Comrades

Friday, 29 November 2013

Bisvit Selimut 12

"Tak pernah mengaji ke sebelum ni?"

Dia sekadar menggeleng.

"Seriously?"

Haiih, dah orang geleng mestilah serius. Perlu ke tanya benda macam ni, gumam Rin dalam hati.

"Tak apa, boleh belajar slow-slow. Yang penting berusaha." ujar kakak tersebut, Rin mengangguk. Dia sebenarnya terasa malu, tapi bila lagi dia nak berubah. Walaupun baru belajar, tapi dia tetap gagahkan diri membaca ayat al-Quran satu persatu.

Selesai mengaji, Rin meminta diri untuk pulang. Sepanjang perjalanannya dari sekolah tersebut, terdengar suara-suara yang kurang enak didengari.

"Eh, budak tu kan anak Puan Azlina.."

"Ha'ah, eh buat apa dia dekat sini.."

"Mengaji tu, waah. Tapi aku dengar dia tak pernah mengaji.."

"Seriously? Kesiannyerr, apalah yang parents dia didik time kecik-kecik dulu.."

"Biasalah. Anak orang kaya manalah reti nak buat benda-benda macam ni."

Rin melajukan langkahnya. Air matanya mengalir dibiarkan. Sampai sahaja di rumah, dia terus berlari ke biliknya. Mak Yam dan Pak Ali tertanya-tanya, saling berpandangan sesama sendiri.

Rin duduk berlutut di tepi katil, menangis teresak-esak, dia berasa malu terhadap dirinya.

"Rin.." Mak Yam mengetuk pintu. Dia berasa risau terhadap Rin. Rin masih lagi duduk berlutut.

"Rin, Mak Yam masuk ni." Mak Yam membuka pintu. Dilihat Rin sedang menangis, dia mendekatinya.

"Kenapa nangis ni?" Mak Yam duduk di birai katil, menggosok-gosok lembut kepala Rin.

Rin sekadar menggeleng, dia tidak ingin menceritakan hal tersebut kepada sesiapa.

"Rin, kenapa nangis ni? Cuba bagitau Mak Yam. Rin dari mana? Buat apa?"

Rin masih lagi menangis. Dia tiada mood nak beritahu masalahnya. Mak Yam garu kepala. Apa kena dengan budak ni? Gumam hatinya.

Melihat Rin begitu, Mak Yam berat hati untuk meninggalkan bilik tersebut tanpa mengetahui perkara sebenar. Setelah beberapa minit, Rin kelihatan reda sedikit dari tangisannya. Dia mengangkat muka, tapi tidak menoleh ke arah Mak Yam.

"I'm fine Mak Yam. Sorry. Rin nak bersendirian." Rin berbahasa lembut.

Mak Yam mengeluh halus. Dah Rin kata begitu, tak boleh dibantah lagi. Silap hari bulan, Rin mengamuk.

"Ada apa-apa, bagitau Mak Yam ya Rin. Insya Allah Mak Yam bantu yang patut." Mak Yam mengusap kepalanya. Rin sekadar mengangguk tapi masih tidak berpaling. Kedengaran pintu ditutup, Rin bangun dan mengunci pintunya.

Masih terngiang-ngiang suara didengari tadi sepanjang perjalanan balik dari kelas mengaji. Rin berasa lemah, dia tiada tempat mengadu, dia berasa sunyi. Hatinya terasa sakit, lebih sakit daripada mendengar kata-kata Fuad tempoh hari.

Ting. Bunyi mesej masuk. Rin bergerak malas mengambil handphonenya. SMS daripada Jiji.

'As salam Rin, apa khabar?'

Rin tidak segera reply SMS Jiji. Dia berfikir seketika. Air matanya mengalir, kalau di kolej, orang pertama akan dia ceritakan masalahnya adalah Jiji. Dia selesa bercerita bersama Jiji. Cuma tentang hal ini dia berasa segan, maklumlah Jiji bukannya orang sembarangan. Takut pula kalau Jiji fikir dia cuba memburuk-burukkan orang alim.

Rin kebingungan, tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Perlukah dia beritahu Jiji hal yang berlaku tadi? Atau hanya perlu berdiam diri? Saat ini, dia agak lemah. Dia tidak tahu siapa harus dirujuknya. Rin membuka telekungnya dan menyarung pakaian kebangsaannya, t-shirt dan seluar tracksuit.

Ting. Bunyi mesej masuk inbox, kali ini inbox WeChat.

'Assalamualaikum, okay ke ni? Tadi nampak tergesa-gesa saja balik ke rumah.'

Rin terdiam, dia mengamati gambar tapi tiada guna sebab DPnya gambar kartun, tapi namanya mengganggu konsentrasi Rin.

'Takkanlah dia nampak aku tadi? Ish tak mungkin.'

Rin tidak segera membalas. Emosinya masih terganggu, fikirannya kacau, jalan mudah, dia memasang lagu dan sumbat di kedua-dua telinganya, berbaring dan cuba fokus untuk tidur.

(bersambung...)

No comments:

Post a Comment