Dia, Adi dan Ain menghampiri Jiji. Pada ketika itu, Jiji sedang melihat handphonenya, air matanya mengalir.
"Ji.." Ain memanggil lembut, mata Jiji masih terpaku pada handphonenya. Dia dan Adi pula masih berdiam diri, memberi peluang sekiranya Jiji ingin bercakap.
Jiji menoleh ke arah mereka, dia tersenyum, tetapi tiada bukan senyuman gembira, senyuman dipaksa, sekadar menyembunyikan masalah di hati.
"Be strong Ji, Allah dah takdirkan begitu, ujian untuk menguji kesabaran kita." Adi menenangkan Jiji.
Kekasih atau lebih tepat tunang Jiji, Shahrul Lee meninggal dunia ketika mengejar perompak bank. Perompak tersebut menembak tepat kepala rakan setugas Lee yang sedang memandu dan mati serta merta. Lee yang cuba mengawal stereng, tetapi kereta tersebut bertembung dengan lori Petronas, dan dia tidak sempat diselamatkan. Syukur juga tiada letupan berlaku, orang lain terselamat, tetapi perompak tersebut berjaya melarikan diri.
Jiji masih melihat handphonenya, tertera gambar tunangnya ketika mereka bertunang dahulu.
"Appreciate the one that you love and those who love you, because we don't know who will leave first." Jiji menuturkan ayat, sebagai semangat dan juga nasihat kepada rakan-rakannya.
"Sabar ya Ji. Ada hikmah di sebalik semua ni." Ain menenangkan Jiji.
Jiji tersenyum, lantas dia memeluk mereka bertiga. Air mata Ain dan Adi mengalir juga, kedengaran esakan mereka berdua, Jiji pula yang menenangkan Ain dan Adi. Dia pula, tidak tahu untuk memberi reaksi, bukan sebab tiada emosi, tetapi dia tak sangka, disangkakan cerita dia teruk, Jiji menghadapi keadaan yang lebih teruk. Dia berfikir, kalau aku di tempat Jiji ni, apakah reaksi aku? Apakah aku akan bersabar seperti dia?
Dia kini sedar, dia patut menghargai kekasihnya ketika dahulu, sepatutnya dia meluangkan masa bersamanya berbanding dengan Dota. But past is past, it becomes experience.
"Ji, lepas ni apa kau nak buat?" Adi bertanya. Pertanyaan yang juga berlegar di minda Ain.
"Besok, aku pergi ke rumahnya, insya Allah." Jiji menjawab. Mereka bertiga diam, mereka akan menyokong apa saja tindakan Jiji.
Bagi mereka, Jiji umpama kakak dan juga seorang ibu ketika berada di kolej. Ramai yang menyenangi dia, sifatnya, akhlaknya, dan Jiji juga seorang yang taat kepadaNya. Tidak pernah dia lupa untuk pesan rakan-rakannya supaya solat di awal waktu. Dia rajin berusrah dan rajin memberi nasihat kepada adik-adik muslimah yang lain.
Antara ramai orang, Jiji merupakan orang yang paling dia senangi. Jiji memahami sikapnya yang kuat main game, tidak pernah dibantai. Walaupun dia masih free hair, tetapi jika ada Jiji, perasaan malu menyelinap. Kadangkala Jiji mengajak dia jalan, dia cuba menolak, tapi Jiji tetap berkeras. Bukan apa, Jiji, Ain dan Adi semua menutup aurat, dia pula lain daripada mereka.
Jiji melihat dia, Adi dan Ain turut melihat dia.
"Rin? Okay ke? Lain macam jer aku tengok kau." Adi bersuara, membawa dia kembali ke realiti.
"Okay, I'm fine." ujar dia sambil tersenyum, lalu dia melihat Jiji, mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu, berdoa kot.
"Sambunglah study korang tu. I'm fine." Adi, Ain dan Rin melihat Jiji. Tabah sungguh hatinya.
"Ada apa-apa, just tell us ya. Ain, jaga roomate kau." Adi memberi arahan kepada Ain.
"Ji, sabar ya. Risya, take care of her, call us if you need anything." kali ini Rin pula bersuara. Ain sekadar mengangguk.
Jarum pendek jam dinding menunjukkan angka 1 manakala jarum panjangnya menunjukkan angka 6. Suasana bilik Adi dan Rin hanya ditemani dengan bunyi kipas siling dengan kekuatan maksimum, sekali sekala terdengar bunyi anjing menyalak di luar. Tapi yang pasti, bukan mereka saja yang masih berjaga. Jiran sebelah pun masih kedengaran ukulele, tapi mereka biarkan, sebab tidak menganggu sangat. Jiran sebelah kiri pula sunyi, kadangkala kedengaran bunyi pintu ditutup dan dibuka, menunjukkan mereka juga masih berjaga.
Ain dan Jiji pula sudah terlelap 30 minit yang lalu. Ain memahami Jiji yang ingin berehat, turut serta untuk menemani dia. Itu yang dicerita dalam SMS yang dihantar kepada Adi.
Rin mengeluh halus, bisvit di depan masih banyak lagi. Tetapi dia seolah-olah tidak berminat langsung, entah kenapa nafsu bisvit hilang.
Adi pula sudah beralih daripada subjek BMM kepada subjek MTE. Kedua-duanya penting, elektif kelas dorang semester ni. Rin pula, masih dengan subjek EDU. Selepas menghabiskan Instructional Design - ASSURE dan ADDIE, dia beralih ke topik tiga. Rin mengambil nota topik tiga EDU, dibelek dan di'scan' setiap muka surat, cuba memahami apa yang ingin disampaikan dalam nota tersebut.
Rin menggosok matanya, dilihat handphone, tiada SMS, diletakkan semula.
"Adi, aku bosan." Rin mengadu manja. Adi masih melayan nota MTE.
Rin melihat Adi.
"Adiii..." Rin memanggil lagi namanya, masih tidak dilayan.
"Diana Natasha!" teriak Rin.
"Yes, what do you want Miss Fazreena? Ish. Kacau jerr." Adi menyambung semula ulangkaji. Rin mencebik. Dibukal laptop, diambil tetikus tanpa wayar berwarna biru jenama logitech. Main power laptop dipasang. Terus tangannya ligat menggerakkan tetikus, apa lagi kalau bukan Dota 2.
Ting! SMS masuk ke dalam handphone Adi. Dia membaca SMS tersebut.
"Besok kami kena pergi kelas weh. Mrs. Allen nak beri soalan spot EDU, ganti kelas yang dia tak masuk hari tu. Hmm malaslah nak pergi."
"Korang kena pergi kelas besok?" Rin memandang Adi.
"Yup, taulah Mrs. Allen tu. Kuat sangat ganti kelas. Time-time study week ni dia nak ganti." Adi mencubit-cubit pipinya, menghilangkan rasa mengantuk.
Rin melihat Adi, terus diambil bantal berdekatan dan dipukulnya Adi.
"Weh Rin. Apasal kau ni? Buang tebiat malam-malam." Adi terkejut dengan perbuatan Rin.
"Saja jerr. Kan aku bosan. Hehe." tanpa rasa bersalah dia memukul Adi lagi.
"Fazreena!!" Adi mengambil kotak bisvit Rin. Dibuka satu dan terus ditelan.
Rin pantang orang mengambil bisvit dia tanpa kebenaran, dia cuba merampas tapi Adi berjaya mengelak. Berlaku pergelutan antara mereka, walaupun tidak serius, tapi Adi rasa seronok buat Rin begitu.
Rin berjaya rampas semula kotak bisvit dia.
"Dahlah Rin. Jangan ganggu. Kau nak main Dota, main. Aku nak study." Adi terus membaca notanya semula.
Rin senyum sendiri, tidak jadi dia main Dota. Dia terfikir Jiji, terus hatinya sedih. Kuatnya hati Jiji, langsung tidak menangis teresak-esak. Kalau dia dulu, ketika ditinggalkan boyfriendnya, menangis dia semalaman.
"How can I be like her?" Rin berfikir sendiri.
(bersambung...)

No comments:
Post a Comment