Assalamualaikum,
Alhamdulillah tadi pagi amat seronok sekali berlari-lari merentas desa. Aku mengharap hujan sebab katil itu mendayu-dayu memanggilku. Lalala.
Jadi jom cerita merentas desa tadi. Wah, amat seronok nampak tu padang penuh dengan semua pelatih IPG. LEBIH SERONOK KALAU MASJID TU PENUH DENGAN SEMUA PELATIH MUSLIM MUSLIMAH IPG. :)
Jadi tadi kami berkumpul pada pukul 7 pagi. Lepas ambil kehadiran, kami buat senam warm up aerobik. Ni la ni kalau bukan budak PJ. Pengacara aktiviti tersebut ialah si kakak comel Isabell serta rakan prasekolahnya dan ditemani oleh YDP dan seorang ahlinya.
Memandangkan dorang yang buat warm up time PJ kemarin, jadi senanglah nak tengok step2 dia. Tidak ekstrem dan ia mengecewakan aku. Mau ekstrem ba ni. haha.
Lepas tu ada sedikit taklimat dari Encik Salehuddin. Dan pas tu, kategori yang pertama sekali dilepaskan ialah pensyarah dan staff. Oh, tentu seronok mereka ini.
Sungguh meriah |
Para pelatih lelaki |
Markas batallion |
Memang meriahlah boleh ku nyatakan. Aiseh, ramai gadis2 comel ni. Ups, heheh. Aku punyalah rasa bosan sebelum lari tu. Dorang banyak cerita ni. Entah pa dorang cerita aku tak tahu. Lepas je pelatih pompuan dan pensyarah dah jalan, kami pun dilepaskan. Aku pun joinlah. Non-stop sampai checkpoint kedua. Hahaha.
Sememangnya kerja ku menangkap gambar |
Time ni kalau tak silap melewati JPHPT. Aku cuba mantain lepas limpas je ni tempat. Tapi terpaksa stop gara-gara sakit mendatangi. (Padahal malas mau lari.)
Menuruni bukit |
Haaa, siap bagi peace lagi rakan sekelas tu. Time ni aku tak berlari gara-gara menahan kaki untuk turun bukit. Hahaha. Penat juga tau time ni.
Cabaran sebenar bermula |
Nampak macam rata je jalan, tapi lepas hujung sana tu konfom tiada yang mampu bertahan seperti aku. Banggalah sikit, aku badan besar tapi mampu melepasi cabaran bukit paling menyakitkan kaki. Hahaha.
Selepas melewati bukit untuk round pertama |
Time ni masuk kawasan perumahan yang tidak sangat urban. Lebih kurang suburbialah. Hahaha. Ini lepas melewati bukit. Aku tak ambik gambar bukit tu sebab ingin cepat. Dan aku sentiasa tertoleh-toleh ke belakang untuk melihat ada atau tidak pelatih lelaki yang ketinggalan. Tidak ada langsung!!
Dalam bas?? |
Hairan? Hairan? Apa tidaknya. Hmm....
Pensyarah - Kamu paling last!
Kami - Haha. Alalala. alala.
Tiba-tiba datang bas IPG...
Senior - Naik kamu. Kelambatan sudah. Ish3.
Kawanku - Naik ja lah. Ayuh.
Gitulah alkisah bagaimana boleh dalam bas ni. hahahahahahahaha.
Gelagat senior yang berlagak sebagai konduktor bas |
Jadi kami naik bas je lah untuk tiba ke destinasi. Aku punyalah tidak puas hati. Yelah, kalau aku habiskan konfom ada markah untuk MAT SALLEH. uuuuuu....
Inilah gadis-gadis batallion MAT SALLEH |
Sampai ja aku cari air. Nasib ada. Kehkehkeh. Aku tercari-cari seseorang. Ternyata dia bertentangan warna dengan aku. Dia berwarna biru. Oh tidak. Takpelah.
Gadisnya je. Mana lakinya? |
Kerjaku menangkap gambar je. Macam kak Ooi Lan. Apa tidaknya, kalaulah aku ada DSLR, kali aku tidak habis berlari tu gara-gara mengambil gambar para pelatih. Wakakakaka.
Eh, sapa gadis 3 orang ni? |
Ramai yang bercerita pengalaman dorang. Aku kira untuk tahun ini, aku hanya ambik pengalaman. Next year habislah korang. Aku bakal jadi juara. Haha. Angan-angan semata2.
Berehat-rehat |
Biarpun penat tapi seronok. Cumanya, ada beberapa pelatih yang give up ketika di checkpoint ketiga. Ketika para juara sudah melalui pusingan U dan kembali ke checkpoint kedua, kawan2ku yang lain patah balik ke checkpoint kedua. Aku tidak mau give up. Ya, aku mau explore banyak2 kan. Hehehe.
Dari kiri - Belle, Debbie Seb, Syl (belakang) Hidayu, Zella dan seterusnya tak kenal. (MANA EMA? haha) |
Kontrol ayu si juara Mat Salleh. Haha |
Mat Salleh The Scorpion King |
Time penyampaian hadiah sudah |
Ketika penyampaian hadiah aku tak pi ambik gambar. Malu ba. Kamu ni kan. Hehe. Kategori pensyarah dan staff Encik Ismail juara. Untuk keluarga pensyarah punya kategori, anak warden yang menang si Nazreen merangkap junior aku time High School dulu.
Kategori perempuan pula pemenangnya dari kelas PJ dan batallion...eh aku lupa dah. Hahaha. Si Ester. Tapi takpelah walaupun bukan juara dari Mat Salleh, tapi untuk kategori perempuan, MAT SALLEH MENDOMINASI KEBANYAKAN. Hahha. 8 daripada 20 ialah Mat Salleh. Hoho. Ratu lari Mat Salleh? EMA WASHIF!!!!
Kategori lelaki hanya beberapa saja dari Mat Salleh, tapi aku banggalah walaupun aku tak habiskan sebab kawan-kawanku yang menang. Ada lebih kurang 6 kalau tak silap. Dari tempat ke-6 hingga ketiga semua Mat Salleh. Rajanya siapa? Benstain.
Dan untuk keseluruhannya, tempat keempat Antanom yang ambil. Ketiga, KOROM. Naib juara Mat Salleh dan juara ialah Monsopiad. Walaupun tempat kedua, tapi pencapaian agak memberangsangkan. Yalah, 100 mata ke atas jauh meninggalkan batallion di tempat ketiga dan hanya kalah tipis dengan pasukan juara.
Wah aku berlagak macam komentator sudah ni. Apapun, tahniah kepada anda semua. Semua pemenang tiada pengalah. Wakakak..
Kesimpulannya, aku balik bilik, mandi, main game kejap terus aku tidur sampai petang. Gila. Hahahaha. Next year, 2012, tahun aku! :P
AvA - Kalau bukan kerana bas, Faiz pasti dah buat Mat Salleh menang! Hahaha.
aku nampak aku!!
ReplyDeletepaling depan rumah kita!
hahahaha