Comrades

Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Wednesday, 23 May 2012

Belajar kerana Allah,

"Belajar sekadar mahu lulus exam?"

Terpandang aku komen seorang kakak senior dalam statusnya, di mana amalan pembelajaran sekarang hanya sekadar belajar sahaja untuk exam (my interpretation).

Kalau dulu, orang-orang yang cintakan ilmu merantau, berhijrah ke tempat yang jauh untuk menuntut ilmu.

Tapi sekarang, mahu menuntut ilmu pun malas. Hmm...

Jadi memang tipikal, kalau musim-musim exam, barulah mahu sibuk study, dan aku tidak terkecuali.

Sebaiknya tuntutlah ilmu kerana Allah, kerana ilmu itu memuliakan kita. Biar kita dianggap jahil tapi hakikat kita berilmu, bukan dianggap bijak tapi hakikat kita jahil.

Memang perkara biasa, kalau orang study berabis ketika musim exam, memang pointer pun melebihi 7 petala cinta.

Tapi, sampai di situ sajalah. Teringat aku kata-kata seorang ustaz,

"Kita ini bijak, tapi bijak sini saja. Bukan bijaksana."

Heh, bijaksana maknanya kita bijak di dunia dan akhirat. Hehe.

Sekalipun ilmu yang kita tuntut itu hanya sekadar berkaitan dengan dunia, tapi jika dibuat kerana Allah, insya Allah menjadi ibadah, dan pembela di hari akhirat.

Konsep ibadah luas, bukan setakat yang fardhu saja.

Konsep ilmu dunia pembela akhirat sebenarnya luas untuk dibincangkan. Insya Allah, aku cuba huraikan. Kalau salah betulkan.

Sebagai guru, dalam konteks ini, aku ambil opsyen TESL sebab aku faham.

Dalam TESL, banyak benda mahu belajar. Linguistik, kesusasteraan, fonologi (??), morfologi, semantik, sintaksis, boleh gila kalau belajar benda-benda begini.

Dalam TESL juga, ilmu penguasaan bahasa inggeris dipertingkatkan.

Bagi mereka yang 'belajar untuk exam', mereka sekadar belajar di situ, tapi hujung-hujung atau lama kelamaan, mereka lupa.

Tapi bagi mereka yang cintakan ilmu, sememangnya satu kejayaan bagi mereka.

Contohlah, seorang bakal guru ini belajar linguistik. Linguistik ni, tiada kaitan dengan akhirat.

Tapi dia belajar kerana Allah, dan ia menjadi ibadah.

Walaupun result dia simple atau biasa-biasa saja, tapi dia gembira kerana itulah usaha dia dan Allah beri dia keputusan begitu.

Dari situ, Allah campakkan rasa cinta terhadap ilmu, dan dia berusaha menuntut ilmu-ilmu lain.

Ilmu linguistik itu tidak sia-sia. Why? Apabila dia jadi guru nanti, dia akan ajar anak muridnya agar faham dalam penguasaan bahasa inggeris, di samping suruh mereka belajar kerana Allah.

Dengan izin Allah, semestinya anak muridnya juga akan sukakan ilmu dan berusaha menuntut ilmu-ilmu lain, dan diutamakan ilmu akhirat.

Begitulah konsep sebenar cintakan ilmu. Apabila kita menuntut ilmu kerana Allah, insya Allah akan dicampakkan rasa cinta terhadap ilmu membuatkan kita mahu saja cari ilmu di dunia ni untuk bekalan akhirat.

Dan jangan kira ilmu linguistik itu terhad kepada pengajaran dan pembelajaran saja. Siapa tahu kita mungkin ditakdirkan untuk ke luar negara, dengan ilmu linguistik serta dakwah, sudah tentu kita dapat berdakwah kepada orang lain (terutamanya mereka yang menggunakan Inggeris sebagai bahasa pertama) dengan penggunaan bahasa serta hukum-hukum linguistik yang betul dan teratur.

Insya Allah, pasti mereka tertarik dengan dakwah kita dan akan menerima dengan baik.

Kalau kita guna bahasa pasar, sudah tentu orang kurang suka, terutamanya kalau bahasa pasar itu tidak difahami.

Bukanlah aku kata, penggunaan bahasa yang terlalu strict, cuma bahasa yang mudah dan indah lagi difahami.

Dan kalau mahu tuntut ilmu, tuntutlah kerana Allah.

Gunakan dunia untuk tujuan akhirat. Tapi ingat, manfaatkan dunia ini untuk mendapat kebahagiaan di akhirat. Bukan kita puja dunia ini, dan mendapat azab di akhirat. Nauzubillah.

Setiap perkara, boleh jadi ibadah kalau niat kerana Allah. Jadi tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya. Aku teringat kata-kata Imam Malik, "Ilmu perlu didatangi, bukan mendatangi."

Kita tak dapat ilmu jika kita duduk atau malas cari. Sebabnya, kita yang bergerak, ilmu itu tidak datang sendiri.

Jika ingin memahami ilmu, berdoalah agar hati kita diterangi dengan cahaya yang boleh kita memahami ilmu itu.

Imam Malik berkata kepada anak muridnya Syafie, jangan kotori hati dengan maksiat, agar ilmu itu tidak terpadam.

Belajarlah kerana Allah, bukan exam semata. Betul exam itu penting, tapi jika kita belajar untuk lulus, ia tidak membawa kita kemana. Wallahualam.

Pae - Last paper! Last paper! ^^

Tuesday, 1 May 2012

Ilmu.

Oh, dah masuk satu mei.

Jika dulu-dulu, cuti ni satu mei bagiku.

Tapi hari ini, mengapakah ada aktiviti.

Apapun, biarlah. Heh. Mungkin ada sesuatu bermanfaat dalam aktiviti tersebut.

Cerita hari ini, ilmu.

Ilmu apa? Sebarang jenis ilmu, regardless types of knowledge.

Kalau kita tiada ilmu, we will never survive in this world.

Tak percaya? Jika kita tidak tahu ilmu berjalan, bolehkah kita mencari makanan? Tak.

Jika kita tak tahu ilmu makan, boleh kita mengenyangkan perut? Tak.

Simple kan? Mungkin ada orang kata, itu bukan ilmu.

Jadi apakah yang diajar oleh ibu bapa kita? Bukankah itu ilmu?

Sebab itu ilmu penting.

Tapi semestinya, ilmu dunia penting, ilmu akhirat lebih penting.

Dengan ilmu dunia, kita amalkannya untuk ke akhirat.

Dengan ilmu akhirat, kita amalkannya untuk selamat di alam sana.

Ilmu akhirat? Solat. Simple.

Kalau tak solat, mampukah kita selamat di sana?

You think by yourself.

Ilmu agama ini sebenarnya penting.

Jika tiada benda ni, sudah tentu kita terkapai-kapai buat dosa ja di dunia ni.

Tapi zaman sekarang, ilmu agama semakin diabaikan.

Kenapa? Tak modenlah, tak sesuailah, tak ngamlah, tak janjikan kesenanganlah.

Sebab itu, ada mereka yang genius, IQ tinggi, tapi ilmu agama tiada, maka disitulah mereka rugi.

Kasar jika aku kata bodoh, tapi bodoh ni hanya untuk mereka yang tahu, tapi tak pandai amal serta menolak.

Jahil? Untuk mereka yang tak tahu apa-apa. Cuma ada orang sangka, jahil ini lebih teruk daripada bodoh.

Mungkin, mungkin ya mungkin tidak. Bergantung pada anda. Fahaman aku begitu.

Di mana harus kita cari ilmu? Banyak tempat. Perpustakaan, internet, buku, TV, situasi, alam sekitar.

Sudah tentu, paling afdhal, Quran dan hadis.

Cuma menyedihkan apabila terdapat individu yang tak ingin belajar ilmu agama.

Orang membawa kebaikan, tapi mereka menolaknya.

Apa dalam pemikiran? Wallahualam. Husnuzon, mungkin ilmu mereka lebih tinggi. Kita lebih memerlukan ilmu itu sebab mereka dah ada ilmu tersebut.

Jangan pernah kita mengabaikan ilmu agama, sebab apabila tiba masanya nanti, kita akan terpinga-pinga melakukan sesuatu berkaitan dengan agama.

Jika kita tiba-tiba disuruh menjadi imam di sebuah tempat yang memang dhaif sangat, mampukah?

Kalau ada ilmu, tidak apa. Kalau tiada? Tak malukah? Padahal kita datang sebagai status orang berilmu, terutamanya bagi guru yang ditempatkan di suatu tempat.

Semua ilmu di dunia ini baik belaka, kalau digunakan untuk kebaikan, hatta ilmu bersetubuh.

Weh, lain macam. Nabi ada ajar, kalau mahu mendatangi isteri, jangan gopoh macam haiwan. Ada tu hadis. Maknanya ada teknik juga kalau mahu mendatangi isteri.

Cumanya, jangan gara-gara hadis tu, kita tengok benda yang kurang ajar, dengan alasan mahu belajar ilmu untuk bersama isteri. Itu bukan lagi bodoh namanya, itu bengong. Kehkeh.

Ilmu peperangan pun penting. Sebab musuh-musuh Islam sentiasa ada. Jadi kena pandai kalau mahu berperang.

Seperti ku katakan, ilmu ini tidak buruk. Hatta ilmu hisap dadah, mungkin kita boleh kaji mengapakah mereka jadi ketagih.

Jika dah dapat jawapan, kita boleh fikirkan penyelesaiannya agar dapat tolong mereka, tolong hilangkan ketagihan mereka.

Ilmu itu Allah yang punya. Sepandai manapun kita, ilmu Allah jauh lebih mantap, bukan setakat mantap. Tidak terbayang kehebatan ilmunya.

Jika analogi ilmu ini, laut itu ilmu Allah, yang kita dapat ialah air yang menitis dari jari telunjuk kita setelah kita memasukkannya ke dalam laut.

Sikit sungguh ilmu kita. Apapun jika kita ada ilmu, patut kita tolong mereka yang tak tahu.

Tidak semestinya bercakap, menaip, post di FB, emel, surat, banyak cara boleh dibuat.

Hatta, apa yang ku sampaikan ini pun boleh jadi ilmu, insya Allah.

Cumanya, jangan kita membelakangkan ilmu agama. Belajarlah banyak-banyak ilmu agama.

Kenapa? Banyak sebab.

1. Pembela di akhirat jika kita amalkan dan sebarkan.
2. Pembela di dunia jika kita berhadapan dengan mereka yang menentang agama
3. Penjelas untuk menentang fahaman-fahaman lain selain ASWJ
4. Penjelas untuk menentang golongan yang hidup berfikiran akhirat dan benda ghaib tidak wujud.
5. Saham akhirat jika kita sebarkan kepada orang lain.
6. Menghalang kita melakukan larangan Allah.

Dan ia berlaku dengan izin Allah. Banyak lagi manfaat ilmu agama ni dan ia membantu dalam mempelajari ilmu dunia yang lain.

Insya Allah, jika kita ikhlas mempelajarinya, mudah untuk memahaminya, manis untuk mengamalkannya, tenang hati kita.

Mungkin itu saja kot. Mudah-mudahan entri ini menjadi manfaat kepada anda semua.

Besok kena bangun awal, lepas Subuh, akan ada tanam-tanam pokok. Tak apa, jadi pekebun dulu satu hari.

Haraplah awal siap, seriously belum belajar lagi, bulan ini bulan exam.

Pae - Ilmu itu luas, sampai mati pun kita tetap akan mencari ilmu. Di kubur sahaja, yang akan menentukan setakat mana ilmu kita ada. Wallahualam.

Sunday, 5 February 2012

Remaja dahagakan ilmu!!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini. Salam Maulidur Rasul semua. Banyak kali dah cakap. Hehehe.

Okay, kali ini cerita situasi. Tadi aku FB-walking di page UAI - pastikan korang login kalau mahu ke situ. Aku ceklah soalan-soalan, supaya aku dapat ilmu baru di samping menolong jawab kepada mereka yang tak tahu.

Cerita terbaru ialah mengenai hadis di mana lelaki disebat 100 kali di akhirat kerana membuat wanita menangis. Kebenarannya? Maudhu sebenarnya. UAI kata apa?

Kebenaran. Sila klik untuk besar.
Supaya jelas, klik pada gambar itu.

Okay itu pertama.

Rata-rata aku lihat masalah yang ditanya, kebanyakan soalan basic, seperti hukum lelaki pakai seluar pendek ketika main bola, macam mana baca al-fatihah ketika solat (ketika jadi makmum) - samada kuat suara atau tidak, kalau tinggal tahiyat awal sah atau tidak solat itu, dan macam-macam lagilah soalan yang memang basic.

Secara jujur, aku terharu dengan mereka. Why? Mereka tahu mereka jahil, jadi mereka terus bertanya kepada yang tahu. Kita yang tak jahil? Ada ambil kisah pasal itu? Ambil remeh pasal yang mudah, padahal ada peraturannya.

Seriously, remaja zaman sekarang dahagakan ilmu. Makin ramai yang jahil, makin ramai yang ingin belajar ilmu agama. Makin ramai yang jauh dari simpang agama, makin ramai yang ikut jalan yang benar. Makin ramai yang benci Islam, tetapi, makin ramai yang masuk Islam. Masya Allah!

Allah ganti yang buruk dengan baik. Itulah hikmah yang aku perasan setakat ini. Mudah-mudahan makin ramai yang ikut ajaran Islam. Peringatan khas untuk diriku juga.

Berbalik kepada persoalan tadi, memang betul remaja dahagakan ilmu. Bukti? Ketika sambutan tahun baru, berapa ramai pergi konsert hiburan? Aku terbaca kurang 7000. Tapi pergi kuliah agama? Masya Allah, lebih banyak daripada pergi konsert - lebih kurang 70000. Masya Allah. Alhamdulillah, remaja kini sedar dan berusaha untuk kembali ke jalan yang benar.

Bukan setakat remaja saja, ramai lagi yang dahagakan ilmu. Aku sendiri, rakanku sendiri, semua orang kini dahagakan ilmu. Yang tidak suka ilmu, terutamanya ilmu agama ini hanya mereka yang keras hati. Apapun, kita berdoa agar terbuka pintu hati mereka untuk menyertai kita di jalan yang benar. Amin.

Alangkah bagusnya jika ramai ustaz macam UAI - maksud di sini ialah beri kuliah dan sanggup tolong remaja. Walaupun ada khilaf tapi tahu berhujah. Kini ramai ustaz makin terkenal seperti ustaz Don...err...itu ja kot aku tahu. Hehe. Ustaz Akhil Hayy, Imam Asyraf, dan banyak lagi. Mudah-mudahan mereka mampu membimbing remaja zaman sekarang, dan seterusnya diteruskan oleh generasi akan datang.

Zaman sekarang memang mudah, online terus boleh cari ilmu. Kalau dulu amat payah, jika kita baca kisah imam-imam muktabar, mereka mencari ilmu dengan cara berhijrah ke tempat jauh. Kita senang, gunakan kesenangan. Tapi ingat, guru tetap diperlukan. Sebab jangan belajar sesuatu ilmu itu tanpa guru membimbing walaupun ada hujah di internet. Takut kita tersalah tafsir, kan?

Satu lagi peringatan, walaupun kita kurang ilmu, tapi tak salah untuk menyebarkan ilmu yang kita tahu. Takkan mahu tunggu jadi ustaz baru nak sebarkan? Itu tak betul. Walaupun kita ini kurang ilmu, tapi kita mesti tolong mereka yang tidak tahu ilmu. Barulah ilmu tersebar luas.

Bukan setakat itu, kalau ada buat salah, terus tegur. Memang payah tapi kena kuat hati. Dan jika ada orang ajak berhujah, niat kita hanya satu, membuktikan kebenaran Quran dan hadis, bukannya nak kalahkan dia.

Ilmu itu berguna dunia akhirat. Sebab itu pentingnya tuntut ilmu. Satu, menambah ilmu pengetahuan. Kedua, melengkapkan diri kita yang kurang lengkap. Maksudnya sini, kita akan elak daripada buat dosa, dan menambah amalan baik. Insya Allah.

Okay dah cukup banyak dah ni. Walaupun aku banyak mahu tulis, tapi setakat ini saja yang aku boleh kongsi. Hehe. Assignment menunggu, walaupun ilmiah ini penting, tapi tanggungjawab lebih penting. Apa yang penting, kerjasama, seperti wonder pets. Hehehe.

Rajin-rajinlah untuk mencari ilmu, jika korang ada ilmu yang bermanfaat, share-share dengan aku. Hehe. Insya Allah, ilmu itu pelengkap diri kita, di dunia dan akhirat, selagi mana niat kita betul.

Pae - Assignment, I'll own you. Bo peep bo peep bo peep bo peep ang! - T-ara.