Comrades

Showing posts with label Ceritera. Show all posts
Showing posts with label Ceritera. Show all posts

Monday, 18 January 2016

MONODY #1

Zack menghembus asap rokok yang dihisap, sambil memandang langit gelap bertemankan bintang. Sekali sekala dia hirup Iced Lemon Tea yang baru dibeli petang tadi. Minuman kegemaran sejak dia kecil.
Telefon bimbit berjenama Oppo milik Zack berbunyi, menandakan mesej Whatsapp masuk. It's from his beloved best friend yakni sepupunya sendiri, Lisa. Zack pantas mereply mesej Lisa. Hatinya terasa kosong, sepi, sejak dia putus sebulan yang lalu dengan kekasihnya. Bukan sekejap hubungan mereka, hampir 6 tahun. Malah dah ada perancangan ingin kahwin. Tapi, apakan daya manusia, Allah lebih tahu segala-galanya.

Belum sempat Zack tekan button 'send', Lisa call. Mulutnya yang jenis lepas terus menyumpah. Belum reply dah kena call.

"Oi. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam. Oi Zack. Hehe."
"Aku baru nak reply kau dah call. Apa daa. Bikin penat je jari aku tau."
"Rilek la bro. Kau tu text aku berkali-kali sampai 20 mesej, weh takde life ke kau ni?"
"Ada la. Yelah. Dah aku down sangat, kau juga kata kalau ada prob just bagitau. Aku text kau tak reply, padahal hati aku dah nak mati dah."
"Mengarut jerr. Haah. Ceciter sikit masalah kau tu." suara Lisa berubah menjadi serius. Zack tenangkan fikiran, hembus nafas, ambil sebatang rokok Pall Mall mint, bakar dan hisap.

* * * * *

Rin tersenyum sendiri mereply mesej-mesej di group Whatsapp. Ibunya, Puan Azlina sekadar menggeleng.

"Anak dara seorang ni, senyum-senyum jer tengok handphone tu. Baik lagi Rin tolong ibu masak kat dapur ni."
"Relax la ibu. Ni kawan-kawan Rin tengah plan nak jalan-jalan, so Rin nak join boleh tak?" Rin senyum lebar menampakkan giginya putih yang cantik tersusun.
"Jalan jer kerja korang. Ada duit boleh la join." Puan Azlina terus masuk ke dapur. Rin memuncungkan bibir.
"Tahulah Rin belum kerja. Pinjam duit boleh tak? He he."
"Tanya ayah."

Rin tepuk dahi. Tanya ayah? Confirm dileter memanjang. Ayah dan ibu memang kuat berleter, tapi Rin tak pernah kecil hati, sebab semuanya dia ingat baik-baik.

"Baik Rin tanya Mak Yam. Hmmm." Rin menuju ke bilik Mak Yam.
"Mak Yam kau tu balik kampung, anak saudaranya nak kahwin."

Rin mengeluh halus. Mungkin belum tiba masanya lagi, terpaksalah aku cari kerja, gumam hatinya.

"Rin nak cari kerja boleh?" Rin berdiri di sebelah ibunya.
"Kerja apa?" ibunya sedang memotong sayur.
"Apa-apa je laa. Supermarket ke, kedai handphone ke, kedai makanan ke."
"Kalau kedai makanan baik tak payah. Nanti anak ibu yang slim dan cantik ni gemuk."
"Eee. Ibu ni, Rin pandai jaga badan la."
"Kalau pandai kenapa tak kahwin je? Tu ada anak jiran sebelah sana tu, kerja doktor, masih bujang. Haaa."
"What? Mom? Apa kaitan jaga badan dengan kahwin? Adoiyaii. Dahlah, ibu ni. Orang serius nak kerja, ibu main-main pulak."

Rin menuju ke biliknya. Daripada aku layan cerita kahwin ibu, baik aku main game.

Komputer gaming dihidupkan, maka melayanlah Rin dengan game FIFA 2016 dia.

* * * * *

"Zack. Aku datang rumah kau besok. Serius tak tipu. Kau punya masalah ni kronik. Sudah tu 3 bungkus rokok kau bantai."
"Yelah. Aku cakap panjang-panjang kau simpulkan semuanya besok. Hmm."
"Betul la. Aku datang besok. Kita jumpa eh?"
"Okay sis. Aku nak tidur dah ni, you better go to sleep too my love."
"Banyak my love kau. Yelah. Good night, assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."

Zack tersenyum sendiri, selepas bercakap heart to heart dengan Lisa, hatinya lega sikit. At least tidaklah dia menanggung beban di hatinya yang makin berat. Rokok Pall Mall dihabiskan, Zack bangun dan menuju ke tingkap lalu melompat masuk ke dalam bilik. Selepas menutup tingkap, Zack terus menghempaskan badannya ke katil. Tak lama kemudian, dia terlelap.

(bersambung....)

Monday, 4 August 2014

Bisvit Selimut 20

Al melabuhkan punggung di rumput kering. Dia termengah-mengah. Beberapa orang yang lain pun turut serta, sambil membuka but bola.
"Aliff, ok ke?" Jay menepuk bahu Al. Al cuma mengangguk, semput tahap giga, entah dah berapa kurun tidak berlari di padang bola sepak.

"Inilah training Al, kau kena fit kalau nak main. Main buruk tidak apa, yang penting tahu basic, dan stamina kena kuat." Ikmal di sebelah Jay sekadar menambah. Al berfikir dalam.

"Lama dah tak training, time di kampung lama dulu selalu main, main style kampunglah. Dah pindah ke bandar, perasaan malas terus datang. Hehh." Al tersengih sambil meraup mukanya yang berpeluh. Dia bukanlah gemuk untuk tidak fit, tapi tiada latihan menyebabkan stamina turun. Untuk dapatkan balik stamina tu, sekurang-kurangnya sebulan kena training. Tapi yang tidak best, dua minggu cuti pun dah boleh hilangkan usaha sebulan tu.

"Alaa. Rajin-rajinlah keluar. Kalau ada masa, call jer aku. Kita main ngan geng-geng aku." Jay sekadar memberi pendapat. Al sekadar tersenyum.

"Tapi seriously Aliff, kau ada potensi nak jadi pelapis untuk pasukan kita. Cuma, rajin-rajin sikitlah turun." Danish menambah, Al pula masih lagi tersenyum. Memang sebelum ni dia rajin turun, tapi sejak ada geng berdota, menjadi malaslah dia. Tadi, keputusan untuk turun bermain itu ternyata tidak sia-sia, lebih-lebih lagi ada coach untuk guide.

Al memandang ke langit, berfikir dalam. Dalam hati, hanya Allah saja faham perasaannya sekarang. 'Maybe this is the best way to forget all sadness, confusion, and something that bothers me a lot.'

Teringat kata-kata seorang gamer, Daniil 'Dendi' Ishutin - One way to forget about pain is to do something you will be in completely.

'Insya Allah, istiqamah.' hati Al bermonolog.

* * * * *

Rin termenung membaca quote tersebut. Walaupun ia datang dari seorang gamer terkenal, tapi apa yang baik itu diambil.

"One way to forget about pain is to do something you will be in completely." Rin menuturkan ayat tersebut.

'It's not easy, but yet it's not difficult. The most important thing is to be istiqamah, consistent.'

Kata-kata Jiji sekali lagi muncul di fikiran Rin.

'Ya Allah, kuatkan hatiku untuk menghadapi dugaanMu, kuatkan hatiku untuk berubah.' doa Rin dalam hati.

Tanpa disedari, air mata Rin gugur. Untuk berubah, bukannya mudah, tapi yang susahlah yang sangat best.

Isn't it? :)

Friday, 29 November 2013

Bisvit Selimut 12

"Tak pernah mengaji ke sebelum ni?"

Dia sekadar menggeleng.

"Seriously?"

Haiih, dah orang geleng mestilah serius. Perlu ke tanya benda macam ni, gumam Rin dalam hati.

"Tak apa, boleh belajar slow-slow. Yang penting berusaha." ujar kakak tersebut, Rin mengangguk. Dia sebenarnya terasa malu, tapi bila lagi dia nak berubah. Walaupun baru belajar, tapi dia tetap gagahkan diri membaca ayat al-Quran satu persatu.

Selesai mengaji, Rin meminta diri untuk pulang. Sepanjang perjalanannya dari sekolah tersebut, terdengar suara-suara yang kurang enak didengari.

"Eh, budak tu kan anak Puan Azlina.."

"Ha'ah, eh buat apa dia dekat sini.."

"Mengaji tu, waah. Tapi aku dengar dia tak pernah mengaji.."

"Seriously? Kesiannyerr, apalah yang parents dia didik time kecik-kecik dulu.."

"Biasalah. Anak orang kaya manalah reti nak buat benda-benda macam ni."

Rin melajukan langkahnya. Air matanya mengalir dibiarkan. Sampai sahaja di rumah, dia terus berlari ke biliknya. Mak Yam dan Pak Ali tertanya-tanya, saling berpandangan sesama sendiri.

Rin duduk berlutut di tepi katil, menangis teresak-esak, dia berasa malu terhadap dirinya.

"Rin.." Mak Yam mengetuk pintu. Dia berasa risau terhadap Rin. Rin masih lagi duduk berlutut.

"Rin, Mak Yam masuk ni." Mak Yam membuka pintu. Dilihat Rin sedang menangis, dia mendekatinya.

"Kenapa nangis ni?" Mak Yam duduk di birai katil, menggosok-gosok lembut kepala Rin.

Rin sekadar menggeleng, dia tidak ingin menceritakan hal tersebut kepada sesiapa.

"Rin, kenapa nangis ni? Cuba bagitau Mak Yam. Rin dari mana? Buat apa?"

Rin masih lagi menangis. Dia tiada mood nak beritahu masalahnya. Mak Yam garu kepala. Apa kena dengan budak ni? Gumam hatinya.

Saturday, 16 November 2013

Bisvit Selimut 11.1

Hey.

Wake up.

It's Subuh, dawn, get up.

Man, you look horrible.

What's with you?

Man, you have changed a lot.

A lot, I mean, I don't know you anymore.

What happen man?

Hey, don't make me slap you.

Wake up mate!

Look at you.

Eye bags, red eyes, that lazy body. You may look good, but you condition, perrghh, bad.

Man, ever since you decided to change into someone else, I hardly recognize you.

You still you, but..it's not like you.

Where is the old you?

The one that always take care of yourself,

the one that always remind others to do good deeds,

the one that always bring others to the road of jannah,

the one that always caution on boys-girls conversation (pergaulan),

the one that always speak something good to others,

the one that always take care of others, including yourself,

the one that always hanging out with good friends, talk something benefits, and avoid too many stupid jokes or idiot whatever you say,

the one that avoid girls, so that they won't touch you and you won't get close to them,

the one that always read a Quran whenever you down, or free time,

the one that always care about brothers and sisters at Syria, Egypt, Palestine,

the one that always step to masjid and pray to Him..

Where is the old you?

You have changed. I don't know you anymore.

You've been disappointing.

You should not live in this world anymore...

Pistol diacukan ke dahi, picu ditekan. Bam!!!

Bisvit Selimut 11

Rin turun ke dapur, makan malam sudah pun disediakan oleh Mak Yam. Ibu bapanya baru pulang dari kerja, agak lewat, namun normal bagi Rin. Dia telah terbiasa dengan keadaan seperti begitu sejak kecil lagi.

"Ibu, ayah." Rin berbahasa. Dia menuju ke Puan Azlina, menyalami tangan dan memeluk ibunya.

"Rin. Bila sampai?" Rin menuju ke arah ayahnya, Tuan Abdul Hashim, disalaminya tangan ayahnya lalu mencium kedua belah pipi orang tua tersebut.

"Petang tadi." balas Rin pendek sebelum duduk bersebelahan ibunya. Hidangan makan malam telah tersedia. Rin pula kecur liur, terutamanya terlihat ikan goreng dengan sambal lada. Rin terus mengambil ikan goreng, dan sambal lada ditarik dekat dengan piringnya.

Puan Azlina menggeleng kepalanya sahaja melihat telatah Rin. Dia maklum, sejak kecil lagi Rin memang suka ikan,  terutamanya ikan goreng dan ikan bakar. Ketika saudara-mara mereka datang melawat, mereka membuat BBQ ikan bakar. Rin seorang diri menghabiskan 5 ekor, nasiblah ikan yang dibawa agak banyak untuk mereka semua.

"How's your study honey?" Puan Azlina bertanya kepada Rin.

"Same like before, nothing's changing."

"When will you finish?" Tuan Abdul Hashim pula bersuara. Rin melihat ayahnya.

"2 years more, next year will be a busy year, going to school, teach."

"Do well honey, don't be a bad teacher, don't influence your students with your gaming activity."

"Ibu, Rin tau la."

"Sekadar mengingatkan saja. Ayah tengok Rin makin kurus, sakit ke?" Tuan Abdul Hashim mengusik anaknya.

"Ayah, Rin jaga badanlah."

"Jaga badan? Banyak nasi, ikan dah ambil dua, syukurlah."

"Heee. Bukan selalu makan macam ni dekat asrama."

* * *

Rin duduk di ruang tamu, TV dipasang, astro difungsikan. Rin menekan remote Astro, mencari channel yang best untuk dilihat. Dia beralih ke channel movie.

"Hmm..silent hill, bosan. Love is blind, bosan. Takde ke movie best?"

Dia beralih ke channel cartoon.

"Upin Ipin, hmm. Fairly Oddparents, bosan. Tengok Disney pula, mengarut. Cartoon Network, Oggy and Cockroaches. Tsk. Bosan."

Dia tukar ke channel sukan.

"Hari ni hari berapa ek? Oh, hari Jumaat. Alah. Takde main bola minggu ni, semua World Cup Qualifier. Ish bosanlah rancangan TV sekarang."

Dia beralih ke Astro Ria.

"Drama, mengarut."

Dia menutup TV, dan menuju ke biliknya. Dia menutup pintu, lalu baring di katilnya. Dicapainya XBOX 360, lalu di on TV khas untuk dia bermain game.

"Let's see, AC3, dah habis. DmC dah habis." Rin teringat sesuatu. Lantas dia melihat laptopnya yang telah ber'on' sejak petang tadi. Dia tengah mendownload sitkom kegemarannya, The Nanny.

Rin mengeluh halus, dia kebosanan. Kalau di kolej, Adi yang menjadi mangsa kebosanan dia. Tiba-tiba dia teringatkan Adi.

'Nak main Dota, nanti tak siap download ni. Nak main 360, dah siap semua.'

Rin menuju ke meja, melihat sekiranya ada novel yang boleh menghabiskan kebosanan dia. Dia terpandang novel Hlovate - Anthem.

Dia kaku sebentar, teringat kata-kata Jiji.

'Rin, kau minat novel?'

'Always, why?'

'Tau tak Hlovate?'

'Err..bolehlah.'

'Aku ada buku ni. Kalau sudi bacalah.'

'Aaaa?'

'Alaa. Baca je la. Best novel ni, harap kau faham apa yang nak disampaikan.'

'Yelah. Nanti aku baca.'

Rin mengambil buku tersebut, berfikir sejenak.

"Ish, nantilah aku baca. Baik aku layan The Nanny."

Tok tok. Pintu bilik Rin diketuk.

"Tak kunci." Rin menyahut dari dalam. Ibunya, Puan Azlina masuk. Dia duduk di birai katil berdekatan dengan Rin.

"Fazreena."

"Yup ibu?"

"Besok malam, ibu ada dinner dengan orang-orang besar."

Orang-orang besar? Rin berfikir sejenak.

"Orang besar? Obes?" Rin cuba bergurau.

"Ish Rin ni, nakal. TPM, EXCO kerajaan negeri, semua orang penting dalam negara tu yang datang." Puan Azlina mencubit manja pipi comel Rin.

"Oooo. Ookay. Err..so ibu..." Rin tersengih, dia mengusap-usap pipinya.

"Ibu nak Rin turut serta majlis tu. Boleh kenal dengan orang lain, kawan-kawan."

Rin tidak segera memberi jawapan, dia tahu ibunya selalu ada saja dinner dengan orang yang berjawatan, tak kiralah TPM, PM, MB, EXCO kerajaan negeri. Dia maklum pekerjaan ibunya sebagai ahli organisasi yang memang selalu berhubung dengan orang-orang macam tu. Dulu Rin rajin ikut ibunya, tapi sekarang dia kurang minat.

"Err..tengoklah bu. Rin baru je balik dari kolej, penat. Rindu dekat rumah." Rin memandang ibunya dengan harapan dirinya difahami. Ibunya tersenyum kecil.

"Yalah. Kalau nak pergi beritahu ibu, nanti ibu sediakan pakaian untuk Rin." Puan Azlina bangun, Rin sekadar mengangguk.

"Rin nak buat apa ni?"

"Entah. Rin pun tak tahu nak buat apa. Main gamelah kot. Hihi."

"Jangan asyik game jer. Kehidupan luar pun penting." Puan Azlina meninggalkan bilik Rin.

"Ya, Rin tau." Rin bangun dan menutup pintu biliknya. Dia menghembuskan nafas halus, berfikir tentang kata-kata ibunya sebentar tadi.

Rin sebenarnya dah bosan dengan majlis bersama orang besar. Pada awal sahaja Rin rasa gembira, iaitu selepas SPM. Dia asyik ikut ibunya travel ke negeri lain, jumpa orang-orang ternama. Bukan sekali dua, tetapi berkali-kali. Rin terbiasa dengan gaya hidup orang mewah. Tapi dia memang gila game, maklumlah abangnya sendiri gamer seperti dia. Tidak ramai yang tahu latar belakang Rin yang merupakan anak orang ternama, tetapi mempunyai hobi yang tidak dijangka.

Dia tidak berani beritahu sesiapa tentang hobinya, lebih-lebih lagi kekasihnya. Kecuali recent boyfriend, dia beritahu hobinya. Pada awalnya, ex-bf dia tu dapat terima, namun setelah ketagihan Rin terhadap game melebihi layanan dia terhadap kekasihnya, di situ perang meletus. Rin pegang teguh terhadap apa yang dia suka, tetapi akhirnya ketika dia tersedar dia patut berubah sedikit, dia ditinggalkan.

Namun dia bersyukur, kawan-kawannya dapat terima dirinya, hobinya, kelemahannya. Walaupun dia tidaklah sealim mereka, tapi dia masih ingat tuntutan agama - solat, puasa. Ada suara sumbang mengatakan dia ni memalukan kawan-kawannya kerana dia seorang sahaja free hair, manakala Jiji, Ain, Adi, Syafiqah semuanya bertudung. Namun Jiji mempertahankan kawannya bukan sebab dia free hair, sebab Jiji tidak seperti orang tipikal yang mengatakan 'Geng tudung labuh layak dengan geng tudung labuh sahaja'.

Rin mengeluh, mencubit pipinya untuk masuk semula ke alam realiti. Dia mengambil novel Anthem, dan baring di atas katil. Dia sempat melihat laptopnya.

"48%. Ish. Cepatlah siap download wahai The Nanny. Lepas ni ada banyak game nak didownload. Kalau bukan berjanji dengan si Khairuddin tu, memang aku main Dota 2 jer. Ish." Rin gumam bersendirian. Dia membaca novel tersebut. Namun tidak sampai dua muka surat, dia tertidur. Kepenatan sejak balik dari kolej masih terasa.

(bersambung...)

Tuesday, 12 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 10

Rin menarik bagasinya ke pintu pagar, tangan kirinya memegang beg laptop manakala tangan kanannya menekan loceng rumah. Dia masih tertunggu-tunggu kehadiran pembantu rumah, Mak Yam dan Pak Ali.

"Assalamualaikum Pak Ali." Rin memberi salam sambil tersenyum. Tangan kanannya menguis rambutnya yang panjang paras bahu.

"Waalaikumsalam Rin." Pak Ali tersenyum, membuka pagar yang terkunci. Pak Ali tergesa-gesa ingin mencapai bagasi Rin, tapi dia menolak.

"Tak apa, Pak Ali. Saya boleh tarik sendiri." ujar Rin sambil tersenyum, Pak Ali kehairanan seketika, namun disimpan dengan mengukir senyuman. Dia terus menutup semula pintu pagar. Rin menarik bagasinya, diamatinya kawasan rumahnya yang besar.

Rin melepaskan keluhan halus, 'I'm going to miss that college, Adi, Ain, Jiji, Diana...' bisik hatinya. Pak Ali berjalan di sebelahnya.

"Pak Ali sihat?" Rin berbahasa dengan pembantu rumah mereka. Walaupun mereka sekadar pembantu, tapi Rin tetap hormat mereka. Merekalah yang membesarkan Rin di rumah tersebut, tatkala ibu bapanya keluar mencari rezeki untuk dia dan abangnya.

"Alhamdulillah. Rin sihat? Pakcik tengok Rin makin cantik sekarang." ujar Pak Ali.

"Sihat. Thanks Pak Ali. Rin memang cantik dari dulu. Hehe. Mak Yam mana? Ayah, ibu kerja ke?"

"Ayah dan ibu Rin outstation. Ada urusan penting, awal pagi lagi dorang jalan. Mak Yam ada di dapur, marilah pakcik bawakan bagasi dan beg Rin tu." Pak Ali berhasrat untuk membantu Rin, tapi Rin tidak sanggup membiarkan Pak Ali untuk mengangkat bagasinya yang berat.

"Tak apa Pak Ali. Saya boleh buat sendiri. Pak Ali pergilah sambung kerja. Kejap lagi saya nak jumpa Mak Yam." Rin membuka kasutnya. Pak Ali mengangguk, Rin dah banyak berubah sejak masuk ke kolej, walaupun masih dengan perangai gila gamenya, tapi kini Rin dah pandai atur masa. Time solat, dia akan solat. Malah kadang-kadang Rin dan Mak Yam jadi makmum, Pak Ali jadi imam. Itu pun ketika mereka bertiga sahaja di rumah.

Rin memasuki biliknya. Dia terpandang video game console yang dibeli oleh parents dan hadiah daripada abangnya, XBOX 360, PS3, PSP, Nintendo Wii, TV 32 inch flat screen. Tapi dia tidak kisah semua tu. Kalau dia masih yang sama seperti dulu, sudah pasti dia bergegas untuk ke biliknya main semua tu.

Rin meletakkan beg laptopnya dan melepaskan bagasinya. Dia duduk di tepi katil, memikirkan apa perlu dibuat sepanjang cuti ini.

Rin keluar menuju ke dapur, dilihat Mak Yam sedang mencuci piring. Perlahan-lahan dia mendekati Mak Yam...

"Hai Mak Yam!!" sergah Rin dari belakang, dan terus memeluk Mak Yam.

"Opocot sabun cuci axion! Eh Rin! Ish apa ni. Suka betul bagi kejutan tanpa salam. Nasib Mak Yam takde heart hurt." ujar Mak Yam sambil mengusap dadanya. Terkejut dengan sergahan Rin.

"Hihi. Ala Mak Yam ni. Kalau ya pun Rin bagi salam, Mak Yam tetap terkejut punya. Apa Mak Yam kata tadi? Heart hurt?" Rin melepaskan pelukan. Dia menyalami tangan orang tua tersebut, dan dipeluknya erat.

"Yalah. Sakit jantung, heart hurt kan? Hurt tu sakit." Mak Yam memberi penjelasan. Rin melepaskan pelukan sambil ketawa.

"Mak Yam oii. Jangan malukan Rin sebagai guru TESL. Bukan heart hurt, heart attack." Rin menuju ke arah peti ais. Tekaknya terasa dahaga, ingin minum air yang sejuk dan menyegarkan. Dia mengambil fresh orange juice dan menuang air tersebut ke dalam gelas.

"Hmm.. yelah Rin. Rin dah makan ke? Mak Yam masak kalau Rin nak makan." Mak Yam melihat Rin. Rin meneguk perlahan-lahan orang juice.

"Aisehmen Mak Yam. Itu pula ditanya. Fikir nak cakap Rin ni makin cantik ke, makin cute ke, makin slim ke, makin jelita ke." ujar Rin sambil tertawa kecil.

"Makin cantik? Cute? Slim? Jelita? Macam tidak jerr. Macam tidak jerr. Macam gemuk jer. Macam montel jer."

"Mak Yam! Eee. Dah terikut dengan perangai gadis legoland tu." Rin memuncungkan bibir, merajuk manja dengan Mak Yam. Mak Yam ketawa kecil.

"Mak Yam ternampak orang post video dekat Facebook. Rin nak makan ke tak? Kalau nak, nanti Mak Yam masak. Nak solat asar dulu." Mak Yam mendekati Rin. Rin menghabiskan minumannya, lalu dia menuju ke sinki dan membasuh gelas.

"Tak apalah Mak Yam. Rin tak lapar. Mak Yam pergilah solat. Rin nak rehat, penat berjalan dari kolej." Rin menyimpan gelas, Mak Yam sekadar mengangguk lalu keluar menuju ke rumah kecil di belakang rumah besar mereka.

Rin memasuki biliknya, hatinya langsung tidak bernafsu untuk menyentuh permainan videonya. Apa yang difikirkan hanyalah aktiviti yang ingin dilakukan ketika cuti. Dia membuka beg laptopnya, mengambil sekeping kertas yang diberi oleh Jiji sebelum mereka berpisah tadi.

'Kalau nak spend cuti yang bermanfaat, join ni. Insya Allah ada manfaat.'

Teringat dia kata-kata Jiji. Perlukah dia join benda ini? Dia berfikir, tetapi keputusan sukar dibuat. Hendak dibawa bincang bersama familynya, dia rasa segan. Dia simpan kertas tersebut di dalam begnya, lalu berbaring di atas katil.

Rin mencapai handphonenya, dia melihat SMS daripada orang tersebut.

'Hmm.. Tak reply SMS dari tadi, sibuk kot. Oh lupa. Mereka masih ada exam, tak apalah.' Rin meletakkan handphonenya di meja sebelah katil. Tidak sampai beberapa minit, mata Rin terlelap, kepenatan mengharungi perjalanan pulang ke rumah tadi.

(bersambung...)

Saturday, 9 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 9

Rin membangingkan kepala mengikut rentak lagu. Lagu tanpa lirik, lagu ciptaan seseorang, seorang kawan yang gila muzik.

Tangan kirinya sibuk strumming, tangan kanannya pula sibuk menekan kod-kod gitar.

Adi masuk ke bilik, selepas berstudy group dengan Ain dan Jiji. Adi mengangkat kening sebelah, kehairanan melihat Rin yang super relax bermain gitar kepunyaan Emily jiran sebelah bilik.

"Hoi Rin!" Adi memanggil, tapi tidak terjawab, Rin sibuk melihat laptopnya, membelakangkan Adi.

Adi mendekati Rin, mendekatkan mukanya ke arah laptop Rin. Terkejut Rin melihat Adi.

"Lalala? Loving you? Weh lagu siapa ni? Rog? Apa tu?" Adi melihat Rin. Rin terus menolak Adi.

"Ish. Kot yer pun bagi salam lerr. Terkejut aku weh."

"Aku panggil kau tadi, kau tak dengar." Adi mempertahankan dirinya yang datang mengejut. Rin menjeling.

"Ada kau bagi salam?"

Adi ketawa terkekeh-kekeh.

"Weh, lagu siapa mu dengar ni? Tak pernah jumpa. Selalu mu main lagu lain, ni muncul lagu ni. Dan, siapa Rog?" Rin tidak segera menjawab. Dia tekan spacebar di laptop, menghentikan lagu bermain di earphone. Rin menekan button close pada aplikasi Guitar Pro 5.

"Bukan Rog lah. R.O.G. Lagu tu, lagu kawan, tajuknya, lalala." Rin menjawab soalan yang Adi kemukakan saja, tanpa ingin menghurai siapa kawan, apa itu ROG dan kenapa lalala.

"Apa tu ROG?" Adi masih lagi dalam kebingungan.

"It stands for Revolution of Generation. It's a band, the song that I listened, it's their song. But yet to be published, oh I'm speaking like a native-born speaker of English." Rin buat kening double jerk sambil tersenyum, membuat muka bangga. Adi pula meluat tahap geli melihat telatah Rin.

"Oh. Band? Why tiada muncul di mana-mana? TV? Radio? Internet?" Adi meletakkan bukunya di atas meja.

Rin tidak segera menjawab. Dia malas sebenarnya nak cerita pasal ROG.

"And why do you have the song? Aaaaa. I know!" Adi tersenyum, seolah-olah dia tahu apa yang berlaku.

"What?"

"You are the singer, right?" Adi masih dengan senyumannya. Rin buat muka blur, menggeleng-geleng. 

Wednesday, 6 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 8.1

"Bosanlah."

"Bosan belajar lerr." Sarah menjawab.

"Alaa. Tak best takde you."

"Perlu ada I juga?" Sarah kehairanan, biar benar mamat ni.

"Of course dear." dia berbahas dengan penuh kasih sayang, sambil tersenyum sendiri.

"Yuck, apa ni panggil-panggil dear." Sarah kegelian dengar perkataan tersebut.

"Hei, you are my dearest beloved, Sarah." dia menekankan suaranya, Sarah pula ketawa di sebelah sana.

"Aku muntah weh!" Sarah buat suara orang muntah, dia pula mengeluh kasar, tapi masih boleh ketawa kecil.

"Bersyukurlah weh ada orang nak sayang hang."

"Tak perlu orang sayang."

"Ceh. Mengarut."

"Tadi petang main bola eh?"

"Yup. Penat. Lama tak turun padang, semput kejar bola." dia memberitahu. Sarah ketawa lagi.

"Jadi gemuk." Sarah sememangnya suka mengusik dia, dia pula mencebik.

"Diam."

"Hahaha."

Tuesday, 5 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 8

"Developmental stages of writing... hmm.." Rin bermain dengan rambutnya. Dia melihat modul TSL yang baru saja dicetak 3 jam yang lalu.

"Ada beberapa stages. From writing readiness until developmental writing." Adi menerangkan.

"Adi. Explain first stage. Hehe. Malas aku nak baca." Rin tersengih ke arah Adi. Adi membuka notanya.

"Kalau pasal writing readiness, it refers to a stage in child's early life, where he wants to display signs of wanting his/her ideas into visual forms, a.k.a writing."

"Continue." lagak Rin seperti bos sedang mendengar laporan daripada setiausahanya.

"Apabila dah begitu, semua itu menunjukkan the child is growing in terms of knowledge, interest, visual readiness, visual memory, motor and coordination skill." Rin mengangguk-angguk sambil menulis sesuatu.

"Apa cerita knowledge?" Rin melihat Adi. Adi pula sibuk membaca apa yang dikehendaki oleh Rin.

"The child realizes that he can put his thought into words, ini berdasarkan apa aku faham."

"Okay-okay, thanks Adi. Sorry. Aku kena dengar baru aku boleh tangkap." Rin menyambung notanya.

"Auditory learners."

"Hee. And you, visual learners. Buekk." Rin menjelirkan lidah. Adi mengambil bantal lalu memukul badan Rin.

Rin terkekeh-kekeh ketawa.

"Waah mesranya korang ni." Ain pula masuk. Adi dan Rin menoleh, turut serta Syafiqah, membawa nota-nota mereka. Mereka dah berjanji untuk belajar subjek TSL bersama-sama, memandangkan mereka semua mengambil opsyen yang sama.

"Biasalah Risya, jeles ke? Mai sini I sayang you."

"Tak maulah Rin. Kau tu bukan nak sayang, membuli jer."

"Dah. Jom kita study ramai-ramai. Boleh bincang subjek ni." Syafiqah bersuara.

"Eh Rin, apasal baru masuk bab dua?" Ain kehairanan. Rin melihat dia sekilas, lalu mengambil bisvit dan membaca notanya semula.

"Aku fokus EDU dan TSL yang satu lagi sebelum ni. Subjek ni aku ada fokus time kelas Miss Kiran tu. Time EDU dan TSL..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya..

"You main Dota 2. Kan??" Serentak Adi dan Ain bersuara, ketawa mereka pecah. Syafiqah sekadar tersenyum melihat gelagat mereka.

"Cis. Perli aa, perli aa." Rin membuat muka. Adi dan Ain kuat mengusik dia.

"Alaa. Marah ke? Macam marah je, macam marah je." lagi kuat ketawa Adi dan Ain. Syafiqah menutup mulut, kelucuan melihat mereka.

"Lu dua olang memang mahu kena dengan wa ya? Aiyaa. Dah lama wa tak kerjakan olang."

"Okay stop." Adi dan Ain menghabiskan sisa tawanya. Mereka tahu apa yang Rin nak buat, menggeletek sehingga mampus. Rin kalau mengerjakan orang memang menakutkan, lawak, tapi mengerikan.

"Okay, jom belajar."

* * * * * * * * * *

Monday, 4 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 7.1

Tangannya memainkan pen Stabilo 0.5mm berwarna biru, highlighter dipandang, pen warna diambil dan digariskan garisan, menandakan point-point penting.

Matanya memerhatikan setiap perkataan, mencari isi-isi penting, lalu dengan highlighter dan pen warna, dia menandakan apa yang penting.

Matanya melihat jam di handphone, angka digital menunjukkan hampir pukul 3 pagi. Lagu Opick - Ya Nabi Salam berkumandang di telinga yang diletakkan earphone. Topik 6 subjek TSL masih lagi ditatapnya. Syukur juga dah hampir ke topik 9. Tinggal satu subjek lagi perlu diulangkaji, bisik hatinya.

Dia mengambil handphonenya, membuka aplikasi WeChat, lalu menghantar mesej kepada seseorang. Selepas itu, dia menyambung semula pembacaannya, kepalanya digoyang-goyang mengikut rentak lagu.

Ting. Bunyi mesej masuk. Dia membuka dan membaca mesej tersebut, tersenyum. Orang yang dia sayang reply mesej dia. Dia tahu orang itu masih bangun, sebab sekarang musim exam.

Bisvit selimut diambil, dimakan sekaligus. Dia melayan kerenah orang itu, kebosanan.

'Weh. I'm bored.' dia memulakan perbualan secara texting. Dia memang tengah kebosanan.

'Study please.'

'I am, but I'm bored.'

'Yeah, yeah, yeah. I can't wait for 14 November. I want to go home, I miss my home, miss my mother, my brothers, my sister, cats, everything at home.'

'You don't miss me?'

'Why do I have to miss you? :p'

'Okay fine. Tak mau belanja pizza.'

'Hahaha. Merajuk kee?'

'Nope. Waarrgghh. Exam, please be nice to me.'

'Chill out. It's not that hard.'

'It is. Zzzz.'

Dia tersenyum melihat mesej-mesej yang diterima. Dia melihat ke siling, cuba mengingati kenangan-kenangan lalu.

Sunday, 3 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 7

'What is your opinion about McD?'

'I don't go to McD.'

'Err..okay. KFC?' 

'Rarely go.'

'Ookaay. Don't you have any favourite fast food restaurant?'

'I did, but now I realize I'm just wasting my money and killing my health to eat it.'

'Well, everyone has favourite food, what's yours?'

'I like apples, my mom's cooking, my sister's cooking, homemade cooking.'

'Zzz. What do you eat at your college?'

'I only buy foods from cafe, and seldom buy outside foods.'

'You don't go for outing?'

'Rarely.'

'Define rarely.'

'Sometimes, three times for a month, unless I have to buy important things for my assignments and needs.'

Rin berfikir. Apa lagi aku nak tau pasal dia ni? Eh, apasal pula aku yang ingin tahu, sepatutnya dialah yang ingin tau. Aku perempuan, apasal aku terhegeh-hegeh dekat dia? Rin mengetuk kepalanya.

'How about you? You ask me, and I want to know about you too.' tiba-tiba SMS daripada orang itu masuk.

'Me? Well, I often go out with my friends.. I like KFC and I hate McD, I like to go restaurant too. I rarely buy foods from cafe, it's expensive.' dia membalas.

'Expensive? Funny. KFC is way more expensive you know.' orang itu membalas semula SMS Rin.

'I know, but I only eat at KFC once in two weeks, I always go to restaurant. There's a restaurant that I love, saya boleh makan kuantiti yang sikit, with cheaper price.' Rin memberitahu.

'Less quantity? Why do you want to eat less?' orang itu bertanya.

'Err..I'm taking care of my health and body.'

'Oh, dieting eh?'

'You can say like that.'

'Okay. Why do you hate McD? It haunts you? Harm you?'

'No. The company uses our money to help Zionist.'

'Really? How about KFC?'

'KFC has said they disconnect any relation with them.'

'Do you trust them?'

Dia terdiam.

Saturday, 2 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 6

Rin meletakkan beg. Dia terus menghumbankan dirinya ke katil. Melihat ke siling. Hatinya umpama air panas yang menghampiri boiling point.

"Tak guna punya Fuad. Aku tanya je, dah macam-macam dorang tembak aku. Betul la apa aku cakap. McD sekutu Israel, dorang takkan tak tahu. Hmm."

Dia berfikir. Walaupun dia bukan orang kuat agama, tapi kalau berkaitan dengan humanity, dia tidak sesekali menyokong kezaliman.

Cuma masih terngiang-ngiang suara classmates dia tadi, yang membuatkan dia panas.

"Rin. Jom kita keluar ramai-ramai sabtu ni, dengan dorang Mira, Zila..dorang tulah." tiga orang jejaka di hadapannya, Fuad, Din dan Lim, si achai cina.

Rin mengangkat kening sebelah, "Nak kemana? Korang ni relax jer. Next week dah exam."

"Alaa. Keluar makan je pun, di McD." jawab Din sambil tersenyum.

Rin terdiam, dia masih teringat kata-kata Jiji, berkaitan dengan benda ni.

"Macdonald secara umumnya halal, tapi diorang ada sekutu dengan Israel."


"Apa kaitan?" Rin hairan.



"Duit yang kita bayar beli McD tu disumbangkan kepada zionis untuk beli senjata, dan bunuh rakyat Palestin." Jiji tenang menjawab.



Rin terdiam. Jiji tak kata tak boleh makan, tapi dah dikaitkan begitu, seolah-olah menolong musuh Islam.



"Tak nak aku. McD tak layan. McD tu kan haram?" Rin menolak ajakan mereka, dan memberi satu pertanyaan dengan niat dorang faham maksudnya.


"Laa. Si Rin pun dah terpengaruh dengan dakwaan McD tu haram. Eh, kalau benar McD tu haram, apa bukti? Kalau benar McD tu haram, sekutu Israel, kenapa kerajaan tak ban saja? Singkat betul fikiran korang." Din membidas Rin.

"Betul la Rin. Alah kau ni Rin. Nak kata halal-haram, tak payah cerita McD tu haram atau tak, lihat dulu diri sendiri yang masih free hair." kata-kata pedas Fuad dilemparkan ke muka Rin. Lim sekadar berdiam. Dia tidak ingin masuk campur tentang hal-hal tersebut, walaupun dia tak tahu kenapa Rin kata McD tu haram.

Rin memandang Fuad dengan perasaan marah, dia bangun berdiri, berhadapan dengan Fuad.

"Sekurang-kurangnya aku masih ada sifat perikemanusiaan, tak kira betul atau tidak. Weh, sekalipun McD tiada sekutu dengan Israel, aku tak pergi juga. Sebab bikin habis duit dan menggemukkan aku jer. Kau pula.." Rin menunjuk Fuad "Jangan fikir orang free hair macam aku ni tak tau solat, puasa dan benda-benda wajib. Weh aku taulah. Korang dua tu, pernah bangun solat ke? Pernah solat Jumaat ke?"

"Weh Rin. Kau jangan nak memain dengan kitorang." Din memberi amaran.

"Jangan nak memain? Weh, aku dengan bagus bercakap dengan korang, korang pula membidas aku macam-macam." Rin membalas kata-kata Din.

"Weh, kitorang cakap benda betul, weh kau tu tak layak nak kata McD tu haram atau halal, tengok diri, dalam keadaan haram atau halal. Free hair! Jelas buka aurat. Confirm masuk neraka punya." Fuad membalas balik kata-kata Rin.

Ain datang menghampiri Rin, ditarik Rin ke arahnya.

"Dah Rin. Jangan layan sangat dorang tu." Ain cuba menenangkan Rin. Dia memegang bahu Rin.

"Ha! Ni lagi sorang, nak trip baik konon. Fikir selalu berusrah, bagi nasihat dekat orang, boleh dapat skor bagus dalam exam lah ek? Huh!" Fuad menyerang pula Ain. Ain yang innocent terkejut dengan sergahan Fuad. Dia tidak pernah disergah sebegitu, air matanya hampir jatuh.

Rin melepaskan bahunya dari pegangan Ain, dia menghampiri Fuad, diangkat tangannya dan dihalakan ke matanya.

Bupp! Satu tumbukan singgah di mata kiri Fuad. Fuad terdiam, Din terpana, rakan-rakan lain tergamam, Ain terbungkang mata, dalam keadaan dia hampir menangi.

"Fuad, kau boleh hina aku. Tapi kalau kawan aku yang kau attack, you will feel like hell whenever I'm around. Don't you do your damn things to my friends. You haven't seen the real Fazreena." Rin memberi amaran keras kepada Fuad.

"That goes for you too, Din." Rin menoleh ke arah Din, kemudian dia menarik Ain keluar dan menuju ke kafe.

Ketika di kafe, Adi ikut mereka berdua. Dia terdengar pasal pergaduhan tu, tapi ingin bertanya si Rin, tak berani pula. Ain pula sekadar membisu.

Friday, 1 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 5

Dia, Adi dan Ain menghampiri Jiji. Pada ketika itu, Jiji sedang melihat handphonenya, air matanya mengalir.

"Ji.." Ain memanggil lembut, mata Jiji masih terpaku pada handphonenya. Dia dan Adi pula masih berdiam diri, memberi peluang sekiranya Jiji ingin bercakap.

Jiji menoleh ke arah mereka, dia tersenyum, tetapi tiada bukan senyuman gembira, senyuman dipaksa, sekadar menyembunyikan masalah di hati.

"Be strong Ji, Allah dah takdirkan begitu, ujian untuk menguji kesabaran kita." Adi menenangkan Jiji.

Kekasih atau lebih tepat tunang Jiji, Shahrul Lee meninggal dunia ketika mengejar perompak bank. Perompak tersebut menembak tepat kepala rakan setugas Lee yang sedang memandu dan mati serta merta. Lee yang cuba mengawal stereng, tetapi kereta tersebut bertembung dengan lori Petronas, dan dia tidak sempat diselamatkan. Syukur juga tiada letupan berlaku, orang lain terselamat, tetapi perompak tersebut berjaya melarikan diri.

Jiji masih melihat handphonenya, tertera gambar tunangnya ketika mereka bertunang dahulu.

"Appreciate the one that you love and those who love you, because we don't know who will leave  first." Jiji menuturkan ayat, sebagai semangat dan juga nasihat kepada rakan-rakannya.

"Sabar ya Ji. Ada hikmah di sebalik semua ni." Ain menenangkan Jiji.

Jiji tersenyum, lantas dia memeluk mereka bertiga. Air mata Ain dan Adi mengalir juga, kedengaran esakan mereka berdua, Jiji pula yang menenangkan Ain dan Adi. Dia pula, tidak tahu untuk memberi reaksi, bukan sebab tiada emosi, tetapi dia tak sangka, disangkakan cerita dia teruk, Jiji menghadapi keadaan yang lebih teruk. Dia berfikir, kalau aku di tempat Jiji ni, apakah reaksi aku? Apakah aku akan bersabar seperti dia?

Dia kini sedar, dia patut menghargai kekasihnya ketika dahulu, sepatutnya dia meluangkan masa bersamanya berbanding dengan Dota. But past is past, it becomes experience.

"Ji, lepas ni apa kau nak buat?" Adi bertanya. Pertanyaan yang juga berlegar di minda Ain.

"Besok, aku pergi ke rumahnya, insya Allah." Jiji menjawab. Mereka bertiga diam, mereka akan menyokong apa saja tindakan Jiji.

Bagi mereka, Jiji umpama kakak dan juga seorang ibu ketika berada di kolej. Ramai yang menyenangi dia, sifatnya, akhlaknya, dan Jiji juga seorang yang taat kepadaNya. Tidak pernah dia lupa untuk pesan rakan-rakannya supaya solat di awal waktu. Dia rajin berusrah dan rajin memberi nasihat kepada adik-adik muslimah yang lain.

Antara ramai orang, Jiji merupakan orang yang paling dia senangi. Jiji memahami sikapnya yang kuat main game, tidak pernah dibantai. Walaupun dia masih free hair, tetapi jika ada Jiji, perasaan malu menyelinap. Kadangkala Jiji mengajak dia jalan, dia cuba menolak, tapi Jiji tetap berkeras. Bukan apa, Jiji, Ain dan Adi semua menutup aurat, dia pula lain daripada mereka.

Jiji melihat dia, Adi dan Ain turut melihat dia.

"Rin? Okay ke? Lain macam jer aku tengok kau." Adi bersuara, membawa dia kembali ke realiti.

"Okay, I'm fine." ujar dia sambil tersenyum, lalu dia melihat Jiji, mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu, berdoa kot.

"Sambunglah study korang tu. I'm fine." Adi, Ain dan Rin melihat Jiji. Tabah sungguh hatinya.

"Ada apa-apa, just tell us ya. Ain, jaga roomate kau." Adi memberi arahan kepada Ain.

"Ji, sabar ya. Risya, take care of her, call us if you need anything." kali ini Rin pula bersuara. Ain sekadar mengangguk.

* * * * * * * * *

Thursday, 31 October 2013

Bisvit Selimut - Episode 4

Dia melihat nota EDU, baru mula membaca bab pertama. Digaru kepalanya, kebingungan.

"Instructional Technology Domain 1977...three functions, teaching management, teaching development and learning resources.. teaching management, berkaitan pengurusan learning resources, teaching development..berkaitan dengan lesson plan, dibuat berdasarkan teori yang diconceptualise, lepas tu... learning resources... berkaitan penyampaian information kepada students." pen biru Faster shine 0.7mm bermain di tangannya.

"Lepas ni Educational Technology Domain, 1994, kesinambungan daripada 1977. Hmm..five main areas... design, development, use, management and evaluation..." sambungnya semula. Pen biru diletakkan. Fokus kepada lagu "Pretty Little Girl" yang dipopularkan oleh Blink 182..

"We forget that our lives been apart it is hard, we thought we are close but it still feels far. Can we learn to get by and we learn to have scars, learn to forgive and accept who we are..she said.."

"If you break my heart, then I'll change your mind, and I will do it again.. If you play the part and I will play mine, and I will do it again. If we miss the mark and we hold on tight, we'll be there to do it again."

"Okay, design domain, ada empat area yang penting, instructional system design, message design, instructional strategies, pupils characteristics. Hmm... lebih kurang je dengan domain 1977." dicapai bisvit selimut, dibuka dan dimakan dengan sekali suapan. Sambil mengunyah, tangan membetulkan earphone, supaya jelas kedengaran bunyi di telinga.

"Memang gila aa. Baru topik satu. Mampus aku. Penting sangat ke ni.." bebel dia sendirian.

"Of courselah penting, mu ni. Walaupun hanya dalam soalan objektif, rasanya, tapi pilihan jawapan tu 1 daripada 4. Pertaruhan di antara hidup dan mati tu." Adi dalam kesibukan membuat nota BMM, masih sempat buat ayat bombastik.

"Hmm..penatlah. Dahlah subjek major belum lagi dicover, penat weh. Okay, sambung, mesti habis at least dua topik malam ni. Penat aku. Besok kena cover at least empat topik, no more Dota 2." dia cuba memotivasikan diri.

Adi tersenyum. Gembira dia melihat kawannya fokus kepada study. Apa tidak, jika dia stress, Dota 2 jadi peneman, sehingga ke Subuh. Lepas subuh, dia tidur sehingga zuhur, dan sambung semula bermain.

Lagu bertukar, Imperatium, lagu kegemaran dia. Makin bersemangat dia untuk belajar EDU. Walaupun agak susah, tapi memang kena hadapi dengan penuh cabaran, melibatkan kerjaya, dan dia tak ingin untuk fail mana-mana paper, ingin buat clean sheets sampai graduate.

"Okay, sambung semula. Design domain dah faham, sekarang development domain..domain ni.."

"Mu." Adi bersuara.

Dia mengangkat muka daripada nota EDU. Bisvit diambil dan dimakan lagi.

"Apasal Adi?"

"Thanks sebab jadi kawan aku."

Dia kehairanan. Apakah Adi mengarut pada pukul 11 malam ini?

Wednesday, 30 October 2013

Bisvit Selimut - Episode 3

Matanya memandang ke arah handphone yang dilihat sejak tadi. Berfikir.

"Perlu ke reply SMS dia ni? Hmm. Takut nanti aku juga yang sedih hati." gumam bersendirian.

"Kau bercakap dengan siapa tu?" satu suara dari belakang menyapa kedua belah telinganya.

"Kau rupanya Ji. Terkejut beruk aku." dia melihat semula handphonenya selepas menoleh ke arah tuan empunya suara.

Ji atau nama fullnya, Katrina Jeane Ahmad Iskandar, masih lagi tertanya-tanya.

"Apasal Ji? Lain semacam jer kau tengok aku." ujar dia sambil tersenyum. Ji menghembuskan nafas halus.

"Takdelah, tapi sejak kebelakangan ni, kau asyik termenung, tengok handphone. Are you okay my dear friend?" Ji menunjukkan sifat naluri bagai seorang ibu, meskipun belum kahwin.

"Okay je Ji. Cuma...." dia terhenti seketika, tanpa menunjukkan tanda-tanda ingin menyambung kata-katanya.

Tuesday, 29 October 2013

Bisvit Selimut - Episode 2

Dia mengambil sekeping lagi bisvit selimut. Memang gila bisvit sungguh. Walaupun berkeras menjaga badan, mengira kalori masuk, sehingga membeli penimbang untuk buat kuih raya hanya semata-mata mahu tahu berapa kalori sesuatu makanan itu. Agak pelik tapi itulah yang dia belajar secara maya daripada abang Sususejat.com. Sekarang memang dia makin mantap, dan ramai yang ingin jadi seperti dia, malah ada yang tergila-gilakannya. Cuma dia tak ambil pusing tentang hal tu. Sebab dia asyik terfikir seseorang yang telah menawan hati lembutnya tu. Cuma kalau official, dapatkah perangai dan sikapnya diterima oleh orang itu? Lebih-lebih dia seorang gamer.

DotA atau kata panjangnya Defense of The Ancients, game yang dia main sejak 2010, itupun sebab geng-geng di kelas dia selalu main game tu, akhirnya menjadi ketagih lebih-lebih lagi Icefrog dan Valve telah produce DotA 2 yang mempunyai grafik lebih tinggi dan baik daripada yang pertama.

Dia menghabiskan bisvit. Melihat jadual exam akhir tahun.

"Let's see..7 November, 9 dan 10 November. EDU, dua subjek major, hmm. Kena fokus subjek major kedua ni, sebab tak banyak belajar sangat. EDU pun kena fokus, tak faham sungguh konsep-konsep ni. Lepas exam, habis. Eh kalau tak silap si Ji ada kata, tak boleh balik awal...ish! Apahal la kolej ni. Time akhir-akhir mesti ada jer program. Hurm." membebel dia seorang diri. Ketidakpuasan hati  terpancar tapi tidak lama. Tak sampai 10 saat, dia mula klik icon DotA 2, terus klik icon "Find Match". Matchmaking dengan orang lain di seluruh dunia.

"Weh mu. Laillahaillallah. Orang lain bangun-bangun belajar. Mu bangun-bangun terus buka DotA 2." ujar Adi, merangkap kawan baiknya.

"Bosanla. Tiada mood nak study. Aku ni lain, time tengahari hingga ke petang je aku rasa semangat nak study." ujar dia sambil mencapai lagi sekeping bisvit, dihabiskan dalam masa 10 saat saja.

Adi menggeleng, dia terus meneruskan kerjanya pada hari tu, membiarkan kawannya. Dia faham, dia bukan tiada mood untuk study, tapi ada sebab tertentu buatkan kawan dia begitu.

"Okay yes! Apa mode ni apa mode?" sambil matanya memerhatikan skrin laptop ACER dia.

"All random? Matilah. Tolonglah bagi aku hero yang bagus...." dia tutup matanya dengan penuh harapan sambil tangan kanannya memegang penumbuk kirinya.

"Yeah!! Bloodseeker!!" kegembiraan melihat hero favouritenya di skrin. Adi yang sedang membuat nota, terhenti.

"Hoi budak! Bising la weh. Aku tengah fokus study ni!!" marah Adi. Dia tersengih, sengih yang Adi tak dapat tafsirkan, dia menjelirkan lidahnya ke arah Adi. Adi mencapai bantal di katil dan baling ke arah dia. Papp! Headshot.

Dia menoleh ke arah Adi.

Monday, 28 October 2013

Bisvit Selimut - Episode 1

"You."
Masih terpaku.
"Weh."
Diam.
"HOI!"

"Apasal?" tersentak dia bertanya. Mengacau daun betul si Adi ni.

"Termenung jauh nampak. Fikir dekat si dia ke? Kehkehkeh." usik kawannya tu. Memang kerja dia kuat mengusik.

"Sembarang la mu sana. . Saja mau termenung, best juga termenung. Kan? Macam best je, macam best je." ujar dia mengikut style Shasha Legoland Girl.

"Weh, mu nak jadi budak legoland eh?"

"Please la weh." mencebik. "Aku bukan budak legoland, budak Old Trafford."

"Banyak la OT mu sana. Jadi apsal? Eh, Man Utd menang pun lawan Stoke City 3-2. Mantap aa Chica, RvP dan Wazza. Takkan tak happy kot?"

"Pasal bola lain cerita la weh." 

"Abis? Ni tak lain pasal DotA ni. Kalah lagi? Consecutive streak? Dominating? Mega kill?"

Memandang si kawan.

"Unstoppable streak. Tapi aku kasi K.O balik guna ES. Tapi that's not the problem."

"Habis? Pasal exam? Weh paper Sains dan LGA tu senang pun. Mu sendiri bangga dapat jawab."

"Isk! Please stop buat conclusion sendiri."

Kawannya terdiam, kalau sudah dikata begitu, itu tanda anginnya tak bagus. Tapi dia tau, dia bukan mahu bersendirian, dia mahu dipujuk, macam budak-budak, difahami kalau merajuk.

"Ceritakan."

"Entahlah. Aku bingung. Ada sorang ni, dia ni okay. Cara dia layan aku, macam dia care sangat. Cuma masalahnya, aku tak mau masuk atau kena friendzone. Serik aku weh." ujar dia dengan kekecewaan yang mendalam. Dengan Adi, senang saja dia luah. Dah macam siblings, malah kadang-kadang sebelum tidur pun, suka bercerita, berusik-usik, buang bantal lagi.

"Teruskan."

"Aku layan macam biasa, tapi lama kelamaan aku makin suka dengan dia. Jadi..."

"Kau luah?"

Mengangguk sambil buat muka yang betul-betul sedih. Tangan mencapai sekeping bisvit selimut diselaputi keju. 3 kali gigit terus telan.

"Weh, bisvit 60 kalori!"

"60 jer. Bukan 300. Kalau 300, aku jogging 20 round."

Kawannya sekadar menggeleng melihat dia. Senyum dalam hati. Dia ni dari segi paras rupa memang menarik juga, perangai yang sempoi dan santai. Tapi yang membuatkan dia berbeza daripada yang lain, hobi dia. Gaming, setiap game yang berbentuk stealth dia suka, terutamanya Splinter Cell Blacklist. DotA 2 jangan cerita, tapi tulah selalu saja kalah, bikin frust juga. Dan paling lain daripada yang lain, dia die hard fan Manchester United. Kalau yang lain, sebab ada orang-orang tertentu saja minat contoh minat RVP, Januzaj, dan yang lain-lain tu. Tapi dia lain, sebab lihat game Man Utd main, dia jatuh cinta. Hinggakan main Football Manager pun, dia pilih Man Utd. Buat sendiri strategi dia, beli pemain yang dia suka.

Tapi ada satu perkara buat kawannya ni kagum dengan dia. Baru ditinggalkan oleh kekasih, disuruh jangan mengganggu ex dia tu lagi, dia buat relaks je. Kawan dia ni pun baru sedar 3 jam yang lalu yang dia ni dah putus contact dengan ex dia tu. Tapi dalam hati, Allah saja tahu.

"Weh, mu ni pun satu. Apasal pergi luah? Perigi cari timba mu ni." kawannya menegur.

Dia menoleh. Kelihatan mukanya tidak puas hati.

"Weh, ini style aku. Tak mainlah nak ikut tipikaliti masyarakat kita." dia membidas.

Adi terkejut. Dah dia bidas begitu, baik diam-diam.

"Sorrylah ya. Takda niat pun nak singgung." Adi memohon maaf.

Dia senyum nipis "Salah aku tinggikan suara. Dahlah. Mu tau juga aku kan. Relax Di."

Dia menuju ke tingkap, memakai sweater warna merah, pasang hood di kepala. Angin malam datang menyerbu, mendinginkan bilik yang tidak perlu aircond lagi.

"Di. Kadang-kadang aku hairan. Kenapa perlu ada friendzone? Kenapa perlu ada benda tu?"

Adi melihat dia.

"Tak tahulah. Kadang-kadang aku fikir juga. Selalunya kita yang kasi friendzone dorang, tapi kali ni lain kes. Mu pula kena friendzone. Eh, jadi apa dia jawab? Dia terima?" Adi tanya soalan cepu emas.

"Taklah. Dia lebih kurang macam aku, cuma dia lagi teruk. Kekasihnya tinggalkan dia, malukan dia di hadapan orang ramai. Dia tak ready. Dia macam dah serik kena buat begitu. Aku kata dekat dia, kalau tak cuba mana kita tahu. Nak tahu apa dia jawab?"

"Apa?" Muka ingin tahu terserlah.

"Memang betul kalau tak cuba kita tak tahu, tapi pengalaman mengajar. Berdasarkan pengalaman dia takut sejarah berulang. Jadi lebih baik elakkan sesuatu yang kita tidak pasti, dengan fokus kepada sesuatu yang mungkin menggembirakan hati kita. Dalam weh ayatnya."

"Hmm.. siapa juga orang yang mu maksudkan ni? Dalam kalangan kita? I mean, our college?"

Dia senyum sayu. Menggeleng.

"Kalau orang kolej kita, dah lama penumbuk di muka dia." bisik hati dia.

(bersambung....)

Saturday, 19 May 2012

Lekor, pemandu lori dan kereta kancil.

"Ya, mahu apa?"

"Lekor seringgit bang."

Ketika menunggu pesanan, tiba-tiba terdengar bunyi.

Bam!

Cermin pecah, aku terus pandang kanan ku. Terlihat pemandu lori setengah tan menepuk dahi. Aku fikir, apa yang dilanggar?

Rupanya lampu brek kancil. Aku terus lihat mereka. Pemandu kancil tersebut tidak kenampakan pula.

Terdengar beberapa orang berkata

"Apa pasal tu kancil parking situ? Tulah kena langgar. Orang kasi maju sikit lagilah, barulah senang tu lori masuk."

Lebih kuranglah begitu, ayat ketiga keempat tu dari pemikiran ku, sebelumnya memang betul pun. Hehe.

Lepas beli, terus aku terfikir, salah tu kancil la sebab dia parking situ. Tapi bila fikir semula, aku terus tukar pendapatku.

Why? Dua-dua salah. Hihi. Tak adalah, cuma pendapat aku ni rasanya memang betul dua-dua salah.

Pemandu kancil tu obvious salah, sebab parking tempat laluan untuk peniaga pasar malam.

Tapi tidak 100%. Pemandu lori pun salah juga, sebab dia mahu cuba juga walaupun risiko untuk langgar tu tinggi.

Faham kan? Hehehe.

Dan dari situ, aku dapat buat analogi. Analogi terhadap masyarakat sekarang.

Pemandu kancil itu umpama orang jahil tak tahu apa-apa, jadi dia buatlah kesilapan kerana kejahilan dia tu.

Pemandu lori tu pula umpama orang pandai, tapi kurang bijak. Dia tahu kalau dia teruskan perbuatan dia, akan terlanggar tapi mahu buat juga. Sama seperti orang kita, kita tahu sesuatu yang buruk itu mendatangkan mudarat dan dosa, tapi tetap mahu buat, kerana seronok.

Kan? Kalau pemandu lori itu bijak, dia akan cari si pemandu kancil untuk majukan atau alihkan kereta dia sebelum dia masuk untuk parking. Kalau penat mahu cari satu-satu, tekan hon saja. Dengan itu pasti pemandu kancil tu muncul dan alihkan kereta itu.

Begitulah kita, kalau kita tahu sesuatu benda yang buruk, jangan kita buat benda tu. Dan kalau kita ternampak orang tak tahu, tegurlah dengan hikmah. Insya Allah, orang tersebut tidak melenting.

Dan aku pun, lepas membeli lekor, teruskan perjalanan ke tempat azan dilaungkan....

Ohya, sedap lekor tu. Carilah di pasar malam. ^_^

6.15 pm
19 Mei 2012.

Tuesday, 28 February 2012

Ngo-Blog V - Membaca

Assalamualaikum,

Ketika komrad-komradku menentang assignment, aku dok rilek taip entri. Adakah patut. Hehehe.

Minggu terakhir bulan Februari, minggu sebelum PBS. Agak nervous untuk menghadapi PBS pertama, di tempat orang lain pula tu. Inilah ni mencari bala, tapi bukan mencari bala. Aku ingin mencari pengalaman, cari ilmu di tempat lain.

Semalam atau kata tepatnya, kelmarin, kami diberi surat pengenalan untuk melaksanakan PBS. Aku lihat dan aku terus terbayang dalam kepala aku akan pergi ketuk pejabat guru besar, cakap itu-ini dan poof! Jadilah koko crunch. Okay mengarut.

Pensyarah kitorang pun berilah taklimat PBS untuk kerja kursus. Memang masih blur sehingga sekarang, tapi tak apa. Akan ku tanya nanti tentang portfolio. Hehehe.

Itu cerita PBS, kenapalah aku ni suka cerita skip-skip perkara penting. Perhimpunan pun ada, PISMP BM Sem 5 yang urus. Hmmm, temanya membaca.

Cerita membaca ni, aku juga tergolong dalam orang yang suka membaca. Kalau dahulu, KREKO atau ARENA pasti aku layan. Malahan time sekolah pun, tak sah kalau tak cerita KREKO. Apa tidaknya, cerita terbaru manga-manga Jepun muncul setiap keluaran baru.

Ketika abang aku masih cuti selepas tamat SPM dan STPM, dialah orang kerap suruh aku beli KREKO. Apa tidaknya, aku pulang rumah setiap petang - ketika form 2 - berjalan kaki. Jadi? Konfom singgah kedai. Kehkeh.

Mak aku memang marah kalau dapat tahu komik. Tapi masih lagi membeli. Namun aku bersyukur kepada Allah kerana melalui abangku dan mak aku, minat membaca aku semakin tinggi. Malahan pakcikku - pelajar IPG yang baca entri ini pasti tahu siapa - kata, ketika dia menjawab soalan SPM untuk karangan, dia jadikan KREKO sebagai inspirasi. Haha. Budak-budak sekolah!

Namun, semenjak dua menjak sejak aku masuk, WISEL pula dibeli. Pasal bola, bola, bola, bola, bola, bola, bola, bola. Kalau first semester foundation dulu, memang WISEL dibeli, elaun keluar itu yang dibeli. Tapi sejak akhir-akhir semester 1 sehingga semester 3, aku dah tukar bahan bacaan aku. MASTIKA. Yup, majalah informasi no.1 di Malaysia.

Memang favourite aku ni MASTIKA. Sejak dulu lagi tapi kalau dulu, mengharapkan orang-orang tua saja yang beli, terutamanya makcikku. Apa tidaknya, dia pun minat. Hehe.

Kalau majalah WISEL tu, mak aku konfom bising. Kena bagi tazkirah lagi, "baik spend elaun tu untuk perkara baik daripada beli majalah bola!" Itulah yang buat aku tersedar.

Jadi sekarang? Bahan bacaan? MASTIKA masih dibeli, tapi kini ada penambahan. SOLUSI. Iya, inilah majalah bulanan yang, insya Allah, aku tak akan miss untuk beli.

Mahal tu mahal, tapi jika dikira ilmu yang banyak dalam majalah ni, aku rela untuk beli majalah ni daripada beli makanan. Seriously, kadang-kadang beli juga makanan dan majalah ni. Bukan apa, sambil makan sambil baca. Walaupun tidak digalakkan.

Kalau pasal buku-buku ilmiah yang lain, aku beli juga. Macam buku 4 Imam yang benar, itulah satu-satunya buku 'besar' pernah ku beli. Hehehe.

Berbalik ke situasi perhimpunan tadi, memang bagus temanya. Menggalakkan kita untuk membaca, terutama sekali menyampaikan bab-bab ilmu agama.

Kebanyakan orang yang share-share ilmu agama itu baik, tapi jika sekadar copy paste saja tiada gunanya. Seperti penyebaran hadis tentang menyakitkan hati wanita, lelaki dipukul sebanyak 100 kali di akhirat. Aku berfikir juga, betulkah hadis ini? Yalah, periwayatnya tiada. Lagi satu, bercanggah betul dengan hukuman di akhirat yang sebenar. Andai kata dia lelaki yang baik - jaga solat, jaga akhlak, jaga amal, jaga iman - tapi terpaksa meninggalkan wanita kerana Allah, tapi wanita itu menangis, takkan kena sebat kot? Kalau fikir secara waras diterima, apatah lagi kalau bincang tentang dalilnya. UAI kata apa? Maudhu.

Sebab itu kita kena banyak membaca supaya dapat sebarkan ilmu yang sebenar. Aku akui, kadang-kadang aku tersebar juga sesuatu yang kurang aku pasti. Penyebaran quotes Snake Charmer pun, aku berhati-hati juga untuk share dengan semua orang. Apa yang aku ingin pastikan, aku faham, orang faham dan quotes tersebut tidak bercanggah dengan Quran dan hadis. Wallahualam.

Tapi sekarang, kurang sikit yang suka membaca. Ada tu ada, baca buku. Buku apa? Muka buku a.k.a Facebook. Hmmm, buku kah lagi tu.

Jadi para pembaca sekalian, rajin-rajinkan diri anda untuk membaca. Sekiranya tidak pasti tentang sesuatu, tanya. Paling baik, daripada baca gosip artis, baik korang baca ilmu yang bermanfaat atau berita tentang Syria. Saudara kita sedang berjihad di sana tu. Mudah-mudahan mereka mampu untuk berjuang. Insya Allah.

Balik kepada situasi perhimpunan, ketika akhir rancangan, ada satu nyanyian pasal membaca. Selalu juga aku lihat ni time kecil-kecil dulu. Hehe. Paling menarik perhatian ketika Fazly menyanyikan part dia. Membaca merupakan satu suruhan. Teringat aku surah al-Alaq di mana Allah suruh kita untuk membaca agar dapat ilmu yang bermanfaat. Jadi? Membaca ini merupakan satu tuntutan yang digalakkan oleh agama. Cumanya, jangan jadikan alasan ini untuk baca buku lain yang tidak berfaedah.

Ceritera ngo-blog aku dan sampai versi kelima. Tak apa, sekali sekala share cerita hidup tak apa. Yang penting, kita rajin-rajin membaca. Paling penting, rajin baca Quran. Insya Allah istiqamah.

Pae - Membaca menambah ilmu, insya Allah.

Monday, 16 January 2012

Tak wajib bertudung, yang wajibnya tutup aurat.

Assalamualaikum,

Hehehe. Alhamdulillah, agak lama tak update. Dan yang sioknya, awal balik kuliah hari ini, tapi yang tak syok, ada kuliah petang. Tak pa tak pa, besok awal balik. Hehehe.

Cerita hari ini, tadi aku blogwalking, pada mulanya nak cari sejarah pasal PAS. Hah, jangan ingat aku minat politik, aku ingin cari saja sejarah PAS, bagaimana mereka boleh disingkirkan dari kerajaan pada tahun 70-an.

Tiba-tiba terjumpa satu blog yang memang banyak inputnya, ibnuhasyim.com. Korang type tu di URL confirm keluar ibnuhasyim.com. Memang banyak inputnya, cerita dunia, cerita artis, cerita politik, cerita agama, all in 1. Sama macam blog pulakdah.blogspot.com. Memang dua blog ini provide info yang mantap.

Aku cek satu per satu, ada satu entri mengenai bola sepak wanita. Pasukan bola sepak wanita Iran memakai pakaian yang semart! Betul. Sungguh aku respek sebab mereka patuh kepada hukuman ISLAM. Main bola tutup aurat. Cek sini.

Namun demikian, cara pemakaian mereka diharamkan oleh FIFA. Lihatlah, bagaimana Islam ditindas. Tak apa, tunggu saja Imam Mahdi muncul nanti, tergamam para penindas Islam. Itu yang pasti!

Aku terharu melihat mereka sanggup pertahankan maruah agama berbanding etika bola sepak. Mereka menangis ketika meninggalkan stadium. Alangkah bagusnya akhlak mereka. Sekalipun dihalang oleh musuh Islam, tapi mereka tidak takut. Mereka boikot perlawanan itu daripada ikut telunjuk manusia menyuruh mereka buka aurat mereka.

Memang mantap, aku salute habis. Kalaulah wanita-wanita muslim di negara kita semua begini, agaknya ramai kahwin 4 kot. Hehehehe.

Gadis-gadis kita senang-senang bagi free hair, yang bagi aku langsung tak cute. Kepada mereka yang non-muslim tu tak apalah. Sebab mereka lain agama. Tapi kita ni? Negara aman damai pun hukum diabaikan? Hmm. Entahlah.

Apapun, berdoalah agar mereka yang belum dapat petunjuk itu berubah menjadi baik. Memang betul, bersangka baik itu betul. Mungkin mereka yang free hair belum dapat petunjuk, tapi memang jelas mereka melanggar hukum Allah. Jadi wajib untuk kita tegur, terutamanya pemimpin.

Satu alasan yang aku paling tak suka dengar ialah belum dapat petunjuk lagi ataupun ini, tunggu ikhlas baru berubah. Hukum tetap hukum, ikhlas atau tidak wajib kita ikut. Bila mahu berubah? Tunggu kiamat baru berubah? Dalam surah al-Anfaal ayat 53 maksudnya

Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Baik kita ubah diri kita barulah Allah bagi rasa apa itu nikmatnya iman dan keikhlasan. Wanita tak wajib pakai tudung, tapi WAJIB TUTUP AURAT. Hehehhehe.

Comel kalau wanita tutup aurat, apatah lagi kalau melabuhkan tudungnya. Masya Allah, aku pun tak berani pandang terus. Hehe. Gurauan semata-mata okay, masih normal.

Kepada wanita di luar sana, aku harap korang berubah. Ramai laki-laki ingin isteri yang baik, dan aku tau korang juga nak suami yang baik-baik. Cumanya, korang boleh dapat suami yang baik sekiranya korang baik. Tapi kalau korang dapat yang sebaliknya walaupun korang baik, jangan risau. Allah ada simpan hikmah di sebalik semua itu. Hehe.

Berbalik kepada entri, tutuplah aurat. Bukan sekadar bertudung. Pertahankan maruah korang sebagai muslimah. Di negara lain, saudara-saudara kita ditindas. Di negara yang aman, apa pula korang nak buat alasan untuk tidak tutup? Fikir-fikirkanlah.

Kesimpulannya, jom solat Zuhur!

Pae - Comel tau perempuan yang tutup aurat. Lagi comel kalau dia jaga agama, akhlak dan dirinya. Kehkehkeh.

Comel kan? Walaupun sekadar kartun, kalau manusia betul, lagilah comel.