Menyertai KBS sesuatu yang sangat bermakna. Untung, faedah, manfaat semua dapat ketika menyertainya.
Itulah ku kira program pertama aku serta untuk tahun ini. Tahun lalu kursus kepimpinan. Heh, tua sudah aku ni.
Cerita hujung mingguku. Sebenarnya ada lagi cerita lain.
Rata-rata blog akan cerita bersih, tapi kali ini aku mahu cerita KFC.
KFC? KFC? KFC la bro. Kentucky Fried Chicken. Tak faham?
KFC la, ayam goreng. Okeh continue.
Selepas zuhur aku keluar, niat asal mahu ambil kawan yang berada di bandar. Maklumlah terlalu banyak barang mereka kata. Aku kebetulan belum makan, keluar.
Tapi aku tak ambil dorang dulu, aku prefer pergi ke KFC dulu.
Seperti ku jangka, ramai. What can you expect except that?
Mata ku meliar juga tengok-tengok manatau ada orang IPG. Yalah, kalau ada...tegur kalau depan-depan, sekadar melihat jika jauh dari aku.
Sedang tunggu order, aku melilaulah ragam manusia, ragam pekerja.
Melihat mereka yang memasukkan tudung ke dalam baju, which shows their...err...well, you can think yourself, teringat aku pemakaian tudung yang beritahu oleh Ustaz Azrul ketika KBS.
Seriously, istighfar. Make up comel - if she didn't wear make up, tapi penonjolan tu bikin bergegar. Astaghfirullah.
Sedang menunggu lagi, tertoleh secara spontan dan...aduh. Comel, pakai tudung, tak ketat, sekali...nampak leher.
Seriously, pusing mana-mana, ada saja godaan. Yang lain tu lainlah, mereka tak sama, sebab mereka bukan saudara seakidah.
Aku berfikir juga, tudung ni sekadar perhiasan ke? Sekadar lilit-lilit? Sekadar pakai?
"Weh, gua pakai tudung apa walaupun ketat, lebih baik daripada mereka yang takda tudung!"
Okaylah, itu pendapat mereka. Tapi seriously, tiada guna pakai tudung, tapi nampak lengan tangan, baju ketat, nampak leher.
Macam ku mahu bagi penampar, tapi itu bukan diajar oleh Nabi. Aku cuba bersangka baik, mungkin dia berubah nanti.
Melihat-lihat lagi, lepas beli terus jalan. Sekadar take away. Dan lepas ambil kawan, terus balik.
Yalah, buat apa buang minyak.
Dan itulah cerita KFC ku.
Jadi muslimah, jangan bertudung sekadar tutup, tapi labuhkan.
Seriously, tudung yang besar - labuh atau simple berlabuh, comel. Kehkehkeh.
Tengok I, kecik dah bertudung, korang besar kenapa tak pakai? |
Pae - Allah perintahkan kita untuk tutup aurat, bukan sekadar bertudung. KFC itu halal, tapi jadi haram jika kita beli dengan duit judi.
I am totally agree with you bro. But one thing I would like to remind. Berjaga dengan pandangan ya? Ternampak sekali lalu pandangan ditukar ke tempat lain tidak apa, dimaafkan. Tapi harap2 jangan tengok kali kedua pula. Hehe
ReplyDeleteInsya Allah. hehe. tak sengaja, jdi tak apa.
DeleteMungkin mereka belum mengetahui. Maka beritahu. Kadangkala itu lah kesilapan kita sebagai orang yang Allah SWT berikan sedikit kefahaman, ayat yang kita gunakan kadangkala sedikit kasar.
ReplyDeleteSekiranya muslimah yang membaca entri ini niqabi atau bertudung labuh, memang memahami agama, ia tidak menjadi masalah baginya.
Sekiranya muslimah yang membaca entri ini yang bertudung biasa pula berkemungkinan okay atau juga mungkin ada yang terasa hati disebabkan wujud double standard antara yang bertudung labuh atau yang bertudung 'biasa'.
Sekiranya muslimah yang membaca entri ini jenis tidak bertudung, tidakkah ayat yang kasar walaupun sedikit menjadi asbab niat mereka bertudung terbatal?
Sekiranya yang membaca entri ini bukan muslimah tidakkah ia memberikan anggapan yang buruk terhadap pendakwah bahkan mungkin Islam itu sendiri?
Jangan salah anggap. Saya menegur kerana puas mendengar gelaran-gelaran yang tidak baik terhadap orang-orang seperti saudara yang berniat baik menegur tetapi terguna perkataan kurang sesuai.
Sempoi tetap sempoi tetapi perasaan sesama kita tetap perlu dijaga. Bukan sekali tetapi berkali-kali orang terbatal niat mendekati Islam disebabkan kata-kata yang kurang enak didengar mereka. Hence brother, keep it mind that those who read your blog are not only us, Muslims but also those whom not of the same faith with us thus discretion is necessary.
Bukan apa. Niat saya menegur biarlah kita menjadi pemudahcara hidayah Allah sampai kepada mereka, jangan pula kerana kesilapan penggunaan perkataan yang sedikit kasar (bagi kita), keinginan mereka untuk berubah terhalang. Na'uzubillah, syukran jazilan wa jazakallahu khair atas perkonsiannya. :)