Assalamualaikum,
Hah. Exam habis. Assignment siap. Hari tanpa tidur berlaku selepas habis exam Kajian Sosial. Membuat assingment maths. Kahkah.
Pasal DMC aku ulang balik main. Kenapa? Aku mau practice balik2 untuk legendary mode. HAHA.
Abaikan saja di atas tu. Jom cerita pasal benci orang, benci orang, dan benci orang. Baru-baru ini ada kawan post link untuk KPLSPM temuduga untuk intake Jun/Julai 2011 tiap2 IPG. Dan aku mengatakan bahawa lelaki yang bersifat-sifat lembut peluang untuk masuk rendah manakala perempuan kasar dan keras pun begitu.
Aku kata begitu sebab BPG yang bagitau begitu. Haa. Mulalah datang komen panas daripada golongan yang terasa. Ish ish ish. Teruk sungguh aku dihentam. Alaaa. Biasalah tu. Nak tahu apa komen mereka?
"Jadi kalau guru PJ perempuan lembut dan ayu, kena bola sikit dah mengaduh, mesti murid tu kata PJ tak best sebab gurunya terlalu sensitif."
Lebih kurang beginilah. Unsur-unsur keganasan dikurangkan. HAHA. Jomlah aku cerita sikit. Yang dimaksudkan tu perangailah wahai orang pandai. Mentang2lah korang tu pandai. Aku ni lebih pandai. (Kalau kata aku ni bodoh/kurang pandai nanti betul2 pula)
Sama seperti kes lelaki lembut dan lelaki pondan. Apa bezanya? Sama tak? Mesti sama. Dua2 ada unsur-unsur kelembutan tapi perangai macam mana? Aku berani kata lelaki lembut bagus dari pondan.
Pondan ini tahap kritikal, bahaya, danger, mengancam dan macam-macam. Why? Sebab perangai mereka betul2 berbahaya. Kebanyakan pondan, cenderung untuk menjadi perempuan. Inilah part yang bahaya sungguh dan bahaya amat. Berbeza dengan lelaki lembut, memang banyak. Tak semestinya gaya dia lembut2, eh, lembut banyak maknalah! Contohnya, Saidina Uthman bin Affan, beliau seorang lemah lembut. Adakah lembut macam lelaki lembut zaman sekarang? Tidak. Lemah lembut jenis gentleman la. Apalah.
Pondan ni yang bahaya, aku sengaja bagitau kawan2ku pasal apa yang ku dengar dari BPG supaya para guru yang bakal masuk nanti berubah perangai. Bukan aku kata TAK BOLEH MASUK. Bakka. Huh. Inilah ni kalau mereka tak nak dengar kata dan nasihat. Kepala tak benarkan kebenaran. Tapi kalau cerita gosip, skandal, hiburan2 yang mana hanya sekadar PROPAGANDA saja, uiiii mak aiihhh. Percaya benar loh.
Aku terus terang aku tak suka pondan. Why? Perangai mereka aku tak suka bukan sifat mereka. Sifat dan sikap adalah berlainan ya. Take note about that. Pondan suka dress macam perempuan. Sedangkan Allah larang laki-laki menyerupai perempuan dan begitu juga sebaliknya. Sebab itu aku tak suka. Kalau lelaki, LELAKILAH. Kalau pempuan, PEREMPUANLAH.
Seterusnya pasal perempuan keras. Ini amat jarang kita jumpa sifat perempuan keras. Ada ke? Ada tapi sangat jarang. Perempuan, sekalipun lesbian, pengkid (bukan sama ja ka tu) mereka tetap macam perempuan normal. Sifat perempuan keras bermakna, mereka ubah penampilan umpama lelaki dan perangai mereka seperti samseng lelaki lah. Dan sadisnya, ada six pack. Itu namanya perempuan keras. Perangai mereka yang kasarlah untuk pemahaman yang lebih baik. Maknanya mereka bersikap kasar.
Inilah maksudnya apa yang ku maksudkan. Lelaki lembut memang ramai, dan pondan LEBIH RAMAI, serta LELAKI SONGSANG sangatlah tinggi bilangannya. Perempuan keras jarang kita jumpa. Dan satu gelaran khas untuk golongan keras ini adalah TOMBOY. Benar ke? Kalau kecik2 slalu dengar begitu. Sekali dah besar, mak aihh. Ayu comel, cute. Awww. Hah hah.
Aku cuma nak ingatkan saja, terutama kepada golongan lelaki lembut, ketahuilah aku tak benci kamu. Ia sekadar peringatan supaya korang tak terjatuh ke golongan pondan. Satu lagi aku nak tegur pasal pakai rambut palsu perempuan oleh golongan lelaki.
Walaupun sekadar main2, niat tu yang memainkan peranan. Kita pakai tocang lalu dalam hati kata..."eh, baik aku pergi kasi tengok yang lain ni. Hahaha."
Nampak? Menunjuk2. Riak dan bangga konon pakai tocang. Palui sungguh. Ups maaf. Sungguhlah. Tu dosa juga tu. Walaupun korang kata begini...
"Eh, aku kasi tunjuk dorang je. Ko bising2 apasal? bukan mau kasi tunjuk kau pun. Huh!"
Maaflah, orang kata begini memang palui. Kenapa? Menimbulkan fitnah. Nanti ramai orang berkata-kata
"ko tengok tu...pakai tocang, rupanya dia ni spesis tu..."
Nampak? Kalau pakai untuk sendiri tengok takpelah. Allah saja tengok. Ini dengan bangganya...
"Cantik tak I pakai rambut ni? Cantikkan? Haha."
Fikir2lah sendiri. Korang kan ada akal. Niat memainkan peranan, dan sesungguhnya niat tak menghalalkan cara.
Kesimpulannya, jauhkan diri kita dari fitnah sebab akan membawa kepada kemusnahan hubungan. Baiklah. Nak sambung main game! :)
No comments:
Post a Comment