Assalamualaikum,
Okay, dengan MOCK exam tinggal kurang 72 jam lagi, aku akan ringkaskan entri ini.
Hari ini yakni hari sabtu kami akan berlari dan berlari untuk merentas desa di Keningau. Kononlah. Jauh sangat kami lari. Sudah aku state dalam previous entri jadi korang cek sendirilah yer di sini. :)
Sandihnya para lelaki akan berlari sejauh 9.5 km. Huh, sedangkan dari traffic light ke IPG pun 2km, agak2nya berapa jauhlah 9.5km ni.
Aku dan rakan-rakan ku berpakat lari untuk tidak ketinggalan saja. Kami kena jaga kesihatan badan kami untuk menghadapi exam. Jadi tugas berlari untuk juara aku serahkan kepada para atlit, BENSTAIN!!!
Aku kalau takde exam dah pasti aku pecut kalahkan juara 2 tahun berturut-turut tu. Haha. Tapi ada exam jadi kalau aku lari juga konfom otot-otot sakit dan penat. Atlit pun feel begitu juga kan? Lalalal.
Dan preparation untuk mock exam 65%, aku perlu ulangkaji banyak lagi. Insya Allah habis acara tu aku balik bilik tidur untuk tenaga. Lepas tu bangun dan belajar. Ini kena power sebab tiada masa berehat sudah ni. Tapi sehari sebelum exam aku pasti tidur awal. Bapaku dah pesan pada ku semua tips-tips berguna. Paling afdhal, minta tolong dan tawakal kepada Allah. :)
Tadi kami belajar secara berkumpulan di kelas dorang si Ema, banyak kami bincangkan. Walaupun ada selisih pendapat tapi aku lebih suka untuk berfikiran positif. Aku mau tulis pasal orang yang banyak cakap tapi tak buat, cuma masa tidak mengizinkan.
Lepas tu kini aku tau ramai para pelari telah tidur untuk mendapatkan tenaga power. JPP mengeluarkan arahan untuk berkumpul di padang pada pukul 6.40 am. Bising sudah dorang. Sedangkan Allah suruh kita bangun berkumpul di masjid pukul 5 pagi, ini setakat 6.40.
Tiada apa lagi boleh ku ulas. Segala-gala menjadi serius. Aku harap time exam aku mampu jawab walaupun jawapan tu kemungkinan salah! Yang penting cuba.
Ohya, anne dan ema ada tag aku dalam entri mereka. Aku minta maaf sebab tak dapat nak buat entri sebegitu gara-gara kesibukan. Aku update ini pun saja2. Kalau pasal tag tu nantilah aku buat. Hehehe. Bukan tu ja, ariez pun ada tag.
Dan untuk kali pertama ada orang minta tolong buat tips pasal post2 di gadget. Oh itu akan ku tunjukkan. Orang lain boleh tunjukkan, paling senang belajar sendiri. Sebab aku belajar sendiri tentang blog ni. Apa yang orang lain ajar hanyalah pasal pemasangan layout dan template designer, di mana aku belajar sendiri sepenuhnya.
Bukan tak nak tolong, sebolehnya carilah blogger hebat seperti BEN, Yuyu, Burungman minta panduan. Okay yer no offend. :)
Dan mataku kini mengantuk, aku mau tidur dulu. Besok aku berlari tapi hanya sekadar berlari. Ohya, insya Allah, exam nanti aku mau buat terbaik. Menebus kesilapan SPM.
Kesimpulannya, jom kita tidur. Kalau lambat tidur nanti lambat bangun dan...cepat mati. Fakta.
AvA - EMA WASHIF!! MAKE MAT SALLEH PROUD! BENSTAIN!! KALAHKAN JUARA TAHUN LALU! FAIZ!!! BELAJAR!!!
No comments:
Post a Comment