Erin menarik headphones dari telinganya. Dia baru saja mendengar lagu daripada kumpulan muzik kegemarannya, Angels & Airwaves, sambil membaca nota-nota Fizik. Dia telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula dalam masa dua bulan lagi. Dia termenung buat seketika. Memikirkan tentang pelajarannya. Erin sememangnya suka begitu. Selepas belajar, dia akan termenung mengingati semula apa yang telah diulangkaji. Dia sememangnya seorang budak pandai. Tidak hairanlah mengapa ramai guru meletakkan harapan yang tinggi kepada dia untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dia juga seorang yang cantik. Mempunyai ciri-ciri yang ada untuk seorang lelaki yang mencari perempuan idaman. Walaupun dia cantik, dia tidak sombong malahan merendah diri. Dia bersyukur apa yang diterima oleh dirinya daripada Allah. Apabila ramai orang memuji dia, dengan rendah hati dia berkata bahawa semua orang mempunyai kecantikan tersendiri. Ramai yang mengagumi dia. Dia dihormati oleh rakan-rakannya dan diminati oleh para lelaki yang menggilainya. Namun dia tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa lelaki walaupun ramai yang cuba untuk tackle dia. Dia belum bersedia malahan tidak pernah terfikir langsung tentang perkara tersebut. Rakan baik dia, Lisa amat memahami diri dia. Mereka merupakan kawan sejak sekolah rendah lagi. Segala masalah hanya dikongsikan sesama mereka. Lisa seorang yang tegas dan kasar apabila seseorang berbuat jahat terhadap Erin. Dia menyayangi Erin lebih dari diri dia sendiri.
Erin tersentak apabila pemandunya membuka pintu keretanya. Sebelum melangkah keluar, bapannya sempat berkata kepadanya.
"Belajar baik-baik ya Rin. Jangan lalai dalam kelas. Tumpukan perhatian kepada guru yang mengajar." Tan Sri Razak mengingatkan anak perempuannya. Dia sangat sayang anaknya dan memberi pendidikan yang cukup terutamanya dari segi agama.
"Jangan risau abah. Rin akan sentiasa ingat pesan abah tu. Rin jalan dulu ya. Assalamualaikum" Erin menyalami tangan bapanya dan memberi kucupan di dahi abahnya.
"Waalaikumsalam. Baik-baik ya nak." pesan bapanya.
Erin mengangguk. Pemandunya masuk semula ke tempat memandu untuk menghantar majikannya ke tempat kerja beliau. Erin melihat kereta tersebut keluar meninggalkan sekolahnya. Erin menghembuskan nafas halus. Dia melangkah ke kafeteria sekolah. Dia telah berjanji dengan Lisa untuk berjumpa di sana untuk membeli sarapan sebelum pergi ke kelas. Erin memang menjaga makannya. Dia tidak akan lupa untuk makan setiap pagi untuk mendapat tenaga. Pernah sekali dia terlepas sarapan dan akibatnya dia tidak menumpukan perhatian di kelas. Dia terlupa mengambil sarapan kerana dia tergesa-gesa menuju kelas disebabkan lewat bangun. Sejak hari itu, dia tidur pada awal waktu dan kemudian bangun sebelum Subuh untuk mengulangkaji pelajaran. Dia juga tidak tidur selepas Subuh dan akan bersiap sedia ke sekolah supaya dia tidak terlambat lagi.
Lisa memanggilnya. Erin tertoleh-toleh mencari punca suara yang memanggil namanya. Dia segera menuju ke arah Lisa selepas ternampak dia sedang menggamit-gamit memanggil dirinya ke tempat dia. Erin tersenyum. Dia meletakkan beg dan bukunya di atas meja. Lisa sedari tadi asyik melihatnya.
"Eh Lisa, kau dah makan ek?" Erin bertanya kepada Lisa meskipun dia tahu Lisa sedang menunggunya untuk makan bersama.
"Aisehmen Rin. Kau ni macam tak biasa dengan aku. Aku kan sentiasa tunggu kau. Ish ish ish. Budak ni." Lisa menjawab pertanyaan Erin sambil menggeleng-geleng kepalanya namun masih tersenyum.
"Tahulah. Saja nak kenakan kau. Manalah tau hari ini angin kau lain sikit. Hehehe." Erin ketawa kecil. Lisa memandangnya dengan mengajukan sekepal penumbuk kepadanya. Erin ketawa lagi. Akhirnya mereka berdua ketawa bersama. Mereka segera menuju ke tempat membeli makanan. Erin membeli mi goreng berlaukkan telur, sosej dan ayam serta memesan minuman kegemarannya, milo ais. Lisa pula membeli nasi goreng berlaukkan ayam serta memesan minuman yang sama dengan Erin. Selepas membayar di kaunter, mereka menuju ke meja. Lisa melihat makanan yang dibeli oleh Erin. Dia mengusiknya.
"Rin! 'Ramainya' makanan kau beli! Hebatlah kau ni. " Lisa mengusiknya sambil ketawa kecil.
"Wahai cik Lisa, makanan kita guna perkataan 'banyak'. Bukan 'ramai'. Kau ni guna bahasa pun salah." Erin menasihatinya sambil menggelengkan kepalanya.
"Alah. Takkanlah kau tidak biasa dengan aku ni Rin?Hehehe. Aku kan 'rockers'." Lisa memuji dirinya sendiri. Erin sekadar tersenyum. Kemudian dia bersuara.
"Yalah. Kau tu rockers. Jomlah makan. Nanti tidak sempat habis. Lepas ni kelas Cikgu Stella tu. Tak nak terlepas pula nanti." Erin membaca doa makan dan menikmati sarapannya. Lisa mengangguk. Dia tahu bahawa Erin memang meminati pelajaran Matematik Tambahan, subjek tersusah antara semua subjek. Namun Erin pandai menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan subjek tersebut. Selepas makan, mereka mengemaskan barang mereka dan bergegas ke kelas yang akan dimulakan tidak lama lagi.
(bersambung...)
No comments:
Post a Comment