Assalamualaikum,
Okay, earth hour dalam masa sejam. Seperti dalam previous entri, aku ada sentuh pasal konspirasi yahudi dalam event ini. Aku hanya menyatakan pendapat saja. Dari korang saja mau buat, terima atau tolak segalanya.
Aku hanya ingin bertanya, adakah sekadar menutup lampu, dunia dijamin selamat? Jawapannya tidak. Dalam iklan Earth Hour 2011, ditunjukkan sekumpulan orang yang menyalakan lilin dan membuat nombor 60 di mana ia melambangkan Earth Hour. Cumanya, bukankah lilin itu MENYUMBANGKAN pemanasan global?
Lilin dinyalakan dan akan melepaskan Carbon Dioksida ke udara. Andai kata satu dunia pasang lilin, dalam masa satu jam, suhu akan meningkat sebanyak 2 darjah celsius. Fikir2lah sendiri.
Kamu pasti kata "alaa..itu orang yang guna lilin. Kami tak pakai lilinlah bro." Betul. Tidak semua pakai lilin. Cuma, kalau sekadar off lampu, elektrik/karan masih berjalan, bukankah menggunakan tenaga?
Sebenarnya, tiap malam kita off lampu. Ketika tidur mesti kita off bukan? Bukan setakat sejam, tapi sampai besok pagi kita off. Lebih lama dari Earth Hour sebenarnya. So, dari korang saja nak buat atau tidak. Aku hanya memberi pendapat.
Aku tak menentang Earth Hour ni, cumanya rasa musykil sebab kalau ikut sebenarnya, pemanasan global disebabkan perindustrian, permodenan, pembakaran dan banyak lagi hal lain. Kenapa pula off lampu konon dapat menyelamatkan bumi ini? Tiada gunanya kalau kita off lampu, tapi elektrik masih berjalan. Tiada guna menggelapkan diri, tapi pembakaran masih berleluasa. Tiada guna tutup lampu, kalau permodenan masih menguasai dunia. Tiada guna kita bising-bising, kalau pokok masih ditebang secara haram gara-gara kerakusan manusia. Hakikatnya, dunia tetap akan sama dan pasti hancur.
Apa yang patut buat ialah ubah diri kita. Bumi ini memang beginilah ni dan akan hancur bila tiba masanya nanti. Bukan apa, EH tu sejam lamanya. Apa jugalah kita boleh buat kan dalam gelap tu? Tidakkah akan menyusahkan kita?
Okay! Betul Earth Hour sekurang-kurangnya boleh 'melewatkan' kehancuran bumi. Tapi tidak sebenarnya. Kalau Allah kata Kun-Fayakun, semua boleh terus hancur. Dan juga, ramai kata EH ini konspirasi barat, di mana aku kata konspirasi yahudi. Macam orang narrow minded bukan? Kita nampak isi tersurat pasal EH ni. Adakah kita nampak isi tersirat EH ni? Kita tak tahu misi sebenar EH ni bukan?
Kalau korang masih tak berpuas hati dengan ulasan aku yang 'ntah apapa ntah', kunjungi blog beliau di sini. Dari sana anda boleh buat kesimpulan anda sendiri. Dalam hadis nabi mengatakan bahawa
Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)
Kita kena fahami mesej yang ingin disampaikan supaya kita sedar sebenarnya. Kadang-kadang, kita ni menolak sepenuhnya kebenaran yang datang sebab kita tidak faham mesej yang disampaikan.
Kesimpulannya, tepuk dada tanya selera. Aku sekadar bagi pendapat dan berkongsi apa yang aku tahu. Seperti yang ku kata, daripada kita off lampu selama sejam, baik kita baca Quran walaupun 10 minit. Dapat lagi pahala. Haruslah diingatkan, NIAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA. :)
AvA - Semua ini pendapat si Faiz sendiri. Terpulang kepada pembaca untuk membuat kesimpulan.
Itu sebenarnya simbolik; sama seperti mengunting reben, bunga api, pukul gong, pakai baju tradisional, baca doa selamat dsb dalam satu-satu upacara.
ReplyDeleteSimbolik ini ada membawa mesej berupa harapan; Agar setiap orang di dunia yang telah sampai pengetahuan kepadanya mengenai isu2 berbangkit seputar Earth Hour, sedar, insaf, dan terus berubah menjadi individu yang berusaha untuk menjaga kesejahteraan bumi - walaupun hakikatnya bumi semakin uzur dan tenat.
Ini kerana, bumi tidak akan dihisab. Manusia itu yang bakal dihisab. Makanya, perbuatan yang positif untuk tujuan kemaslahatan umum tetap akan dikira walaupun sekecil partikel atom walaupun suasana sekitarnya buruk dan terus semakin teruk.
Nota: Pautan 'blog beliau' tu 'broken'. ^^,
Aku sokong ko ging. Semua tu propaganda Yahudi saja tu. Nda kisah kalau statement ni org bilang statement narrow minded, asalkan nda terikut selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta, jejak Yahudi ni. Banyak lagi cara mau selamatkan Bumi Allah ni selain dari tutup lampu 1 jam. :)
ReplyDelete@samizul.net Betul tu betul. tpi sy tkjut melihat bberapa gmbar di FB (oleh member dari tempat lain) yg menyambut EH dengan lilin seolah-olah mcm upcara agama.
ReplyDelete@Fadzmie Mohamad Betul. Aku hnya mengajak yang lain berfikir. Banyak benda kita boleh buat slain tu.
ReplyDelete