Assalamualaikum.
Err... |
Korang nampak tu? Nampak tu? IPGM Ilmu Khas kata kalau gagal mock exam elaun akan ditarik dan mungkin akan drop! Tidak!!!
Apa kejadah ni? Apa kejadah ni? Kalau final exam takpe lah. Ini mock exam a.k.a trial exam. Gila apa nak buat begitu?
Aku sungguh tak setuju kalau perkara itu terjadi. Kerajaan tak patut buat begitu. Kami dah sehabis upaya untuk belajar menjadi guru. Tapi kenapa perkara itu harus berlaku?
Jadi kemana arah tuju kami sekiranya kami terjatuh dilandasan yang kononnya menjamin kerjaya? Peluang untuk ke IPTA/IPTS dah konfom tutup sebab sekali kami tolak tawaran sampai bila2 nama kami akan disenarai hitamkan.
Kalau ya pun nak takutkan orang janganlah buat begini. Adui, kalau dah orang tu cintakan kerjaya guru, memang gurulah kerjaya mereka. Adakah kerana ekonomi yang merosot perkara ini harus dilakukan?
Aku malas nak ulas panjang. Mereka tak faham dengan keadaan kita ke? Exam + assignment + menjadi guru yang baik. Bukan senang nak buat ni. Kenapa KPLI senang-senang je dapat kerja guru walaupun sekadar setahun pengajian tapi bagi pelajar yang ambik degree program selama 5 tahun terpaksa menunggu untuk pekerjaan?
Jadi kalau ada pihak yang baca ni, aku minta maaf kalau tersinggung sikit kata-kataku. Lecturer pun kalau nak kasi takut janganlah buat begitu ba. Makin stress la pelajar. Cuba korang kena buat begini, "sesiapa yang tak pass kena audit MQA akan dibuang kerja" tak ke haru korang?
So, haraplah rumours tu tak betul. Yalah ini tiba-tiba datang dan yang ironiknya lecturer dari IPG lain. Tidakkah haru. Aku haraplah perkara itu tak berlaku. Kalau tak, entah apa aku nak jadi. Hhuhuhu.
Kesimpulannya, kita buat assignment malam ni dan belajar untuk mock exam! Yeay!
AvA - HAH! BELAJAR UNTUK MOCK EXAM. PADULI DENGAN KATA-KATA KHABAR ANGIN ITU.
No comments:
Post a Comment