Comrades

Saturday, 2 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 6

Rin meletakkan beg. Dia terus menghumbankan dirinya ke katil. Melihat ke siling. Hatinya umpama air panas yang menghampiri boiling point.

"Tak guna punya Fuad. Aku tanya je, dah macam-macam dorang tembak aku. Betul la apa aku cakap. McD sekutu Israel, dorang takkan tak tahu. Hmm."

Dia berfikir. Walaupun dia bukan orang kuat agama, tapi kalau berkaitan dengan humanity, dia tidak sesekali menyokong kezaliman.

Cuma masih terngiang-ngiang suara classmates dia tadi, yang membuatkan dia panas.

"Rin. Jom kita keluar ramai-ramai sabtu ni, dengan dorang Mira, Zila..dorang tulah." tiga orang jejaka di hadapannya, Fuad, Din dan Lim, si achai cina.

Rin mengangkat kening sebelah, "Nak kemana? Korang ni relax jer. Next week dah exam."

"Alaa. Keluar makan je pun, di McD." jawab Din sambil tersenyum.

Rin terdiam, dia masih teringat kata-kata Jiji, berkaitan dengan benda ni.

"Macdonald secara umumnya halal, tapi diorang ada sekutu dengan Israel."


"Apa kaitan?" Rin hairan.



"Duit yang kita bayar beli McD tu disumbangkan kepada zionis untuk beli senjata, dan bunuh rakyat Palestin." Jiji tenang menjawab.



Rin terdiam. Jiji tak kata tak boleh makan, tapi dah dikaitkan begitu, seolah-olah menolong musuh Islam.



"Tak nak aku. McD tak layan. McD tu kan haram?" Rin menolak ajakan mereka, dan memberi satu pertanyaan dengan niat dorang faham maksudnya.


"Laa. Si Rin pun dah terpengaruh dengan dakwaan McD tu haram. Eh, kalau benar McD tu haram, apa bukti? Kalau benar McD tu haram, sekutu Israel, kenapa kerajaan tak ban saja? Singkat betul fikiran korang." Din membidas Rin.

"Betul la Rin. Alah kau ni Rin. Nak kata halal-haram, tak payah cerita McD tu haram atau tak, lihat dulu diri sendiri yang masih free hair." kata-kata pedas Fuad dilemparkan ke muka Rin. Lim sekadar berdiam. Dia tidak ingin masuk campur tentang hal-hal tersebut, walaupun dia tak tahu kenapa Rin kata McD tu haram.

Rin memandang Fuad dengan perasaan marah, dia bangun berdiri, berhadapan dengan Fuad.

"Sekurang-kurangnya aku masih ada sifat perikemanusiaan, tak kira betul atau tidak. Weh, sekalipun McD tiada sekutu dengan Israel, aku tak pergi juga. Sebab bikin habis duit dan menggemukkan aku jer. Kau pula.." Rin menunjuk Fuad "Jangan fikir orang free hair macam aku ni tak tau solat, puasa dan benda-benda wajib. Weh aku taulah. Korang dua tu, pernah bangun solat ke? Pernah solat Jumaat ke?"

"Weh Rin. Kau jangan nak memain dengan kitorang." Din memberi amaran.

"Jangan nak memain? Weh, aku dengan bagus bercakap dengan korang, korang pula membidas aku macam-macam." Rin membalas kata-kata Din.

"Weh, kitorang cakap benda betul, weh kau tu tak layak nak kata McD tu haram atau halal, tengok diri, dalam keadaan haram atau halal. Free hair! Jelas buka aurat. Confirm masuk neraka punya." Fuad membalas balik kata-kata Rin.

Ain datang menghampiri Rin, ditarik Rin ke arahnya.

"Dah Rin. Jangan layan sangat dorang tu." Ain cuba menenangkan Rin. Dia memegang bahu Rin.

"Ha! Ni lagi sorang, nak trip baik konon. Fikir selalu berusrah, bagi nasihat dekat orang, boleh dapat skor bagus dalam exam lah ek? Huh!" Fuad menyerang pula Ain. Ain yang innocent terkejut dengan sergahan Fuad. Dia tidak pernah disergah sebegitu, air matanya hampir jatuh.

Rin melepaskan bahunya dari pegangan Ain, dia menghampiri Fuad, diangkat tangannya dan dihalakan ke matanya.

Bupp! Satu tumbukan singgah di mata kiri Fuad. Fuad terdiam, Din terpana, rakan-rakan lain tergamam, Ain terbungkang mata, dalam keadaan dia hampir menangi.

"Fuad, kau boleh hina aku. Tapi kalau kawan aku yang kau attack, you will feel like hell whenever I'm around. Don't you do your damn things to my friends. You haven't seen the real Fazreena." Rin memberi amaran keras kepada Fuad.

"That goes for you too, Din." Rin menoleh ke arah Din, kemudian dia menarik Ain keluar dan menuju ke kafe.

Ketika di kafe, Adi ikut mereka berdua. Dia terdengar pasal pergaduhan tu, tapi ingin bertanya si Rin, tak berani pula. Ain pula sekadar membisu.


Rin terus mengetuk-ngetuk kepalanya, menyedarkan dirinya daripada khayalan sebentar tadi.

"Apasal la aku lost control of my temper. Hmm. Tapi memang padan Fuad tu kena penumbuk maut. Fikir Ain tu sapa dia nak hentam, kalau aku lainlah. Sakit hati memang sakit, tapi sakit hati aku Ain kena buat begitu."

Tok tok tok. Kedengaran bunyi pintu diketuk dan dibuka. Kelibat Adi kelihatan. Adi senyum, Rin turut tersenyum, tapi kelat.

Adi duduk di katil Rin. Rin pula sudah sedia untuk dengar ceramah Adi. Walaupun bukan sekelas, dia pasti Ain dah beritahu Adi. Dia tak marah, Adi berhak untuk tahu.

"Your intention is good Rin." Adi membuka bicara. Rin masih membisu. Dia tidak akan potong line kawan-kawannya, sebab dia tahu mereka semua berniat baik, cuba menasihati dia. Sebab itu dia menyenangi Jiji, Ain dan Adi.

"But to attack physically, it's inappropriate." Adi bersuara lagi, lembut.

"He's the one who started it, he should never insult me at the first place." Rin mempertahankan tindakannya.

"You are right but..." Adi mengambil bantal Rin dan meletakkan di ribanya.

"To punch someone, to unleash your anger, is not good. Devil dominates you." Rin mengeluh halus.

"Adi, dia hina Ain. Dia kata orang yang selalu buat kerja agama tu bukan baik sangat. Sakit hati aku. Kalau dia tuduh aku, hentam aku macam-macam tak kisahlah. Aku tak pernah kacau hidup dorang. Aku hairan, aku tolak ajakan dan kata McD tu sekutu Israel, dorang mengutuk aku habis-habisan. Sakit hati aku. Apa dorang fikir orang tak tutup aurat ni tak tahu hukum hakam ke? Apa dorang fikir dorang tu baik sangat? Ish!" Rin mengambil bisvit selimut di meja, diambil dua, diberikan satu kepada Adi.

"Kau ingat lagi kes Jiji kena hentam teruk ketika dia memulakan langkah untuk berubah?" Adi memberi Rin gambaran tentang masa lalu.

"Ingat...dulu rockers, sekarang dah banyak berubah." Rin menjawab.

"Ingat tak, ketika dia mula-mula masuk ke kelas ketika dia berubah?"

Rin diam. Cuba mengingati hal tersebut. Jiji memasuki kelas dengan pakaian muslimah. Ramai tergamam, ramai puji, tapi lebih ramai mencebik, mengejek dan memandang rendah pada Jiji. Apa tidak, daripada budak liar jadi budak alim, selepas cuti semester Jiji banyak berubah.

Jiji pernah disiram air busuk, tapi dia tetap sabar. Pernah begnya dimasukkan sampah, surat layang dan macam-macam lagi, tapi dia tetap tabah. Sehinggakan pernah dia ditampar oleh Syafiqah, disebabkan dia berubah sahaja.

Jiji tetap sabar, walaupun dia menangis setiap malam, tetapi dia tidak tunjukkan kesengsaraan yang dilalui.Sehinggalah sekarang, kini dia disenangi ramai. Semuanya kerana satu insiden, yang melibatkan Jiji dan Ika.

"Ingat. Sekarang Jiji dan Ika rapat macam kambing dengan rumput." ujar Rin selamba.

Paap. Bantal dilempar ke arah Rin. Adi mengecilkan matanya, geram.

"Kot ya pun, analogi tu bodoh, okay!" Adi mengambil semula bantal. Rin ketawa kecil.

"Saja jer. Tapi aku hairan, kenapa dorang pandang rendah sangat pada orang yang berubah menjadi baik? Dan lagi aku hairan, kenapa dorang benci sangat aku? Aku free hair pun tak ganggu orang. Kalau yang baik pun dah dorang benci, aku yang kurang baik ni lagi dorang benci. Ish! Bangang sangat dorang." Rin mencebik, merungut.

"Sabar Rin. Sabar. People. What can you expect? Typicality? I guess. But, it's not." Adi menghentikan bicaranya.

"Habis tu?" Rin bertanya, dengan mengangkat sebelah kening.

"It's mental breakdown. I guess."

Judgmental sangat dorang tu. Orang baik dipandang serong, orang tak baik dipandang hina. Fikir dorang sajalah baik tu, ciss. Tak tahu cerita nak hukum orang. Bangang sungguh. Rin berfikir sendirian.

"Dahlah. Dah nak dekat pukul 1. Bersiap. Zuhur is coming~~" Adi mendirikan kaki, dia terus ke kawasannya, membuat apa yang patut. Rin pula, membaringkan diri, berguling-guling, lalu bangun semula. Bisvit dicapai lagi, dimakan. Air botol diambil dan diteguk, menghilangkan rasa dahaga. Fikirannya lebih ke arah Jiji, dia mahu buat heart to heart talk lagi, dan juga bertanyakan khabar keluarga bekas tunangnya. Tapi sebelum itu, nota EDU perlu dihabiskan, tinggal tiga bab lagi, 10,11 dan 12.

(bersambung.....)

No comments:

Post a Comment