"Developmental stages of writing... hmm.." Rin bermain dengan rambutnya. Dia melihat modul TSL yang baru saja dicetak 3 jam yang lalu.
"Ada beberapa stages. From writing readiness until developmental writing." Adi menerangkan.
"Adi. Explain first stage. Hehe. Malas aku nak baca." Rin tersengih ke arah Adi. Adi membuka notanya.
"Kalau pasal writing readiness, it refers to a stage in child's early life, where he wants to display signs of wanting his/her ideas into visual forms, a.k.a writing."
"Continue." lagak Rin seperti bos sedang mendengar laporan daripada setiausahanya.
"Apabila dah begitu, semua itu menunjukkan the child is growing in terms of knowledge, interest, visual readiness, visual memory, motor and coordination skill." Rin mengangguk-angguk sambil menulis sesuatu.
"Apa cerita knowledge?" Rin melihat Adi. Adi pula sibuk membaca apa yang dikehendaki oleh Rin.
"The child realizes that he can put his thought into words, ini berdasarkan apa aku faham."
"Okay-okay, thanks Adi. Sorry. Aku kena dengar baru aku boleh tangkap." Rin menyambung notanya.
"Auditory learners."
"Hee. And you, visual learners. Buekk." Rin menjelirkan lidah. Adi mengambil bantal lalu memukul badan Rin.
Rin terkekeh-kekeh ketawa.
"Waah mesranya korang ni." Ain pula masuk. Adi dan Rin menoleh, turut serta Syafiqah, membawa nota-nota mereka. Mereka dah berjanji untuk belajar subjek TSL bersama-sama, memandangkan mereka semua mengambil opsyen yang sama.
"Biasalah Risya, jeles ke? Mai sini I sayang you."
"Tak maulah Rin. Kau tu bukan nak sayang, membuli jer."
"Dah. Jom kita study ramai-ramai. Boleh bincang subjek ni." Syafiqah bersuara.
"Eh Rin, apasal baru masuk bab dua?" Ain kehairanan. Rin melihat dia sekilas, lalu mengambil bisvit dan membaca notanya semula.
"Aku fokus EDU dan TSL yang satu lagi sebelum ni. Subjek ni aku ada fokus time kelas Miss Kiran tu. Time EDU dan TSL..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya..
"You main Dota 2. Kan??" Serentak Adi dan Ain bersuara, ketawa mereka pecah. Syafiqah sekadar tersenyum melihat gelagat mereka.
"Cis. Perli aa, perli aa." Rin membuat muka. Adi dan Ain kuat mengusik dia.
"Alaa. Marah ke? Macam marah je, macam marah je." lagi kuat ketawa Adi dan Ain. Syafiqah menutup mulut, kelucuan melihat mereka.
"Lu dua olang memang mahu kena dengan wa ya? Aiyaa. Dah lama wa tak kerjakan olang."
"Okay stop." Adi dan Ain menghabiskan sisa tawanya. Mereka tahu apa yang Rin nak buat, menggeletek sehingga mampus. Rin kalau mengerjakan orang memang menakutkan, lawak, tapi mengerikan.
"Okay, jom belajar."
* * * * * * * * * *
Syafiqah melihat jam tangannya. Jarum panjang menunjukkan angka 11, manakala jarum pendek menunjukkan angka menghampiri dua. Dah hampir pukul dua pagi.
Dia melihat Rin, masih bersemangat membuat nota, baru masuk bab keempat. Rin membanging kepalanya mengikut lagu. Adi dan Ain pula fokus membaca nota-nota tambahan.
"Rin." Syafiqah bersuara.
Rin menyedari panggilan Syafiqah, membuka earphone sebelah telinga dan mengangkat kedua-dua keningnya.
"Lagu apa kau dengar tu?" Syafiqah bertanya. Rin melihat earphonenya.
"Imperatium, Immediate Music." dia tersenyum.
"Best?"
"Ermmm..kalau kau jenis suka dengar lagu tanpa lirik, mungkin best kot."
"Bak sini, nak dengar." Syafiqah mengambil earphone sebelah kiri Rin, diletakkan di telinganya.
"Best wehh."
"Hehe. Of courselah. Ini Rin."
"Dari mana kau dapat?"
"Symphony of Music, Dota Movie." ringkas Rin memberitahu.
"Oh..."
Masing-masing membisu. Syafiqah tidak ulangkaji, sebab dia berasa sangat bosan. Dia akan berasa bosan setelah lama melayan nota.
"Ika. Ngantuk ke?" Adi bersuara. Ain pula masih fokus.
"Tak juga. Bosan sikit. Aku kalau dah lama belajar, boleh jadi bosan." Syafiqah menggeliat.
"Eh, kita serupalah Diana. Aku pun bosan, jom aa cerita. Risya, oi." Rin memanggil Ain.
"Nak cerita apa?"
"Kita cerita pasal Ika." Adi memberi cadangan, mereka saling berpandangan.
"Err..kenapa pasal aku?" Syafiqah melihat Adi.
"Alaa. Inilah masanya untuk suai kenal kan? Sesi taaruf. Hehe."
"Betul juga kata si Adi tu. Eh Ika, kau asal Pahang kan?"
Syafiqah mengangguk.
"Seriously? Waa. Diana, bawa aku ke sana. Bawalah. Bawalah."
"Apasal pula kau ni Rin?" Ain kehairanan.
"Alaa. Aku nak ke sana."
"Oi Rin. Aku orang Pahang jugalah. Apasal tak minta aku bawa kau ke sana?"
"Eh..eh betul lah! Adi pun orang Pahang. Dari daerah sama ke?" Ain tanya Adi.
"Sama agaknya. Aku duduk dekat Kuantan."
"Sama." Syafiqah tersenyum.
"Yeahh. Jom kita ke Pahang lepas exam ni. Jom lah. Aku nak jalan-jalan, aku mati di rumah, bosan tahap gila, boleh hilang energy, tidak produktif, badan lesu, nanti aku gemuk."
"Okay okay. Cukup. Nanti aku bagitau boleh atau tidak." Adi menghentikan rungutan Rin yang macam budak-budak.
"Alaa. Tak apa. Ada Diana. Kan kan kan?" Syafiqah melihat Rin. Dia ketawa kecil, rupanya Rin ni seorang yang manja, bisik hatinya.
"Okay. Nanti kita jalan-jalan dekat Pahang." Syafiqah memberi persetujuan. Ain menepuk dahinya melihat gelagat Rin umpama budak-budak dapat duit raya RM5.
Rin bersemangat untuk study semula, dia tidak sabar untuk ke Pahang. Dia ingin menghabiskan cuti di negeri orang, tidak ingin dia balik ke rumah. Dan juga, dia ingin berjumpa dengan seseorang di sana. Itu pun kalau diizinkan, kalau dia mahu.
(bersambung...)
(bersambung...)
No comments:
Post a Comment