Rin membangingkan kepala mengikut rentak lagu. Lagu tanpa lirik, lagu ciptaan seseorang, seorang kawan yang gila muzik.
Tangan kirinya sibuk strumming, tangan kanannya pula sibuk menekan kod-kod gitar.
Adi masuk ke bilik, selepas berstudy group dengan Ain dan Jiji. Adi mengangkat kening sebelah, kehairanan melihat Rin yang super relax bermain gitar kepunyaan Emily jiran sebelah bilik.
"Hoi Rin!" Adi memanggil, tapi tidak terjawab, Rin sibuk melihat laptopnya, membelakangkan Adi.
Adi mendekati Rin, mendekatkan mukanya ke arah laptop Rin. Terkejut Rin melihat Adi.
"Lalala? Loving you? Weh lagu siapa ni? Rog? Apa tu?" Adi melihat Rin. Rin terus menolak Adi.
"Ish. Kot yer pun bagi salam lerr. Terkejut aku weh."
"Aku panggil kau tadi, kau tak dengar." Adi mempertahankan dirinya yang datang mengejut. Rin menjeling.
"Ada kau bagi salam?"
Adi ketawa terkekeh-kekeh.
"Weh, lagu siapa mu dengar ni? Tak pernah jumpa. Selalu mu main lagu lain, ni muncul lagu ni. Dan, siapa Rog?" Rin tidak segera menjawab. Dia tekan spacebar di laptop, menghentikan lagu bermain di earphone. Rin menekan button close pada aplikasi Guitar Pro 5.
"Bukan Rog lah. R.O.G. Lagu tu, lagu kawan, tajuknya, lalala." Rin menjawab soalan yang Adi kemukakan saja, tanpa ingin menghurai siapa kawan, apa itu ROG dan kenapa lalala.
"Apa tu ROG?" Adi masih lagi dalam kebingungan.
"It stands for Revolution of Generation. It's a band, the song that I listened, it's their song. But yet to be published, oh I'm speaking like a native-born speaker of English." Rin buat kening double jerk sambil tersenyum, membuat muka bangga. Adi pula meluat tahap geli melihat telatah Rin.
"Oh. Band? Why tiada muncul di mana-mana? TV? Radio? Internet?" Adi meletakkan bukunya di atas meja.
Rin tidak segera menjawab. Dia malas sebenarnya nak cerita pasal ROG.
"And why do you have the song? Aaaaa. I know!" Adi tersenyum, seolah-olah dia tahu apa yang berlaku.
"What?"
"You are the singer, right?" Adi masih dengan senyumannya. Rin buat muka blur, menggeleng-geleng.
"I only know how to play instruments, I don't know how to make the songs. If I am the singer, I will sing the songs, did you hear me singing the song? No right?" Rin terus menghadap laptopnya semula, dibuka lagu If I Can. Tiada lirik, lalu disuakan earphonenya kepada Adi.
"Dengar. You know a bit of music time highschool dulu kan?"
"Weh. Itu pun ikut pancaragam sekolah." Adi mengambil earphone Rin, dipasang di kedua-dua telinganya.
"No lyrics?" Rin menggeleng. Adi membangingkan kepalanya perlahan-lahan, mengikut rentak lagu.
Selepas saja selesai mendengar lagu tersebut, Rin menunggu reaksi Adi, ingin tahu adakah lagu tu menarik atau tidak.
"I like the chorus part, the bridge and interlude." Adi menuju ke katilnya.
"Eh, mana kau tahu chorus, bridge and interlude?"
"Bertaip di situ, music sheets. Eh kenapa tak bunyi piano betul? Itu bunyi finger bass untuk part piano." Rin melihat Adi yang berbaring sambil menghadap nota.
"Sebab RSE. Nak bunyi real gitar, drum, bass. Piano tiada. Jadi itu sebab dia begitu. Okaylah. Daripada MIDI." Rin menyambung semula bermain gitar.
"Mantap kalau ada lirik. Jadi kau ni nak tulis lirik?"
"Rasanyalah kot. Ouch." ketika Rin cuba membetulkan posisi duduknya, kaki kirinya terasa sakit.
"Kaki tu dah okay ke?" Rin mengurut kakinya, Adi sekadar melihat.
"Okay dah, sakit tu masih ada. But okay compare to yesterday. Tsk."
Semalam Rin, Ain, Adi dan Syafiqah pergi ke gim, untuk melepaskan stress bermain badminton selepas exam petang tersebut. Jiji tak ikut serta sebab dia tiada mood, lebih-lebih lagi dia baru balik daripada rumah bekas tunangnya pada pagi hari exam. Rin dan Ain vs Adi dan Syafiqah. Ketika Rin cuba membuat jump smash, dia tersalah landing, menyebabkan kakinya terseliuh. Mereka bertiga sangka Rin nak stop main, tapi dipaksa dirinya untuk menang match tersebut walaupun sekadar bermain-main. Last-last, Rin dan Ain kalah 21-15 sebab Ain bersendirian mengejar bulu tangkis.
"Lain kali kalau nak buat jump smash, buat betul-betul. Ini boleh salah landing."
"Eh, kalau dah memang begitu apa juga aku nak buat. Berleter jer. Sakit telinga aku." Rin mengambil bisvitnya di almari. Kelaparan melanda perutnya.
Adi mengambil bantal, lalu dibaling ke arah Rin. Rin sempat tangkap, lalu dibuang ke arah pintu.
"Weh apasal buang dekat sana?"
"Supaya kau tak baling-baling aku." Rin duduk semula di katil. Adi mengambil bantalnya semula kemudian menyambung ulangkaji.
Ting. Satu SMS masuk.
'Hai awak.'
Rin melihat SMS tersebut. Malas dia nak layan, baru muncul hari ini. 2 hari lepas, tengah siok bersms, hilang tiba-tiba, tiada angin, tiada ribut. Hari ini, baru muncul. Hmm, baik tak payah balas. Orang tanya tempoh hari, hilang tanpa jawapan. Hari ini muncul, macam tiada apa-apa berlaku.
Rin membuka galeri di handphone, ingin melihat rakaman video dia memainkan lagu tadi. Dia tersalah tekan, dan tiba-tiba muncul gambarnya dengan kekasih lama. Rin terhenti seketika. Walaupun mulut kata tidak sayang, tapi hatinya rindu lelaki tersebut. Kalaulah aku tak terlepas cakap, confirm tak jadi macam ni, bisik hatinya.
* * * *
(bersambung...)
No comments:
Post a Comment