Comrades

Monday, 21 March 2011

Kejadian misteri yang realiti

Okay, memandangkan aku tak boleh buat beberapa perkara ketika blogwalking
- komen orang
- shoutbox
- follow orang

Aku terpaksa tunggu hingga ke pukul 5 petang baru dapat buat. Grr punya wireless.

Aku mau cerita pasal kejadian yang menimpa aku semalam. Biarpun aku rasa itu mimpi, apakah mimpi kalau aku mengalaminya secara realiti dan dalam keadaan aku sedar?

Pada pukul 12.30 malam, aku masih bermain FIFA 2011. Selepas membelasah Tottenham 7-0, aku cek kejap team aku dan buat sedikit pengurusan.

Lihat jam pukul 1 pagi, oh aku dah patut tidur ini. Aku keluar ke tandas, buang hajat, berwuduk terus balik semula ke bilik. Sebelum masuk bilik sempat aku lihat bilik rakanku, lampu tutup, dah tidur agaknya mereka.

Baca kursi, doa, terus lihat skrip doa untuk perhimpunan, terus simpan dan tidur. Off lampu, lampu tidur saja yang menerangi bilikku. Sejuk malam tu, aku kurangkan kepada 3. Straight to the point, aku susah mahu tidur.

Pertama, guna lagu, yang jenis slow. Walaupun slow, lagu fav, aku tetap tak dapat tidur. Kepala aku rasa sakit. Entah macam mana rasanya tu. Bukan migrain. Sebab aku tak pernah rasa migrain sepanjang hidup.

Aku letak balik headphones, kasi loudspeaker. Kurang sikit volume, takut orang sebelah, jiran sebelah, bilik sebelah dengar. Tidak juga dapat tidur. Last2 aku stop dan letak di sebelah katil di kerusi khas untuk handphone, dan tidur, sambil kepala rasa lain macam saja. Apakah aku buat? Aku beristighfar terus. Alhamdulillah dapat tidur.

Dalam siok tidur, aku terdengar suara sayup, apakah itu? ANJING MELOLONG. Bukan satu, tapi banyak. Gila, perasaan bercampur baur, panas, resah, takut, gelisah. Anjing melolong dalam keadaan yang mendatangkan seram. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Aku cuba buka mata, kabur. Aku fikir mungkin sebab masih mamai. Aku terus sedar, gosok mataku. Ini kali, gosok banyak kali pun masih kabur.

Pemikiran ku, aku yakin ada makhluk menggangguku. Bangunku dari baringku, terus duduk. Dalam keadaan marah dan panas hati. Anjing melolong tiada langsung aku dengar. Betul, aku dikacau. Aku lihat jam, adakah waktu subuh dah masuk, pukul 3.32 a.m. Oh, terus timbul niat untuk bangun malam. Tapi memikirkan terlalu mengantuk, aku terus tidur balik. Malah dalam ingin tidur, aku sempat baca ayat kursi. Nabi S.A.W melarang kita solat malam, solat sunat, dalam keadaan mengantuk. Jadi aku tidur balik.

Alarm dah berbunyi, tapi sekali aku lihat jam, 5.20 pagi! Cis dan cis. Aku terus bangun. Mahu pergi masjid, dah lambat dah. End up dengan solat di bilik, dan tabiatku, tidak tidur balik. Malah on laptop, cek FB dan blog.

Aku terfikir-fikir, apa yang mengacau diriku pada pukul 3.30 pagi. Aku kira bukan 3.30 pagi, mungkin sebelum, walaupun aku rasa sekejap, tapi hakikatnya, ia memang lama.

Aku kira, makhluk yang kacau aku tu memang tak suka aku di situ. Itulah kali pertama aku dikacau di bilik baru. Mungkin sebab seminggu aku tak berada di situ. Namun, aku tidak takut, sebab dalam dunia ini, hanya Allah saja yang patut kita takut. Apakah saja makhluk itu, dia juga makhluk Allah, dia juga takut Allah. Kalau kita takut kepada pengacau itu, makinlah dia kacau.

Kalau berhadapan dengan benda sebegini, kita rileks. Baca ayat Quran, terutama ayat Kursi. Ya, itulah paling afdhal, diuarkan ayat seribu dinar. Itulah baik.

Kesimpulannya, mataku kini rasa letih dan mengantuk. Selalunya tidak begini. Apapun, lepas kuliah hari ini aku mahu tidur.

No comments:

Post a Comment