"Bosanlah."
"Bosan belajar lerr." Sarah menjawab.
"Alaa. Tak best takde you."
"Perlu ada I juga?" Sarah kehairanan, biar benar mamat ni.
"Of course dear." dia berbahas dengan penuh kasih sayang, sambil tersenyum sendiri.
"Yuck, apa ni panggil-panggil dear." Sarah kegelian dengar perkataan tersebut.
"Hei, you are my dearest beloved, Sarah." dia menekankan suaranya, Sarah pula ketawa di sebelah sana.
"Aku muntah weh!" Sarah buat suara orang muntah, dia pula mengeluh kasar, tapi masih boleh ketawa kecil.
"Bersyukurlah weh ada orang nak sayang hang."
"Tak perlu orang sayang."
"Ceh. Mengarut."
"Tadi petang main bola eh?"
"Yup. Penat. Lama tak turun padang, semput kejar bola." dia memberitahu. Sarah ketawa lagi.
"Jadi gemuk." Sarah sememangnya suka mengusik dia, dia pula mencebik.
"Diam."
* * *
Dia mematikan panggilan. Senyuman terpancar di wajah. Sarah, jaga diri baik-baik di sana, bisik hatinya. Belum sempat dia memainkan lagu di handphone, datang satu panggilan. Kehairanan, tapi dijawab juga.
"Assalamualaikum abang." suara seorang perempuan kedengaran.
"Waalaikumsalam. Haa. Kenapa call abang ni?"
"Hee. Saja rindu. Tadi adik call abang, engage jerr. Calling dengan orang eh?"
"Dengan kak Sarah kau."
"Waah. Abang ni, asyik dengan kak Sarah. Baik abang couple dengan dia." adiknya memberi cadangan.
"Mengarutlah adik sana. Tak study ke?" dia mengalih topik perbualan, malas mahu cerita pasal benda itu.
"Bosanlah. Nak minta abang ajar EDU. Boleh ke? Boleh ke?" adiknya merayu manja.
"Wehh, memandai jerr budak ni. Adik tu lebih pandai dari abang. Pointer adik sem lalu 3.99, abang 3.90 jer."
"Heee. Alaa. Boleh lerr abang." adiknya merayu lagi, dia mula bosan.
"Cait. Diam."
"Ish. Nanti di rumah adik smack down abang."
"Hek eleh. Sembarang nak smack down abang, kau tu kuat sangat? Sedar diri weh adik tu minah, bukan orang gagah." dia tahu adiknya saja mengugutnya, ugutan di luar kemampuan.
"Hee. Yela. Saja call abang, all the best exam EDU yerr."
"Yalah. Jaga diri baik-baik, jangan lupa solat."
"Okay abang, I love you."
"Ya adik, me too. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Panggilan dimatikan. Dia melihat handphonenya. Tak disangka adiknya call, selalunya dia yang memanggil.
Umurnya dan adiknya beza setahun, tapi pada batch yang sama, berlainan institut. Dia masih ingat, ketika bersekolah dulu, orang salah sangka adiknya adalah kekasihnya, sehingga pernah 'ditangkap basah' oleh Guru HEM, yang tidak tahu status mereka berdua. Syukur juga pengetua menyelamatkan keadaan. Sehingga sekarang, orang akan salah anggap, kerana mereka sangat mesra.
Dia melihat kalendar, dua hari lagi sebelum exam. Dia kena bantai 5 subjek - 2 MTE, EDU, PJM dan subjek moral. Dia cuma risau mampukah dia belajar kesemua subjek.
Dia teringatkan seseorang, lalu menaip dan menghantar SMS. Dia sedar, tidak patut dia membiarkan hubungan mereka terputus begitu sahaja, walaupun mereka bukan sepasang kekasih.
Cuma, dia belum bersedia. Kenangan lalu bersama kekasih lama masih menghantui dia. Dia takut bukan dia yang dikecewakan, tetapi dia tidak sanggup untuk menyakitkan hati orang baru, sekiranya ada. Disebabkan itu, dia tidak berani untuk menjalinkan hubungan cinta dengan si dia, tetapi lebih baik sekiranya mereka berkawan.
Ting. SMS masuk, dia membacanya. Orang itu juga tengah study, subjek EDU. Ternyata EDU merupakan satu subjek yang menjadi kebimbangan buat masa ini, kerana ia adalah subjek pertama untuk exam major.
Dia teringat si dia yang diminati. Dia tidak mahu menaruh sebarang harapan, takut-takut dia yang terluka. Walaupun sekarang mereka berhubung macam biasa, tetapi hakikatnya dia merasakan layanan perempuan tersebut seolah-olah memberi harapan, cuma dia masih rasional, dia belum meluahkan perasaannya.
"Aaargghh. Gila aku macam ni. Susah nak fokus." dia bangun, keluar daripada bilik. Menuju ke bilik rakan baiknya, Azri. Memang dia suka berjalan-jalan ke bilik orang lain, sekiranya dia kebosanan dan hilang fokus.
Pintu bilik diketuk, menunggu respon daripada orang dalam. Dia membuka pintu. Kelihatan Azri sedang fokus belajar, manakala roomatenya Ben turut berada di situ. Dia melihat Ben, sebelum berlalu ke arah Azri.
"What do you study bro?"
"EDU, confucius aku belajar benda ni." Azri membalas, menggaru-garu kepala.
"Aku hilang fokus weh. Adoi."
"Probs?"
"Takdelah juga. Weh Ben. Fokus sungguh."
Ben melihat dia sebelum menyambung membaca nota.
"Of courselah. Lusa dah nak exam, takkan nak relax lagi. Lainlah macam kau, genius student, pointer superbly tinggi."
"Cess. Kalau yer pun, janganlah weh kata begitu. Study apa Ben?"
"TSL. Nak bangang aku tengok modul ni. Gila!"
"Lek bro."
"Weh, FIFA jom."
"Tak habis modul mu tu. Belajar dulu laa."
"Malas aku. Jom jom."
"Hmm..."
Dia mengambil joystick di meja Ben, duduk dan bersedia untuk lawan dia. Ben menekan-menekan tetikus, membuka application FIFA 14.
Ting. Masuk satu SMS daripada orang itu. Dia sedikit kecewa, kerana dia mengharap orang lain, lain yang datang.
'Awak, boleh tak kita jumpa cuti nanti?'
Terkejut, terpana, terdiam, tergamam.
A girl wants to see me on holiday? Is she insane? Ini bukan perigi cari timba.
Ayam nak cari musang!
(bersambung...)
No comments:
Post a Comment