Comrades

Showing posts with label Alkisah demam. Show all posts
Showing posts with label Alkisah demam. Show all posts

Tuesday, 15 February 2011

Demam? Part III

Assalamualaikum!
Hehehe. Huuhh. Berpeluh aku ni. Panas eh. Pasal apa panas ni? Banyak dosa kot? Hahahaha.

Syukur alhamdulillah kepada Allah S.W.T sebab aku mampu bernafas dengan baik. Hehehe. Why? Sebab aku punya selsema dah baik. Tadi pergi klinik minta ubat dan lepas tu dengan izin-Nya aku punya selsema dah baik.

Ceritera pasal klinik ni, korang tentu hairan kan kenapa aku tak pergi je hospital kerajaan. Eh korang tak terpikir? Hahaha.

Hospital kerajaan ni lambat. Aku pernah rasa. Jadi aku ke kliniklah. Lagipun aku orang keningau jadi senanglah. Parents yang ambik. Heheh. Anak manja benar eh.

Lebih kurang pukul 7 kami ke klinik. Aku dan bapa ku ja. Jumpa penyambut tetamu jap, cakap sana sini, isi borang terus dapat masuk. Well, tak ramai sangat.
Doktor tu memang dah lama kenal kami. Namanya Dr. Kiong. Tua sudah tapi bagus orang ini. Dia tanya apa sakit, aku gitaulah. Lepas tu dia cek tekanan darah, cek suhu badan, degupan jantung dan periksa dalam mulutku. Entahlah apa yang dia cek. Lepas tu dia cakap dia bagi ubat. Doktor manalah tak bagi ubat. Hahaha.

Dia cakap dia bagi ubat tidak mengantuk. Lepas tu keluar tunggu jap dan kena panggil. Time menunggu tu aku ceritalah dengan bapaku. Siok juga. Terus aku cerita keadaan ku time subuh tadi. Kalau nak tahu, time terbangun subuh tu teruk sangat sakit. Nasib kuat juga aku mau pergi wuduk dan solat walaupun sejuk gila. Kalau tak, konfom iblis dan syaitan ketawakan aku. Tidakkah haru.

Lepas tu aku dipanggil. Tengok ubat. Mula2 ubat selsema jenis pil. Ini aku kena makan pagi. Lepas tu ubat cecair (selsema dan batuk) di mana aku makan sudah tadi sebaik sampai di rumah. Dia kata ubat cecair ini ada kesan mengantuk sebab itu malam je boleh makan. Tapi masih power lagi aku ni. Hahaha. 

Terus ubat antibiotik. Banyak yob! Lebih kurang 20 lebih. Kena kasi abislah. Dan last, ubat demam a.k.a paracetamol. Aha. Ni boleh jadi spare kalau demam dah baik. Hehehe.

Hmmm...banyak ubat ni. Dan kena makan 6 jam sekali melainkan ubat cecair dan pil selsema tu. Jadi kesimpulannya esok aku pergi kuliahlah macam biasa. Kalau K.O mungkin time rehat aku minta pelepasan. Itupun kalau K.O. Hehehehe.

So itu jelah. Tadi aku withdraw duit lagi. Nasib masih ratus2. Alhamdulillah. Sempat juga aku beli coklat untuk tenaga. Hehehe. Penting tu.

Jadi kesimpulannya, Allah yang menyembuhkan aku. Bukan ubat tu. Ubat tu hanya ikhtiar je. Yalah. Berdoa kemudian carilah penyelesaian. Bukan setakat doa je.

Well, aku mau install FIFA11 dulu. Dapat atau tidak tu aku tak tau. Kalau dapat, haha! Aku main habis2an. Orait chow!


Demam? Part II

Assalamualaikum.
Eh, dah tengah malam pula ni. Belum tidur2 lagi. Ish3. Sudahlah sakit, nanti makin teruk siapa nak jaga? Manada orang mau jaga! Hehee.

Betulah, aku sakit. Alamak. Susahlah nak ikut perarakan besok. Alahai. Macam mana ni? Nak tibai ke? Tidak pasal2 pengsan. Tidakkah haru.

IPG Keningau ikut pertandingan perarakan untuk Maulidur Rasul. Ya, ini yang siok ni. Hehehe. Sebab besok cuti, boleh pi outing kan. Jangan je la tu pak cik jaga halang kitorang nak outing. Aku dah kering dompet ni. Mau refill. rm10 pun jadilah. Hehe. Makan sikit2 lerr. Time sakit selera makan turun. Gila apa makan besar2 time sakit. Heheh.

Time sakit apa kita boleh buat? Macam tak banyak. Aku dari petang tadi lagi asyik di bilik je. Sampai sekarang di bilik. Selalunya aku ke masjid dan jalan2 ke bilik kawan. Yalah, sakit ni. Lepas Zohor tadi rasa lain macam je tapi tulah, lelaki macho kena tahan. Kalau tak, kena kasi kesianlah. Tapi tetap macho. Hehehe.

Ini sakit2 ni sempat update blog. Bukan sekadar tu, sempat lagi aku main satu game DotA. Nasib menang, kalau tak konfom jatuh sakit. Makan pun makan meggie je. Tidakkah haru. Nasib meggie ayam. Kurang rasa pedas nor masam nor pahit nor manis nor pelik2. Baru okay sikit.

Tapi apa hikmah sakit ni? Haaaa. Ini yang mau dipersoalkan. Kadang-kadang ada orang mengeluh. Tapi aku cuba berfikiran positif la. Mungkin Allah menguji aku dan membersihkan dosa-dosa lampau. Itu apa yang aku dapatlah ketika tazkirah dulu. Ujian daripada Allah.

Jadi time sakit ni, aku pasrahlah. Eh, sambil2 cari ikhtiar. Ni rasanya terpaksa minta tolong ambik kawan kot. Takkanlah nak naik bas. Matilah tambah sakit. Family di K.K so susahlah sikit.

Jadi besok mungkin aku tak dapat nak ikut perarakan. Alah, tak dapat jumpa muslimah2 yang comel la ni. Terutamanya dari PLDK. Kalaupun dorang ikut. Hehe.

Aku harap sakit ini tidak berlarutan sampai sebulan. Aku punya sakit lain sikit, jarang2 punya. Sekali keluar 3 bulan baru baik sepenuhnya. Adui. Sabar Faiz.

Esok tak tau nak ke klinik atau stay di hostel. Time sakit ini merupaka dugaan. Niat aku mau buat KKP Pengajian Islam terbantut sebab fikiran ku susah mau berkerja dengan KKP sekarang. Dengan blog mau pula dia. Tapi apapun, aku berdoa kepada Allah agar aku sembuh macam biasa. Best juga sakit, dapat MC dan cuti. Tapi haaa...ketinggalanlah kau. Sempat lagi fikir begitu.

Dan sekarang aku susah mau tidur. Selalunya kalau sakit senang ja aku tidur tapi kali ni tak dapat pula. Agaknya sebab inilah kali pertama aku sakit bersendirian. Tahun lalu aku sakit time di rumah. Kena jaga lagi. Kali ini? Haaa. Sendiri jaga. Baguskan? Kalaulah ada bini kan bagus. Boleh dibelai2 aku ni. Hahaha. Tak pe lah. Tak dapat ikut berarak pun takpa, suruh je burungman update kepada ku nanti. Dapat juga buat entri untuk Maulud Nabi. Tapi paling penting aku kena kuat ke masjid. Yalah. Besok malam ada tazkirah Maulud Rasul. Mesti mau dengar. Siok tu. Dan sekarang teraba-raba mencari jaket. Harap adalah. Hehe.

So, ini je kali ini. Update pasal demam. Part II pula tu. Wakaka. Insya Allah, walaupun aku tidak ikut perarakan, aku update juga pasal Maulud Rasul ni. Moga-moga Allah sentiasa merahmati kita dan memberi kekuatan kepada kita semua. Amin.

Kepada yang ikut perarakan, harap korang okay lah. Jangan je time tengah perarakan, menyimpang la korang ke KFC, BSN dan macam2 lagilah. Adaka patut. Yang  tak ikut tu, buat assignment ka, rajin2 la sikit badan tu. Jangan terperap di bilik je.

Eh cukuplah ni. Patutnya kesimpulan dah. Okay. Nak tidur. Selamat malam. Lalalalala.