Comrades

Tuesday, 29 October 2013

Bisvit Selimut - Episode 2

Dia mengambil sekeping lagi bisvit selimut. Memang gila bisvit sungguh. Walaupun berkeras menjaga badan, mengira kalori masuk, sehingga membeli penimbang untuk buat kuih raya hanya semata-mata mahu tahu berapa kalori sesuatu makanan itu. Agak pelik tapi itulah yang dia belajar secara maya daripada abang Sususejat.com. Sekarang memang dia makin mantap, dan ramai yang ingin jadi seperti dia, malah ada yang tergila-gilakannya. Cuma dia tak ambil pusing tentang hal tu. Sebab dia asyik terfikir seseorang yang telah menawan hati lembutnya tu. Cuma kalau official, dapatkah perangai dan sikapnya diterima oleh orang itu? Lebih-lebih dia seorang gamer.

DotA atau kata panjangnya Defense of The Ancients, game yang dia main sejak 2010, itupun sebab geng-geng di kelas dia selalu main game tu, akhirnya menjadi ketagih lebih-lebih lagi Icefrog dan Valve telah produce DotA 2 yang mempunyai grafik lebih tinggi dan baik daripada yang pertama.

Dia menghabiskan bisvit. Melihat jadual exam akhir tahun.

"Let's see..7 November, 9 dan 10 November. EDU, dua subjek major, hmm. Kena fokus subjek major kedua ni, sebab tak banyak belajar sangat. EDU pun kena fokus, tak faham sungguh konsep-konsep ni. Lepas exam, habis. Eh kalau tak silap si Ji ada kata, tak boleh balik awal...ish! Apahal la kolej ni. Time akhir-akhir mesti ada jer program. Hurm." membebel dia seorang diri. Ketidakpuasan hati  terpancar tapi tidak lama. Tak sampai 10 saat, dia mula klik icon DotA 2, terus klik icon "Find Match". Matchmaking dengan orang lain di seluruh dunia.

"Weh mu. Laillahaillallah. Orang lain bangun-bangun belajar. Mu bangun-bangun terus buka DotA 2." ujar Adi, merangkap kawan baiknya.

"Bosanla. Tiada mood nak study. Aku ni lain, time tengahari hingga ke petang je aku rasa semangat nak study." ujar dia sambil mencapai lagi sekeping bisvit, dihabiskan dalam masa 10 saat saja.

Adi menggeleng, dia terus meneruskan kerjanya pada hari tu, membiarkan kawannya. Dia faham, dia bukan tiada mood untuk study, tapi ada sebab tertentu buatkan kawan dia begitu.

"Okay yes! Apa mode ni apa mode?" sambil matanya memerhatikan skrin laptop ACER dia.

"All random? Matilah. Tolonglah bagi aku hero yang bagus...." dia tutup matanya dengan penuh harapan sambil tangan kanannya memegang penumbuk kirinya.

"Yeah!! Bloodseeker!!" kegembiraan melihat hero favouritenya di skrin. Adi yang sedang membuat nota, terhenti.

"Hoi budak! Bising la weh. Aku tengah fokus study ni!!" marah Adi. Dia tersengih, sengih yang Adi tak dapat tafsirkan, dia menjelirkan lidahnya ke arah Adi. Adi mencapai bantal di katil dan baling ke arah dia. Papp! Headshot.

Dia menoleh ke arah Adi.

"Hoi Diana Natasha anak Kamal Mustaffa!!! Mu nak satu lontaran dumbell 5 kg ke? Kacau sungguh! Study sendiri sana!" marah dia. Adi ketawa terkekeh-kekeh. Berjaya dia buat kawan dia tu marah.

"Aku tak nak la. Kalau bisvit yang kau lempar, aku ngap di udara." balas Adi melihat kawannya tu yang serius tetapi muka tidak serius.

"Kau ngap di udara? Mu fikir mu dolphine eh?"

"Bila masa aku kata aku dolphine?"

Dia menoleh semula ke laptopnya. Malas mahu layan si Adi, memang banyak benda dia boleh loyar buruk.

Diana Natasha binti Kamal Mustaffa, panggilan Adi. Nama full perempuan, tapi nama glamour Adi, ramai yang bingung, tapi last-last terbiasa. Bila ditanya kenapa nama glamournya macam lelaki, sebab simple dan pendek saja. Pernah kawan dia tanya kenapa tak guna nama Tasha macam Tasha Manshahar, dia jawab simple.

"Macam Tasha Manshahar? Weh itu nama dia, bukan nama aku." Adi menjawab.

Diana lebih suka guna nama Adi, sebab pendek. Tiada sebab lain.

Dia tersenyum sendiri, Adi perhati dia sejak dari tadi.

"Weh, apasal kau senyum-senyum sendiri ni? Makruh tau." ujar Adi.

"Teringat time aku kenal kau dulu. Nama cantik, tapi nama pendeknya jadi Adi. Macam nama lelaki."

"Tapi jasadnya seorang perempuan kan?"

"Taklah, macam tomboy." selamba saja dia bidas si Adi.

"Diamlah kau!" marah Adi. Dia tersengih lagi lalu meneruskan permainannya. Adi sambung revision dia.

Ting! Bunyi menunjukkan SMS diterima. Dia mencapai handphone di atas meja, membuka mesej yang diterima.

'Awak. Tengah buat apa tu?'

Dia bingung. Perlukah dia balas SMS itu? Dia tidak berani untuk beritahu dia seorang gamer, tetapi dia tidak boleh menipu, sebab menipu itu berdosa.

Dia membiarkan handphone dia, memulakan permainan DotA 2.

(bersambung...)

Icefrog - Nickname for the creator of DotA and DotA 2
Valve - A game company
Bloodseeker - Hero in DotA 2

No comments:

Post a Comment