Assalamualaikum..
Aku rasa entri-entri aku ni makin lama cerita pasal jiwang je. Pasal hatiku je. Adakah aku ni jenis jiwang karat? Aku rasa orang muntah lihat entri ku ni. Aisehmen. Muntah yer. Tak pe takpe. (ni pohal plak loghat semenanjung ni?)
Marilah kita cerita sikit-sikit. Korang pernah rasa kecewa tak? Pernah bukan? Kecewa bukanlah DALAM PERCINTAAN SAJA. Kecewa punya hal mesti kait dengan percintaan. Hmmm.
Mari kita cerita sikit pasal nak cari jodoh ni lagi. Tadi aku pergi masjid hadir BIG pada last minute. Kebetulan ustaz favourite aku berceramah tentang jodoh! Haa! Aku yang tunduk kepala terus angkat! Hehehe.
Kita semua tahu kan Nabi S.A.W menyatakan carilah jodoh berdasarkan 4 perkara. Siapa tahu? Sila komen! Aku bagi korang gula-gula. Haha. Gurau je.
4 perkara yang dimaksudkan baginda tu ialah
1. Cantik/Handsome
2. Keturunan
3. Harta
4. Agama
Lepas tu diterangkan lagi, wahai lelaki beriman, carilah jodoh kamu kerana agamanya (Islam). InsyaAllah, 3 perkara lain akan menjadi sempurna punya! Amin! Orang beragama sememangnya TERBAEK!!!! Hohoho.
Terus aku memang dah tekad dah dalam hati, aku ingin cari isteri kerana agama, walaupun orang kata "eleh ko pikir senang? Tidak pasal2 ko kena ceramah tiap2 hari.." Siapa takut. Ini yang bagus. Biar isteri bagi petunjuk sikit pada kita. Supaya kita berubah. Apalah korang ni.
Tapi kenapa pula Nabi sebut yang first..cantik? Ada ustaz cakap, kalau kita awal2 pilih agama, tapi lihat muka tak elok, kita tolak bukan? (selalunya bagi orang yang tidak ikhlas) Jadi kita seolah-olah menolak agama.
Dan juga, bagi para jejaka di luar sana yang tidak pernah rasa cinta, mari sama-sama berdoa supaya kita diberi isteri solehah dan cute macam Heliza. Aik? Hahaha. Untuk perempuan pula, berdoalah agar dikurniakan suami yang soleh dan handsome. :)
Kita kena yakin pada Allah bahawa tiap-tiap yang dicipta itu berpasangan.
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Yaa Siin 36:36)
Nampak tu? Dari surah Yasin yang selalu kita baca tu. Tiap makhluk berpasangan. Kita pun ada. Kalau bukan di dunia, insya Allah di akhirat kelak. :)
Bicara hati ku. Aku nampak dia sudah pun berpunya. Maka harapan ku untuk bersama dia pun pudar. Adakah aku marah? Kecewa? Cemburu? TIDAK! Aku gembira. Sebab? Aku tak payah lagi rindu dia, tak payah lagi berharap, cuma aku tunggu je la. Kalau dialah jodoh ku (walaupun bukan muslim), manatau Allah buka pintu hatinya untuk mendapat taufik dan hidayah daripadaNya. Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Aku hanya berdoa agar dapat isteri solehah dan berusaha mencari..di mana? Ada. Di PLDK. Kehkehkeh. :D
Aku rasa diriku ni kronik mau kahwin tapi tahanlah. Ada juga rakanku yang mau kahwin juga! Siapakah? Hahaha. Tak perlulah. Ada sebab awal kahwin.
1. Mengelakkan diri daripada maksiat
2. Dapat kawal hawa nafsu
3. Dapat berdua-duaan dengan isteri secara halal
4. Dapat melahirkan anak yang halal
5. Sunnah nabi
6. Mengembangkan masyarakat
Kalau lambat kahwin tu, kengkadang orang muda cari penyelesaian cara couple. Couple ini pun ada kategorinya. Dalam previous entri ada aku sentuh kan? Jadi baca sendiri.
Kesimpulannya, carilah isteri berdasarkan 4 perkara tadi. Bagi perempuan, carilah suami juga berdasarkan 4 perkara tu. Kita semua ada pasangan. Renungkan ayat Al-Baqarah ni.
"Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya)." (Al-Baqarah 2:221)
Jadi aku akan cuba untuk lupakan memiliki si dia, hanya berkawan. Lebih baik. Amin. Semoga kita semua dapat pasangan yang baik- baik belaka! Amin.
P/S - Si faiz ni jiwang ja kerja. Buat assignment!!
Andai kata jodohku seperti dia... |

Yang penting K-ON!! |
No comments:
Post a Comment