Comrades

Showing posts with label Alkisah Khamis. Show all posts
Showing posts with label Alkisah Khamis. Show all posts

Thursday, 17 February 2011

Khamis part II - adrenalin dan keaktifan

Assalamualaikum...

Oh, hari khamis malam jumaat. Amatlah amat amat amat hari ditunggu iaitu hari jumaat. Selepas jumaat kan sabtu, nasib sabtu ni tiada kelas ganti. Hehehe.

Dalam kesibukan membuat kerja untuk presentation besok, sempat lagi update blog. Amatlah hebat aku ni. Ish3. KKP Kajian Sosial pun akan disubmit besok. Final touch up. Jom tengok front cover nak? tak payahlah.

Tentang kerja presentation, aduhai. Punyalah. Aku fikir besok bincang Macbeth saja. Rupanya lecturer suruh buat presentation. Tu soalan dibawah tu. Soalan ni merupakan sampel soalan mock exam Pengajian Inggeris senior2 kitorang tahun lalu.






Rasanya baru dia sorang yang bagi contoh soalan kepada kami. Maklumlah tidak tahu format exam peringkat IP kan. Hehehe. 3 komponen utama belum lagi diberi. Kata ex-coordinator kami, "if the lecturer haven't give you the sample questions paper by next week, I'll be the one who will guide you. That's my words."

Ceh temberang ja kunun ba dia cakap gitu. Tapi betullah begitulah maksudnya. Hehe. Campin pula aku inggeris ni aa. Orang TESL ni kena advanced inggeris oooo. Bukan cam senior2 lain, Sains, PJ, BM, PSV, semua dorang belajar BM. Hmmm...

Berbalik pada presentation tu, aku kata pada sorang ahli aku suruh dia buat semua. Terkejut dia. Tapi tidaklah. Korang pikir senang nak suruh orang buat? Selalunya akulah buat semua kerja ketika mood aku tidak baik. Tak percaya? Tanya mak aku.
Bukan apa susah pun soalan tu. Cumanya tu pencerita mahu macam mana si watak utama menghadapi cabaran-cabaran dalam hidup mereka. Tapi kan aku boleh bingung. Ditambah kepala aku mahu pecah sudah ni. Anda bayangkan macam mana kepala tu mau pecah. Adei.

Kalau boleh mau saja aku tidur sekarang ni. Memikirkan KKP aku belum siap print, yakni reference, cover serta beberapa lampiran, aku tunggu dululah. Kalau pukul 1 si burungman belum lagi print, aku tahulah besok pagi sudah siap print tu. Yang penting fokus kepada presentation ni.

Betul2 mencabar minda ni soalan. Begini soalannya "Discuss how the narrator in 'The Third and Final Continent' as well as Phoenix in 'A Worn Path' rose to the challenges that their faced in their lives" Hah! Macam form 5 juga pun ni. Aku dan gengku sorang sudah diberi tugas yang senang iaitu buat pasal 'A Worn Path', senang kan? Tajuk pertama lagilah susah. Panjang yob.

Dan kini lepas bertukar2 pendapat ngan tu kawan, yes! Aku tau sudah. Mungkin aku tidur kejap. Baru lepas makan ubat yang menidurkan mengantukkan. Pikir boleh paksa ke? Niat ku mau sambung main FIFA11 terbantut. Tapi klau aku main tetap sakit hati punya sebab? LAG!

Dan sekarang dengar lagu kejap kasi relaks fikiran. Hehe

Loh? Besarnya nguapan? Hahaha

Kena kuat ni. Kalau tak matilah aku apa aku nak present besok. Lagi aku tak suka aku ni jenis gemuruh. Aih, tapi semester ini kurang sudah gemuruh ku. Kalau lalu2, adoi. SEJUK tangan. Jadi camana nak hilangkan rasa gemuruh untuk buat presentation? Jom kita amalkan doa ini. :)

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku, dan mudahkanlah bagiku, tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku" - Surah Taha (25-28)

Doa ni Nabi Musa guna untuk berdakwah kepada kaumnya. Sebenarnya bukan bersambung ayat2 tu tapi saling berkaitan jadi aku kasi sambunglah. Ayat Quran yang sebenar tak bersambung. Selalu baca dalam bahasa arablah. Mau juga tulis ayat Qurannya? Copy paste image je. Tapi doa dalam bahasa apapun Allah dengar. Allah Maha Bijaksana dan Maha Mendengar. :)
Bah, 14 minit sebelum jam 12 tengah malam. 18 Feb! Ya! Besok hari kelahiran gadis kesayangku. Jadi aku mau wish awal2 pada dia walaupun sudah ada, aku sebagai kawan ikhlas. Hohohoho. Aku ada terniat mau bagi hadiah. Tapi berfikir apa pompuan suka, jadi end up dengan sekadar ucapan. Ikhlas atau tidak Allah Maha Mengetahui. Hehee.



Coklat! Nyum! Aik bukan ke dia tak suka coklat?

Ambik je walaupun hanya fatamorgana semata2. Hehe. Dahlah. Aku dah wish SMS, FB dan entri pun sentuh sikit pasal dia. Aku harap dia bahagia dan sentiasa happy. Happy bestday my beloved best friend. Orang IPGK kalau terbaca entri ini boleh agaklah siapa orang tu. Haha.

Kesimpulannya, cukuplah setakat ini. Kita tunggu hari besok! Bah faiz! Buat KERJA!

Khamis

Assalamualaikum...
Diriku kini beransur sihat, syukur alhamdulillah. Tapi kawanku pula masih lagi sakit. Tak pe, ujian tu bagi orang yang beriman.

Siapa ada baca berita hairan harian hari ni? Online punyalah.  Hehehe. Ni na ni.

Sumber Berita Harian

Nampak ke? Kalau x nampak layarilah ke web mereka. Ada tu. Tak payahlah aku nak bagi link.

Kerajaan mula memberi perhatian untuk melarang penjualan minuman bergas. Baguslah tu. Sihatlah murid2 ku dan bakal anakku nanti. Eceh, hahaha. Siapalah jadi bini ku ni...alalala....

Memang bagus langkah kerajaan buat begitu. Tak payahlah larang2. Terus kasi haram ja. Sebab memudaratkan. Banyak asid tu. Cumanya, satu perkara yang perlu kerajaan buat sejak dari dulu lagi.

Apakah itu? PENGHARAMAN ARAK! Itu yang kerajaan perlu buat sejak dulu lagi. Why? Arak tu yang buat gejala sosial makin teruk. Tapi kerajaan macam memandang remeh je tentang arak tu. Marah kalau gejala buang bayi ni berlaku, tapi gara2 apa tu semua? Arak. Diulangi arak.

Arak ini ibu segala maksiat. Why? Sebab araklah, penzinaan dan pembunuhan berlaku. Bukankah Allah sudah mengatakan arak ini haram?

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maaidah 5:90)

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (Al-Maaidah 5:91)

Nampak tafsiran ayat al-Quran di atas tu? Arak tu memalingkan kita daripada Allah. Arak itu merupakan minuman syaitan. Jadi kenapa masih tidak diharamkan? Arak tu boleh merosakkan akidah dan akhlak kita. Dan juga, orang muda sekarang semakin berani minum arak di khayalak ramai. Ini merupakan tanda-tanda kiamat yang jelas sepertimana dalam hadis nabi :

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".



H.R. Ibnu Majah


Haa. Nampak tu? Kita semakin hampir kepada kiamat sekarang ni. Jadi aku harap sangatlah, kerajaan mengharamkan arak tu. Tu minuman gas dari segi kesihatan je. Tapi arak ni WAJIB DIHARAMKAN kerana aspek agama dan nilai moral boleh mengancam. Konon takut ekonomi negara jatuh. Buat pa? Kalau ikut ajaran Islam insya Allah hidup bahagia.

So kesimpulannya, ambiklah iktibar. Haraplah negara Malaysia ni sentiasa selamat. Amin. 

P/S - Arak haram, tapi dihalalkan? Manada perkara begitu.