Comrades

Monday, 15 November 2010

Cerita Cinta IV

  Selepas habis kelas, Erin dan Lisa serta rakan mereka yang lain berkemas untuk pulang. Erin memasukkan buku-bukunya ke dalam beg. Lisa yang sudah siap setia menanti. Erin terdengar suara sayup memanggil namanya. Dia tercari-cari dari mana arah suara tersebut. Lisa turut mengamatinya. Mereka terkejut apabila seorang pelajar lelaki masuk secara tiba-tiba ke dalam kelas mereka dan berhenti seketika setelah penat berlari. Pelajar tersebut termengah-mengah. Erin menghampiri pelajar tersebut dan menunggu sehingga dia habis mengah. Lisa turut menyertai Erin. Mereka tahu pelajar tersebut junior mereka.
"Kenapa dik?" tanya Erin sebaik saja pelajar tersebut sudah pun dapat bernafas dengan normal. Pelajar tersebut mengangkat mukanya memandang ke arah Erin. Dia terpaku. Cantiknya, sempat lagi hatinya berkata. Erin yang perasan pelajar tersebut memandangnya dengan pandangan yang pelik lantas memetik jarinya di depan muka pelajar tersebut untuk menyedarkannya. Pelajar tersebut terkejut. Dia tersenyum malu.
"Erm..nama saya Izam." Erin dan Lisa terkejut kehairanan kerana pelajar tersebut tiba-tiba memperkenalkan dirinya. Erin mengeluh halus. Lisa menepuk dahinya.
"Dik, akak tanya apahal panggil-panggil nama kak tadi. Bukan tanya nama adik. Faham?" Erin membulatkan matanya. Izam pula tergamam apabila Erin berkata kepadanya. Dia tertunduk malu. Eish, apalah aku buat ni, desis hatinya.
Lisa yang berada di sebelah Erin mula bosan. Dia seperti ingin tumbuk pelajar tersebut tapi kewajarannya amatlah tidak patut. Lisa hanya berdiam diri.
"Sorry kak. Salah jawap. Erm, sebenarnya Encik Hakim suruh kak pergi ke bilik pengetua. Saya pun tidak tahu kenapa. Itu saja kak." jelas Izam. Dia sebenarnya malu untuk berhadapan dengan perempuan lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan perempuan tercantik di sekolah mereka. Dia sempat lagi mengerling ke arah Erin yang sedang leka berfikir.
"Pergilah Rin. Jangan-jangan pasal hal tadi tak?Manalah tau kan." Lisa memecah kesunyian yang melanda seketika. Erin mengangguk mengiakan kata-kata Lisa.
"Thank you ya dik. Insya Allah akak pergi." kata Erin sambil tersenyum manis sebelum berlalu ke mejanya untuk mengemas semula. Lisa memandang Izam dengan satu kesimpulan yang telah dibuat dalam kepalanya.
"Dik, cukup-cukuplah tu. Pergilah balik." Izam tersedar dari lamunannya. Dia berasa malu lantas meninggalkan kelas mereka. Lisa tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Lelaki, asal nampak perempuan cantik tak ingat dunia langsung. Lisa memandang ke arah Erin. Dia akui rakan baiknya itu cantik dan menawan namun dia tidak cemburu kerana Erin mengajar dirinya untuk bersyukur atas apa yang diberi oleh Allah. Erin memang cantik. Rambutnya yang lurus dan lembut, kulitnya yang putih melepak, tubuh badan yang langsing, mata yang cantik serta memiliki senyuman yang menawan. Lisa sekadar tersenyum melihat Erin.
"Jom Lisa. Temankan aku ya. Hehe.." Erin mengajak Lisa bersama. Lisa melepaskan gumpalan nafas yang halus. Erin terus menarik tangan rakan baiknya untuk segera bergerak. Lisa sekadar mengikut. Dia tahu kadangkala sikap keanak-anakan Erin boleh muncul secara tiba-tiba jadi dia hanya mengikut rentaknya sahaja.
Dalam perjalanan ke bilik pengetua, Erin terdengar seseorang sedang menyanyi lagu sambil bermain gitar. Dia berhenti dan cuba mencari punca suara tersebut. Dia terpana seketika mendengar suara nyanyian tersebut. Setelah penat mencari, Erin jumpa juga orang tersebut. Seorang lelaki sedang bermain gitar sambil menyanyikan lagu kegemaran Erin dan Lisa -"Unintended". Mereka kagum dengan lelaki tersebut. Hebatnya dia main gitar, desis hati Lisa. Lelaki tersebut berhenti main apabila dia perasan seseorang melihatnya dari jauh. Lantas dia menoleh ke arah Erin dan Lisa. Erin dan Lisa pula terus meninggalkan tempat tersebut setelah lelaki itu memerhatikan mereka. Mereka berasa malu.
"Hebat la laki tu main gitar. Huhuh. Sudahlah hebat, suara pun sedap, agaknya rupanya pun mantap. Kan Rin?" Lisa bersuara menyatakan pendapatnya tentang lelaki tersebut.
"Erm." Erin mengangguk. Dia sebenarnya kagum dengan lelaki tersebut. Agaknya bolehkah dia ajar aku main, Erin bermonolog. Dia melepaskan keluhan halus. Dia terus mempercepatkan langkahnya ke bilik pengetua. Lisa mengekori dia dari belakang.

  Lisa dan Erin berhenti di depan bilik pengetua. Erin diam sahaja. Lisa perasan dengan perubahan Erin secara tiba-tiba. Dia terus menepuk lembut bahu Erin. Erin tersentak dari lamunannya dan menoleh ke arah Lisa.
"Rilek la Rin. Kau takut ek?" sempat lagi Lisa mengusiknya.
"Tidaklah. Aku terfikir pasal lelaki tadi yang menyanyi tu." jujur Erin menjawab. Lisa mengangguk-angguk.
"Eh, cepatlah kau masuk Rin. Kita ni jadi macam orang bodoh je jadi jaga. Haha." seraya Lisa bersuara sambil ketawa. Erin mengangguk. Dia melafazkan basmalah sebelum mengetuk pintu.

  Lisa asyik melihat jam tangannya berkali-kali. Erin masih di dalam bilik pengetua dan masa telah pun berlalu selama sejam. Lisa sangat mengantuk.
"Aduhai, manakah si anak dara seorang ni???Tuan pengetua tak tau ke aku dah lapar kebuluran gila ni!" rungut Lisa. Dia sememangnya sudah kelaparan. Ingin sahaja dia ke kafeteria membeli makanan tapi dia tidak sanggup meninggalkan rakannya. Tiba-tiba pintu dibuka. Erin muncul di muka pintu. Lisa terus bangun dari duduknya. Wajah Erin kelihatan sugul. Lisa hanya diam. Dia tidak akan bertanyakan soalan melainkan Erin sendiri yang menceritakannya walaupun sikap ingin tahu dia memang kuat.
"Lisa..." Erin bersuara tapi dalam nada yang kurang gembira. Lisa sekadar melihatnya. Tiba-tiba dia berasa kasihan. Dia pasti sesuatu yang kurang baik menimpa Erin.
"Kenapa Rin?Cakaplah. Aku sudi dengar." jawab Lisa sambil tersenyum. Erin memandang Lisa. Lisa perasan air muka Erin kelihatan sedih. Lisa masih tersenyum.
"Aku....." Erin tidak menghabiskan ayatnya. Lisa masih tertunggu-tunggu.
"Kenapa?" tanya Lisa.
"Erm......" Erin berfikir bagaimana dia nak jawab kawan baik dia tersebut.
(bersambung)

No comments:

Post a Comment