Matanya memandang ke arah handphone yang dilihat sejak tadi. Berfikir.
"Perlu ke reply SMS dia ni? Hmm. Takut nanti aku juga yang sedih hati." gumam bersendirian.
"Kau bercakap dengan siapa tu?" satu suara dari belakang menyapa kedua belah telinganya.
"Kau rupanya Ji. Terkejut beruk aku." dia melihat semula handphonenya selepas menoleh ke arah tuan empunya suara.
Ji atau nama fullnya, Katrina Jeane Ahmad Iskandar, masih lagi tertanya-tanya.
"Apasal Ji? Lain semacam jer kau tengok aku." ujar dia sambil tersenyum. Ji menghembuskan nafas halus.
"Takdelah, tapi sejak kebelakangan ni, kau asyik termenung, tengok handphone. Are you okay my dear friend?" Ji menunjukkan sifat naluri bagai seorang ibu, meskipun belum kahwin.
"Okay je Ji. Cuma...." dia terhenti seketika, tanpa menunjukkan tanda-tanda ingin menyambung kata-katanya.
"Masalah hati? Masalah ex? Masalah peribadi? Masalah study?" banyak Ji bertanya.
"Taklah. Ish kau ni, taulah aku selalu rujuk kau kalau ada masalah, kalau yer pun jangan tanya banyak sangat." dia memusing-musingkan handphonenya seolah bermain dengan pen stabilo bermata 0.7mm.
"Well, memang itu selalu kau luah pada aku. Kan?"
Dia mengangguk sekali dan senyum ke arah kawan baiknya.
Masih lagi dia ingat, bagaimana dia bergaduh dengan kekasihnya, gara-gara dia selalu main game, panggilan tidak terjawab, SMS tidak terbalas, sehinggakan mereka bergaduh besar kerana dia kuat main game.
"Kurangkan sikit gaming tu, peliklah you ni. I sendiri tak main game."
"Dah jadi hobi, sejak kecil lagi. Lagipun abang I yang influence untuk main game. Parents pun dah okay."
"Isk, cubalah matang sikit. Game ni untuk budak-budak jer! You tu dah besar, dah eligible nak kahwin. Wajar ke main game ni?" bidas kekasih dia.
Dia terdiam, memandang ke arah kekasihnya, terus pandang ke arah lain. Begitulah cara dia marah, bukan tidak suka untuk dinasihati, dan dia tahu itu juga salah satu teguran walaupun keras.
"Matang eh? You ni dah matanglah kan?" dia membalas balik kata-kata kekasihnya.
"Of course lah!" dengan bangga dia menjawab.
"You, listen, shut up."
Kekasihnya terdiam, inilah kali pertama si dia bersuara dan beri arahan begitu.
"You. I have hobbies, one of them is gaming activity. You also have one, reading, surfing internet, watching movies, dramas, and most of the time when you watch movies, you will be focused on it. I understand that you don't want to be disturbed and I never ask you to stop watching movies. Why? It is because its your hobbies. So I respect and accept you the way you are."
Dia berhenti sejenak, sebelum kekasihnya mula keluarkan ayat dari mulutnya, dia sudah beri isyarat stop, menandakan dia belum habis bercakap lagi.
"I have been in gaming activity since I was thirteen years old, before we meet. So you need to accept me the way I am. My friends and parents are okay but you. Who are you to stop me from playing games? I never disturb anyone, I never harm nor wound anyone. But why do you insist me to stop? We have been together for a year, and you say you don't have problems with gamers. But why now? Why?"
The rest is history.
Dia bukan tak sayang dengan kekasih dia tu. Tapi dia tidak mahu ikut tipikal style bercinta yang mana salah seorang akan ikut kehendak yang seorang lagi. Kalau dah kahwin tu lain ceritalah. Pada saat-saat akhir, Jiji menasihati dia agar kurangkan sikit aktiviti tu. Tidak semua orang dapat terima terus diri kita, pesannya. Jadi dia pun ikut saja. Cuma pada saat akhir sebelum break, kekasihnya banyak sangat menyindir, sekali sekala tidak apalah. Tapi ini, 24 jam sehari, mahu 100 kali kekasihnya menyindir.
"Eh lajunya mereply tak main game ke??"
"Eh, baik you main game, nanti member gamers you tu marah."
"You, main sajalah game tu. Alaa. Kan itu lebih penting daripada I."
Dia masih bersabar.
"Eh, you pergilah main. I nak main bola."
Sehingga dia terpana apabila dia beritahu yang dia ingin kurangkan aktiviti gaming.
"Tak payahlah nak beritahu yang you nak berubah. Sendiri juga kata kena terima kekurangan masing-masing. You jangan nak tipulah. I tau you bukan berubah pun, malam-malam masih berjaga semata-mata nak main game jer. Ceh. Dahlah you. Jangan nak temberang sana. Better we break up. Don't ever kacau I again."
Dia menangis sepanjang malam. Dia tidak sangka kekasihnya sendiri tidak beri sokongan kepada dia untuk kurangkan aktiviti gaming. Pada ketika itu juga seseorang hadir dalam hidup dia. Tanpa dipaksa, dia sendiri beritahu individu tersebut segalanya tentang kekasihnya.
Dia mengusap air matanya, Jiji sedari tadi perhatikan dia, menepuk belakang dan mengusap.
"Sabar sayang. Itu ujian daripada Allah S.W.T. Mungkin juga satu peringatan kepada diri kita yang sentiasa lalai. Apapun, muhasabah diri. Jangan berhenti berdoa dan berusaha. Kan dah janji untuk kurangkan gaming aktiviti. Usahakan. Bukan kerana sesiapa, tetapi keranaNya. Insya Allah, Jiji akan bantu."
"Thanks Ji. You're my best friend." dia berasa terharu kerana ada juga insan yang memberi sokongan kepada dia.
Kadangkala dia hairan, kenapa kalau seseorang ingin berubah, mesti ada saja yang halangan dan orang yang dengki. Walaupun dia sedar itu semua ujian daripada Allah, tapi kenapa ada manusia memilih untuk menjatuhkan dan menyakitkan orang lain. Satu persoalan yang dia sendiri tidak pandai selesaikan.
Dia meletakkan handphone, niat untuk reply SMS tersebut ada, tapi tidak diteruskan perbuatannya. Biarlah. Lebih-lebih lagi dia telah luah semuanya kepada orang itu, termasuk isi hatinya.
"Bodohnya aku.. apasal la aku ni senang sangat suka dengan orang lain."
(bersambung...)
No comments:
Post a Comment