Assalamualaikum,
Melihat dashboard blog tadi, amat ramai yang mengupdate pasal Tsunami di Jepun. Oh, aku mengetahuinya kemarin tapi kalau tak silap aku time di rumah sudah mendengar berita berkaitan bencana alam/dugaan daripada Yang Maha Esa.
Jepun, seperti kata-kata yang selalu didengar, negara berteknologi paling tinggi, kalau bukan mungkin antara tertinggi, juga boleh jatuh. Sebab itulah, kalau Allah sudah kata "Kun-Fayakun", maka skala richter pun akan mengukur tahap gegaran, orang pun akan bertempiaran berlarian, bangunan bermusnahan dan nyawa berhilangan.
Apakah hikmah di sebalik bencana alam ini? Ini untuk mengingatkan kita bahawa bila-bila saja Allah boleh timpakan bencana kepada kita. Apabila ditimpa musibah, haruslah kita ucap innalillahi wainna illahi rajiun.
Menakutkan. Betul. Supaya kita tahu bahawa Allah sentiasa ada memerhatikan kita. Beristighfarlah kita kepada-Nya setiap hari agar diampunkan segala dosa kita.
Dan juga, Allah bukan suka-suka nak timpakan bencana kepada kita. Kemungkinan manusia telah terlalu kritikal kejahilannya dan menyebabkan bencana itu datang. Wallahu'alam.
Aku tak mahu ulas banyak-banyak. Cukup sekadar peringatan bahawa kiamat semakin dekat. Ingat lagi tanda-tanda kiamat? Gegaran akan berlaku di 3 bahagian dunia. Cumanya, kita tak tahu apakah yang berlaku di Jepun kemarin, 2008 di China dan 2006 di Acheh merupakan tandanya? Wallahu'alam.
Kesimpulannya, bertaubatlah kita dan banyakkan amal ibadat. Insya Allah kita pasti selamat.
Laut memang indah. Tapi kekuatannya yang Allah beri boleh membunuh manusia. |
AvA - Breaking news. Ramai penggemar porno menunjukkan rasa kerisauan terhadap artis kegemaran mereka di Jepun, Maria Ozawa. Adakah patut.
No comments:
Post a Comment