Assalamualaikum,
Alhamdulillah, subuh menjelma. Heh heh. Rehat yang semart. Walaupun susah untuk tidur.
Bergurau dengan perkara benar. Bagaimana itu? Adakah bergurau sedemikian?
Siapa kata tiada? Hehehe. Bergurau dan memberitahu perkara sebenar. Namun demikian, siapa suka bergurau dengan perkara benar??
Semestinya, nabi Muhammad S.A.W. Baginda seorang yang jujur, dan kebenaran sentiasa keluar dari mulutnya. Termasuklah bergurau.
Contohnya? Ketika seorang wanita tua meminta Rasulullah untuk mendoakannya masuk syurga, apa baginda kata? Baginda kata syurga tidak boleh dimasuki oleh orang tua. Korang nampak macam apa? Kejam? Hehehe.
Baginda terus menyuruh sahabatnya untuk beritahu wanita tersebut bahawa dia tidak masuk syurga dalam keadaan tua. Why? Sebab Allah sudah pun berfirman dalam surah Al-Waaqi'ah ayat 35-37 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya."
Masya Allah, punya main semart gurauan nabi. Simple bermakna, bukan macam kita, complex menghina. Astaghfirullah al azim.
Ada satu hadis dimana ia berbunyi sebegini
"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah." Riwayat Abu Daud.
Apa maksudnya ini? Maknanya kita bergurau dengan perkara yang tidak benar. Sebagai contoh, bergurau yang tak masuk akal, ayam jantan bertelur, kucing bertanduk, ular terbang. Seriously, banyak gurauan tak masuk akal berlaku dalam dunia hari ini. Astaghfirullah al azim
Bergurau perkara palsu sama seperti berbohong. Padahal hanya diharuskan berbohong apabila mendamaikan dan menyelamatkan sesuatu pihak yang benar sahaja.
Selain itu juga, Rasulullah S.A.W juga melarang kita bergurau dengan mencemuh orang lain, memburuk-burukkan orang lain. Like, kita bergurau mengatakan kawan kita dengan sesuatu yang kurang baik, dia suka atau tidak bukan persoalannya. Yang diutamakan, kenapa gurau sedemikian? Heh, habis modal ka bro?
Part itu, wajib kita elakkan. Walaupun kawan kita tidak kisah, tapi janganlah dilakukan. Sebab Allah itu Maha Adil. Lambat laun kita sendiri terkena juga sebegitu. Tapi bolehkah kita menjadi seperti mereka yang tabah?
Kalau aku tak silap, ada satu hadis mengatakan di mana sahabat-sahabat nabi menggelar Bilal bin Rabah dengan gelaran yang menunjukkan sifatnya. Budak hitam kalau tak silap, tapi dilarang oleh nabi sebab menimbulkan aibnya. Tapi kita sekarang? Allah...bergurau tahap petala lapan. Ketawah pun berdekah-dekah.
Sama seperti bermain-main dengan makhluk Allah yang lain seperti kucing, anjing, arnab, kambing. Kalau sesama kita tidak apa, maksudnya, kita bermain dengan mereka untuk menghiburkan hati, supaya sayang menyayang dengan makhluk tersebut. Tapi kalau yang berlebihan, wajarkah? Binatang tersebut juga makhluk Allah, yang tiada akal. Seharusnya elakkan. Barulah semart.
Paling penting, banyakkan bergurau dengan budak-budak dan anak dara. Aww, sebab itu nabi suruh kahwin dengan anak dara sebab banyak ceritanya. Lihat saja Rasulullah dengan Siti Aisyah R.Anh. Keromantikan mereka, kesenangan mereka, keserasian mereka. Adeh, berkobar terus aku mahu mencari.....okay, stop. Jangan cerita bab ini. Hehe.
Kenapa bergurau dengan budak-budak? Well sebab mereka suka bermain. So, di samping bergurau, ajarlah mereka. Macam itulah. Kalau mahu bergurau dengan orang dewasa, berfikir juga 6000 kali. Faham-fahamlah.
Apapun, yang penting, gurauan senda boleh mendatangkan pahala dan menambah dosa bergantung kepada niat, dan isi gurauan itu. So fikir-fikirkan.
Kesimpulannya, adakah korang nak tengok cerita lawak di TV yang mengarut itu? Atau mendengar kuliah agama yang membosankan kepada mereka yang gelap hatinya, tapi bermanfaat? Hehe. Jawab sendiri.
AvA - Elaun, elaun, elaun, kenapa lambat masuk? Sebab belum dimasukkan. ^_^
No comments:
Post a Comment