Comrades

Tuesday, 2 November 2010

Cerita Cinta II

  Loceng berdering menandakan waktu rehat. Erin dan Lisa lebih suka untuk duduk di kelas. Mereka ingin mengulangkaji pelajaran mereka serta membuat latihan intensif. Begitulah mereka dari tingkatan 3 sehingga sekarang. Mereka jarang ke kantin pada waktu rehat melainkan apabila mereka terlepas sarapan pagi barulah mereka bergegas ke kantin terutamanya Erin memandangkan dia seorang atlit yang hebat di sekolah. Setiap acara sukan yang dipertandingkan pasti dia akan menyertainya dan pencapaian dia juga amat memberangsangkan. Pingat-pingat, piala-piala yang dimenanginya tersusun di kabinet rumahnya. Dia juga pernah mewakili Malaysia dalam Pertandingan Tenis Terbuka dalam permainan berseorangan namun dia kalah pada lawan yang lebih hebat dari dia tetapi dia tidak kecewa. Dia berpuas hati kerana dia berani mencuba dan berani untuk menghadapi lawannya tersebut.
  Lisa melihat rakannya yang sedang tekun mengulangkaji. Dia kagum dengan rakannya yang cantik, popular, pandai dan juga seorang atlit. Selain itu, rakannya juga pandai bermain gitar dan dia tahu rakannya amat meminati kumpulan rock Angels & Airwaves. Dengan kata lain, segala yang ada pada diri Erin dia tahu dan begitu juga sebaliknya. Terleka merenung seketika rakannya, Erin perasan bahawa dia sedang direnung segera mengangkat mukanya sambil menjongketkan keningnya menandakan dia hairan dengan sikap kawan baiknya sejak kecil tersebut.
"Ini apahal termenung ni?Ingat boyfriend ek?Hahaha." Erin mengusiknya. Dia tahu rakannya masih solo sama seperti dirinya.
"Eh, sehari kau tak merepek boleh ke?Eee. Anak dara seorang ni kan. Aku tahulah kau tu ramai peminat. Bukan macam aku ni." Lisa mendengus geram apabila dia diusik begitu. Erin tersenyum sambil menggelengkan kepalanya satu dua kali. Erin faham benar rakannya itu kemaruk ingin bercinta namun tidak pandai meluahkannya.
"Alaa..Kau ini, orang gurau sikit pun tak boleh. Begini ke kawan?Aiii. Kau jumpa juga lelaki idaman kau tu nanti. Sabar-sabarlah ya Lisa." Erin tersenyum. Lisa turut tersenyum. Dia mengangguk. Lisa merasakan cinta pada zaman persekolahan tidak sesuai bagi mereka. Mereka pentingkan pelajaran mereka. Erin ingin menjadi seorang guru kerana dia memang minat guru sejak kecil lagi. Dia ingin mendidik anak bangsa agar menjadi bangsa yang berguna. Bukan Erin sahaja malah Lisa turut mempunyai cita-cita yang sama walaupun ibu bapanya lebih inginkan dia menjadi seorang doktor. Namun Lisa sudah berbulat hati untuk menjadi seorang guru dan dia harap ibu bapanya akan menerima cita-cita tersebut.
  Tok! Tok!
  Pintu kelas mereka diketuk. Erin dan Lisa menghalakan pandangan mereka ke pintu. Kelihatan beberapa pelajar lelaki di luar kelas mereka. Si pengetuk pintu tersebut bersuara
"Err..Nerina. Boleh jumpa sekejap tak?Ada hal nak dibincangkan." katanya sambil menunjuk ke luar. Dia menanti dengan penuh harapan.
"Hal apa?" Erin kehairanan. Dia berasa sedikit terganggu namun dipendamkan saja dalam masa yang sama dia ingin tahu hal apa yang ingin dibincangkan oleh remaja tersebut.
"Adalah. Jomlah." si pengetuk pintu tersebut mendesak agar segera keluar. Lisa memandang si pengetuk pintu. Dia kenal lelaki tersebut. Lelaki itu merupakan rakan sebaya mereka tetapi dari kelas lain. Lelaki itu bernama Aman atau lebih senang dipanggil Man. Lisa merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
"Baiklah. Tunggu kejap." Erin memberi kata putusnya. Lisa memandang ke arah Erin. Si pengetuk pintu mengangguk terus menunggu di luar.
"Rin. Kau gila ke nak jumpa mereka?Kau takkan tak kenal siapa si Man tu. Pelajar yang bermasalah tu." Lisa bersuara namun seperti berbisik suaranya. Dia amat bimbang dengan Erin yang tiba-tiba bersetuju dengan pelawaan lelaki tersebut.
"Rilekslah Lisa. I'll be just fine. Don't you worry. Kau tunggu sini. Sekejap saja tu. Tunggu ya." Erin membalas sambil mebuka cermin matanya. Dia menuju ke luar kelas. Terdapat 5 pelajar lelaki sedang menunggu termasuk si pengetuk pintu.
"So apahal nak jumpa saya?" Erin terus bertanya. Dia melihat semua wajah yang tertumpu kepadanya. Dia cuba mengingati nama mereka. Pin, Ted, Man, Ken dan Bon. Semua dia kenal malah dia tahu mereka tersebut pelajar yang bermasalah disiplin namun Erin sedikit pun tidak gentar kepada mereka. Bon bersuara menjawab soalan Erin.
"Senior nak jumpa kau di atas bumbung. Dia harap kau dapat datang. Senior Form 6 kita tu. Kau kenal juga dia. Abang Ariel tu." jelas Bon agar Erin tidak terfikir bukan-bukan.
"Sekarang ke?Nanti tengah hari tak boleh?Saya tengah belajar ni. Saya tahulah dia tiada exam besar tapi saya harap dia faham keadaan saya sekarang ni." jelas Erin. Dia sememangnya malas ingin berjumpa seseorang terutamanya ketika dia sedang mengulangkaji pelajarannya. Dia memang tidak suka diganggu.
"Dia kata tadi sekarang. Tengah hari dia ada hal." Ted pula bersuara. Dia berharap sangat gadis yang tercantik di sekolah mereka itu jumpa senior mereka.
"Kalau begitu besok atau lain hari sajalah. Maaflah tapi saya sangat sibuk sekarang ni." Erin memberi alasan lagi. Tapi memang betul dia sangat sibuk.
"Alaaa..bukan lama pun. Kejap je. Come on lah." Ken meninggikan suara. Erin mendengus halus.
"Yelah. Kejap je tau. Kalau lama awas kamu." Erin akur dan sempat memberi amaran. Biarpun dia dikenali sebagai gadis yang lemah lembut tapi apabila dia diganggu, dia memang akan bertegas untuk melawan walaupun bukan secara kasar. Dia mengikuti mereka ke bumbung. Sekolah mereka memang unik kerana menyerupai sekolah di Jepun. Bumbung mereka tiada atap malah boleh dijadikan tempat rehat memandangkan terdapat laluan ke bumbung yang tersedia. Tanpa disedari mereka, sepasang mata sedang memerhati dari jauh. Dengan rasa curiga di hati, dia mengikuti mereka secara senyap-senyap. Dia bimbang bahawa gadis tersebut akan ditimpa sesuatu yang buruk.
  Di bumbung terdapat 10 orang lelaki sedang menunggu kedatangan mereka. Erin melihat dan seorang daripada mereka pun dia tidak kenal. Dia hanya tahu bahawa 10 orang lelaki tersebut merupakan senior Form 6. Dia berasa curiga namun dia masih lagi tenang. Tetiba seseorang lelaki bersuara.
"Bro, ni dia gadis tu." Ken menyatakan sesuatu kepada seorang lelaki yang dianggap oleh Erin sebagai ketua mereka. Ini mesti Ariel, getus hatinya.
"Bagus. Sekarang kamu berlima pergi jauh-jauh. Ni upah kamu." Lelaki tersebut bersuara dan menghalakan pandangannya ke arah gadis yang diminatinya.
"Maaf sebab menganggu awak. Sebenarnya saya ada sesuatu nak beritahu kepada awak." Lelaki tersebut senyum. Erin masih lagi tenang.
"Apa juga yang patut saya tahu?" Erin bertanya dengan menjongketkan sebelah keningnya.
"Ohya sebelum itu saya Ariel." lelaki tersebut menghulurkan tangannya untuk bersalam. Erin mula bosan.
"Please straight to the point. Saya ada banyak kerja nak buat ni." Erin tidak membalas huluran salam tersebut tapi masih mampu tersenyum cuma senyuman paksa.
"Baiklah. Sebenarnya saya dah lama minat dengan awak. Saya sukakan awak. Saya harap awak sudi jadi kekasih saya." Ariel senyum selepas menarik tangannya semula apabila salamnya tidak dibalas.
"Maaflah. Saya tidak dapat memenuhi permintaan awak tu. Saya tidak ingin bercinta sekarang. Awak carilah yang lain yang lebih baik dari saya. Lagipun saya tidak minat awak." kata Erin secara berterus terang. Erin akan sentiasa berterus terang sekalipun itu akan melukakan hati seseorang tapi memang itulah sikapnya. Bercakap benar setiap masa.
"Dah agak dah kau akan ditolak! Apalagi jom!" salah seorang daripada mereka bersuara. Erin tidak menyedari bahawa mereka sudah mengelilingnya. Erin terkejut namun telah bersedia untuk mempertahankan dirinya. 10 orang lelaki tersebut menghampiri dia.
"Korang nak apa ah?!!" Erin berpusing secara berulang alik untuk bersiap sedia melawan mereka. Dia hairan. Takkanlah sebab ditolak cinta, mereka nak berkasar?Hatinya berdetik.
"Kau nak tau ya?Sebab kami geram dengan kau. Kami nak kerjakan kau habis-habisan!" Mereka ketawa. Erin tersentak. Mereka mempunyai niat jahat terhadap dirinya. Erin telah diperdaya. Dia mula berasa cemas tapi mampu dikawalnya. Walaupun tiada ilmu pengetahuan tentang seni bela diri, namun dia akan sedaya upaya melawan mereka daripada menyerahkan maruahnya.
"Korang fikir senang ja ke?Cubalah kalau ingin mati!" Erin mula marah. Dia sememangnya tidak mampu melawan mereka semua namun dalam hatinya dia bertawakal kepada Allah.
"Hahaha!! Ganas pula perempuan ni rupanya! Hahaha!" Mereka ketawa berdekah-dekah. Mereka menghampirinya sambil mengangkat tangan ke paras bahu umpama ingin menerkam mangsa. Erin masih menunjukkan muka yang garang. Dia betul-betul takut. Dalam hati dia berdoa kepada Allah agar dihindarkan daripada kejahatan. Dia pasrah kepada-Nya. Akhirnya dia membuka langkah apabila salah seorang daripada mereka menerkam dia tapi sempat dielak. Dia menghalakan penumbuk ke muka lelaki tersebut tapi dia diterkam dari belakang dan mulut serta hidungnya ditekup dengan kain yang dibasahkan dengan kloroform. Dia sedar kloroform itu akan membuatkan dia pengsan tapi tidak mampu melawan. Akhirnya dia pengsan gara-gara terhidu bau kloroform.
(bersambung...)

No comments:

Post a Comment