA lagi yang belum start apa-apa.
Kedua, bola. Hoho. Pasal bola, memang geng-geng bola tu bising di bilik TV tadi. Aku kagum dengan Man Utd, sebab RVP berjaya menukar keputusan di saat-saat akhir. Tahniah kepada Arsenal, masih mampu kekal momentum walaupun tiada RVP dalam pasukan. Tak mau bicara, nanti ada haters. Aku tak kisah, tapi malaslah mahu layan.
Ketiga, gangnam style punya trademark. Bising sana sini share pasal gangnam style, keburukannya, kebaikannya. Semualah. Aku berpendapat, kalau suka, sukalah. Kalau tak suka, tegur. Baiknya kita tidak terlalu obses dengan sesuatu benda. Bukan apa, kalau mahu dengar silakan. Tapi ini sampai parody yang aku rasa mengarut. Patutlah Mat Lutfi kata plastik itu sampah yang terdapat di mana-mana. Sindiran ini, keh3.
Keempat, kes seorang blogger yang buat entri pasal guru. Ramai hentam dia. Aku sebagai bakal guru diam saja. Masing-masing profesion ada kelebihan. Tapi sukacitanya di sini, menjadi guru bukan senang. Yup, bolehkah handle para pelajar sekarang yang mana mereka dibenarkan bawa handphone ke sekolah? Bolehkah handle para pelajar sekarang di mana kekerasan tidak digalakkan? Bolehkah handle mereka sekarang di mana kalau tersalah sikit guru yang kena? Heh. Guru memanusiakan manusia. Doktor menyelamatkan manusia. Engineering membantu manusia. Hakim, mengadili manusia. Peniaga, menguntungkan manusia. Tengok sendiri mana yang paling penting dalam hal ini.
Kelima, besok kuliah. Jumpa balik muka-muka lama. Jumpa balik semua yang ada, kecuali sahabat yang telah meninggal dunia. Mudah-mudahan Allah merahmati beliau.
Keenam, besok koperasi diurus sepenuhnya oleh kak Linda, kerani koperasi. Tiada sudah dua orang sahabat yang dulu, jadi aku malas dah mahu visit sana. Yalah, takkan mahu bercerita dengan dia pula, kalau ada kawan tak apa. Ini sorang-sorang.
Ketujuh, well, entah. Aku tak tahu apa mahu bicara lagi.
Secara kesimpulannya, moral of the story
1. Assignment itu amanah
2. Bola itu hiburan, bukan gaya hidup
3. Sekadar suka tidak apa, tapi jangan fanatik, serta jangan langgar perintah Allah
4. Bersyukurlah dengan karier, guru tak semestinya masuk ke IPG atau ambil jurusan perguruan, contohilah Abdul Rahman bin Auf, peniaga tapi boleh mengajar beberapa orang sahabat
5. Siap sedia menghadapi kuliah
6. Jangan buang masa
7. Idea untuk entri lain.
Kehkehkeh. Buat kerja dulu.
No comments:
Post a Comment