Comrades

Friday, 23 December 2011

Sudah terhantuk baru terngadah.

Assalamualaikum,

Wah! Cuti dah hampir ke penghujungnya. Aisehmen, macam tak ingin kembali ke alam kuliah semula. Bukan apa, cuti berlalu tanpa disedari. Adesh.

Well, cerita kali ini mengenai....perempuan. Haha. Tapi kali ini memang agak sadis dan sorrylah ya kepada mereka di luar sana.

Perempuan melayu mudah terpengaruh dengan kata-kata manis seorang jejaka. Pergh murah sungguh. Hah, marahlah! Marahlah!

Ada asas kenapa aku membuat kenyataan begitu. Lihat saja, berkenalan, sanggup meluangkan masa bersama tercintan, sanggup jual harga diri. Apabila sudah jadi bubur, manakan mungkin dapat menjadi nasi kembali? Lainlah kalau ditambah beras tapi bagi perempuan terlanjur macam mana? Bolehkah kembalikan dara itu?

Tak bolehlah bro. Kalau suka sama suka tu mana mungkin, kalau yang kena rogol itu lain cerita.

Jadi, memang murah perempuan melayu sekarang. Asal ada jejaka pandai bermulut manis, bukan mau rasa mulut dorang, tapi kata-kata yang power untuk menarik hati si gadis, confirm jatuh. Buruk, tak macho, gemuk, kurus, tak handsome pun tak dikisah. Asal pandai berkata-kata. Kalau kes kaya itu lain.

Jadi mulalah si gadis kecewa, itu belum lagi jumpa laki yang panas baran suka memukul. Terus cuba lagi cari lelaki lain, dan terpikat dengan kata-kata manis si jantan itu. Hek eleh, takkan tak pandai ambil pengajaran? Inilah kelemahan bagi tiap orang!

Lepas 3-4 kali dan mengalami perkara sama, akhirnya si perempuan benci lelaki sebenci-bencinya, dan dia punya sexual orientation tukar from straight to homosexual - homosexual term is the same for gay and lesbian - jatuh cinta dengan kaum sejenis.

Apabila ditanya kenapa jadi begitu, sebab lelakilah! Alasan klise, kenapa tak jaga diri? Dorang kemungkinan balas, alah nak enjoy sekali sekala. Kalau ditembak dengan soalan ini, enjoy tapi tak fikir kesan buruk apa kes? Dorang mungkin juga balas, alaaa aku tak tahu pun. Suka suki jer. Jadi kalau dah tahu kenapa masih nak buat? Confirm dorang terdiam.

Bagus2 Allah cipta kita sesuai dengan fitrah, si gadis melawan fitrahnya pula. Astaghfirullah. Memang kerja gila.

Wahai perempuan-perempuan yang pernah dikecewakan, sesungguhnya tidak semua lelaki sama seperti apa yang kamu fikirkan. "Semua lelaki sama saja!" - Sila buang pemikiran ini dari kepala otak anda. Ada cara untuk menghadapi masalah sebegini.

Hadap Allah S.W.T. Mengadu kepadaNya dan memohon kepadaNya supaya diberikan petunjuk. Bukan mengadu pada lelaki lain kalau ada masalah dengan ex-bf, atau mengadu pada pengkid kalau ada masalah besar. Free connection, Allah S.W.T will help you anytime as long as you always remember Him and follow what Allah has told us and leave what Allah has forbid us to do. Simple isn't it?

Kedua, berkawanlah dengan wanita solehah wahai gadis-gadis malang. Merekalah yang pasti membantu anda. Ingatlah, sebaik-baik kawan ialah kawan yang memberi faedah dunia akhirat.

Ketiga, muhasabah diri. Kenapa anda boleh terjerumus ke dalam lembah yang hina ini, boleh jadi kerana akhlak anda, kan? Tulah, Allah suruh kita tutup aurat kita buat dek ja. Apa korang fikir gadis tudung labuh tu tak akan dapat jodoh ka? 1000% salah.

Keempat, berhati-hati dengan tiap-tiap manusia. Sentiasa memohon perlindungan daripada Allah S.W.T. Dan sekiranya korang ada boyfriend, pastikan korang jaga pergaulan korang! Paling bagus break. Hehehe.

Kalau ada lelaki berkata-kata manis dengan korang, sumbat cili ke mulut mereka. Hipokrit semata-mata, tapi seharusnya jangan. Nasihat mereka dan bertegas dengan prinsip bahawa semua itu fitnah dan godaan syaitan yang wajib dijauhi. Simple right?

Perempuan tak boleh salahkan lelaki seratus peratus, seperti mana Burungman selalu kata, wanita selalu salahkan lelaki yang gatal, hakikatnya kesalahan itu datang daripada both of them - perempuan seksi dan lelaki kurang iman. Aku ada ingat kata-kata seorang sahabat nabi atau alim ulama bahawa lebih baik bergelumang dengan khinzir berbanding dengan wanita bukan mahram.

Ini apabila dah terkena, baru nak mengamuk. Sebelum ini tak pandai berhati-hati. Sebab itu aku berani kata, perempuan melayu semakin murah sekarang. Ada lelaki pandai ambil hati, confirm khayal. Akhirat pun tak ingat dah.

Apapun, ini aku mahu bagitaulah kepada mereka yang suka sangat bercouple-couple, suka sangat buka aurat. Firstly kepada mereka bercouple, tak usah fikir pasal itu. Kalau mahu kahwin terus, senang cerita. Kalau tak mampu, puasa supaya nafsu tunduk. Senang kan?

Kepada mereka yang tak tutup aurat, eh korang fikir korang cantik ka buka sana sini? Sorry to say but I believe you put your pride, dignity in a very low position. Speaking pula, keh3. Jika diberi pilihan, antara gadis seksi dan gadis SHAWL, rela aku pilih gadis SHAWL. Kalau diberi pilihan gadis SHAWL dan TUDUNG BAWAL, TB lah jawapannya. Kalau ada gadis tudung labuh datang, masya-Allah, aku pinang kau dengan bismillah. Kehkehkeh.

Seharusnya kena fikir sendiri akibatnya, "kalau aku couple, apa kemungkinan aku selamat dari zina?", "kalau aku buka aurat, adakah aku selamat dari lembah zina?" Paling senang, kalau aku buat benda tu, adakah aku selamat di akhirat? Fikir-fikirkanlah.

Jadi wahai perempuan sekalian, cuba korang tutup aurat dengan mengikut syariat yang ditetapkan, masya-Allah. Indahnya hidup terus, seronok terus perasaaan, seronok terus nak buat ibadah. Percayalah! Lebih seronok, jodoh yang datang semestinya handsome dan baik amalan dan akhlaknya. Insya Allah. Ingat, Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Perancang. Hehe.

Kesimpulannya, jangan terhantuk baru nak komplain sakit. Jangan main api, kalau tak nak terbakar. Heh mengarut saja. Apapun, jaga diri, jaga iman, jaga amalan, jaga akhlak. Insya Allah selamat.

AvA - Baik lagi kita main DotA 2 daripada cari dosa, tapi lebih baik cari ilmu daripada buat benda yang boleh melalaikan.

2 comments:

  1. ska dgan ayat:
    ku pinangmu dgan bismillah

    -smuga bertemu dgan yg terbaik-

    ReplyDelete