Comrades

Saturday, 26 February 2011

Nikmat yang diragut sementara.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kenyang perut ku lepas sarapan. Sedap eh masakan emak. Huahuahua.

Tadi baru cek page WASABERS, wah semakin ramai yang join komuniti ini. Eh, korang belum join? Silakanlah ke page ini dengan klik benda ni.




Okay kan? Baiklah jom kita continue entri untuk kali ni.

Kali ni cerita pasal nikmat pula. Nikmat apa? Nikmat Allah. Tangan kita. Siapa pernah hilang tangan? Eh, gila ke apa. Hahaha. Siapa pernah hilang nikmat untuk sementara sila komen. Ekekeke.

Aku mau cerita sikitlah. Time darjah 4 dulu, ada sorang budak ni, memang nakal. Nakal habis dan jajal tapi jenis yang baik punya. Tidak terpengaruh terus. Hehehee.

Time tu trend breakdance makin hot di sekolah tu. Banyaklah cara brekdance dorang tu. Nama lain bagi breakdance yang slalu disebut too phat, dan ia tidak kena mengena dengan nama kumpulan penyanyi rapper tu. Haha.

Si budak tu pun, dah tau badannya besar, masih buat. Tapi jangan oo. Paling campin di dunia tu. Haha. Sebenarnya breakdance ni popular sejak darjah 3, dan berlarutan hingga darjah 4. Hehehe.

Suatu hari, si budak ni ke rumah kawannya main PS1, maklumlah time tu masih lagi miskin ba orang2 sana. Jadi time main PS1, kawannya dan sepupunya melakukan sesuatu yang menarik hati si budak tu. Apakah ia?



WOW!!

Hah!! Inilah dorang buat sampai menarik perhatian si budak tu. Waa, si budak tu bersemangat ni mau buat. Kawan2nya galakkan "buat la siok tu. Buat ja teda pa2 tu. Tilam juga ba tempat ko landing." Pa lagi dia buatlah.

Pa jadi? Dia makin ketagih. Hahaha. Dia buatlah. Sampai puas. Tak ke gila namanya tu...

Sekembalinya di rumah, dia ingin mencuba pula. Tapi kali ni di katil yang lembut dan tahan dia try. Dia front flip, wah seronoknya. Berkali2 dia buat. Tak pandai puas. Dia tunjukkan lagi pada adiknya. Tergamam si gaman.

Time malam tu, dia kira2 mau buat lagi sebelum tidur. Dari pintu, dia lompat ke katil front flip. Tiba-tiba...

Prak!....

Terlentang dia di katil. Dia fikir bunyi apa tdi tu. Tiba2 kesakitan datang....
"Argh, adui. Sakitnya..."
Mengerang kesakitan dia. Dia panggil adiknya, adiknya bingung last2 kakaknya datang.
"Ko kenapa?"
"Sakit ni..."
"Tipu ja..."
Sekali dia tarik tangan tu budak.
"Argghh!!! Woi palui sakit ba!"
"Dui, menipu ja."
"Urang betul2 bulih2 ko cakap sy tipu."
Nah. Apa yang sakit tu? Hahaha. Sampai mak tu budak pun dipanggil.
"Kenapa ko?"
"Patah tangan sy..."
"Ah tipu ja. Salah urat kali ba."
"Astaga tadi sy dgr lagi bunyi patah. Adui mama ni..."
Patah tangan. Ya rabbi. Kesian ni budak.



Pinjam gambar yer. Google.com

Macam ni lah lebih kurang. Tapi paling haru. Lepas seminggu baru pergi hospital. Sebab ibu bapa budak tu tak percaya patah tangannya. Hahaha.

Cek2 doktor, X-Ray dan kesimpulannya, bukan patah tangan. Patah tulang bahagian otot bisep dan trisep. Loh? Pikir tangan. Hehehehe. Jadi doktor balut tangannya. Siap kena bagi ubat. Si doktor tanya pa pasal bulih patah, jawablah si bapa.."Bah dia main tu apa tu..brekdance bah doktor. Itu pasal lah. Heii, nakal sungguh."
Si budak malu terus. Dan time patah tu, yang dah dekat cuti panjang. Haha. Jadi last day sekolah manada dia pergi gara2 patah tangan kan. Time patah tangan masih jajal. Masih buat breakdance dengan satu lagi tangan. Kalau patah dua2 tidakkah haru.
Nakal sungguh, dan mengambil masa yang lama mau sembuh. Gara2 kenakalannya. Jadi lambat sembuhlah.

Budak ni tak reti duduk diam. Main ja ingat. Hahaha. Ada sorang cikgu tanya, "Aik tangan kanan patah, jadi ko tulis macam mana?" budak tu jawab "Saya kidal ba cikgu. hihih."

Nasib kidal. Hahaha. Kalau tidak entahlah. Tulah nakal, kan Allah dah ragut nikmat sementara tu.
Jadi pas tu dia insaf? Sikit je. Tup2 masuk darjah 5, dia telah pindah ke sekolah lain. Kira darjah 4 tu paling last la di sekolah cina. Hahaha. Tahun penuh dengan kelukaan dan kelucuan. Wakakka.

Dan sekarang apa cerita budak tu? Dia sekarang mampu sudah menggunakan tangan kanannya semula. Dan lebih menggunakan tangan kanan berbanding kiri walaupun dominasi dia ialah kiri. Ada cikgu cakap pada dia...
"Buruk tulisan ko ni. Aih!" komen si cikgu
"Ala cikgu ni, sy kidal ba. Kidal memang buruk sikit. Hehee." balas tu budak
"Mengarut! Kawan saya kidal cantik tulisannya. Ko ni mengada2 ja." Nah kena balas.
"Cikgu, dia full kidal, su half kidal, kanan boleh kiri boleh. Hehehe." Mengarut lagu si budak tu. Hahaha. Time ini berlaku pada form 5.

Itulah alkisah budak tu. Memang jajal. Kesian kan? Tapi padan muka. Huahuahua.

Kesimpulannya, jangan jajal. Nanti nikmat diragut baru tahu. Hahaha. Jadi buat baiklah dan jadi baik. :)

Ava - Ini sekuel dari Nostalgia kejajalan dan kenakalan seorang budak lah ni. Pada tahun yang sama juga terima padah. Wahahaha. Korang tentu tahu siapa si budak tu. Hahaa.

No comments:

Post a Comment