Assalamualaikum....
Kita bertemu lagi. Haha. Macam bodoh pula aku buat gitu. Adei. Dalam entri ini, jom kita cerita pasal kahwin. Hah! Apahal si faiz ini? Hahha.
Kenapa pula aku mau cerita pasal kahwin ni? Adakah aku ingin kahwin? Oh tidak juga. Sebenarnya aku termimpi bahawa aku dipinang! Oh, muncul suara sumbang.."eh, laki dipinang? Ko ni gila ke apo? Nak kiamat dah ke?" Gila ka kamurang cakap gitu. Lempang kang baru tau. Siapa kata laki tak boleh dipinang? Pukul baru tau. Hehehe.
Mimpi dipinang? Dan time dalam mimpi tu, bapa ku kata, "ko tunggu ja, ada seorang pompuan pinang ko dan kahwin dengan ko" Ahoi! Apa aku buat? Aku bersiap pakaian pengantin terus tunggu depan rumah. Adida. Punyala. Aku terbangun terus berfikir sepuluh kali. Ini tanda-tanda aku mau kahwin awal ke? Tapi aku tidak fikir mimpi ini menandakan aku akan kahwin sebab seperti kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..
"kebahagian, kekayaan terletak di tangan Tuhan, bukan di tangan bapak."
Maksudnya, Allah saja yang akan tentukan jodoh kita. Tapi aku harap jodoh aku tu ialah wanita solehah ataupun gadis yang telah berada di hatiku sejak tahun lalu. Awww.
Kadang-kadang nampak orang dating tu jealous la sikit. Sikit je. Tapi hatiku kata, buat pa buat perkara yang tidak dihalalkan. Hehehe. Apa tidaknya, manala siok kalau nak dating, pegang tangan tu mau malu2, terus mau bercium-cium pun mau tapuk2. Kalau kahwin, ofkos, buat apa mau malu2 sama isteri. Tapi kalau jalan2 di luar janganlah terlalu 'romance' sampai mau bercium publically. Dalam bilik sudah cukuplah atau di rumah. Heehehe.
Wanita yang sentiasa menutup aurat, yakni tudung labuh/tudung yang menutup dada, berlengan panjang atau ustaz ku kata, tangan pendek (dimana hanya tangan saja kelihatan), baju labuh, seluar panjag dan tidak berlebihan perhiasannya, menarik perhatianku. Kadang-kadang tengok sioknyer. Comel betul mereka. Mau saja berkenalan dengan mereka ni. Eh..teringat aku satu hadis nabi...
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.
Hadis Riwayat Muslim
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.
Hadis Riwayat Muslim
Berfikir aku. Buat dosa ke? Berkenalan begitu. Kalau niat mau kahwin oklah juga tapi belum cukup syarat macam mana ni. Terus batalkan niat. Kadang-kadang juga terjumpa si dia.......teringin bercakap. Manatau ada harapan untuk bawa bercinta. Aik? Terlintas lagi...
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32
Surah Al-Isra : 32
Naaa. Tahan hati je. Heheheehe. Jadi pesanan aku untuk DIRIKU...ingin cari isteri solehah. Kepada kengkawan lain...tahan hati dari bercouple. Tanam niat untuk kahwin. Okay. See you in the next entry. :)
Seperti dia? Indah terus hidup! |
P/S - Tahan hati je. Faiz, insyaAllah ada jodoh mu tu. Amin.
No comments:
Post a Comment