Alhamdulillah Allah bagi lagi idea.
Dulu gua ada cerita tentang Boys vs Girls. Tapi tadi mentor masuk, dia suruh bincang mana satu lebih bagus, GURU LELAKI ATAU GURU WANITA.
Kalau mahu cerita pasal perbezaan gender ni, dalam perguruan, gua minta maaflah. Gua sebenarnya kurang senang topik ini.
Sebab ini ialah topik yang tidak akan habis sampai bila-bila, termasuklah dalam bidang lain.
Gua tak bagitau mana satu lagi baik. Tapi suka gua mau cerita tentang guru terbaik untuk seluruh manusia.
Rasulullah S.A.W, seorang nabi, seorang rasul, lelaki, suami, anak mertua, bapa mertua, sahabat, pemimpin, jiran, datuk.
Bagindalah pemimpin dan guru terbaik sepanjang zaman. Baginda sempurna.
Rasulullah ada sifat kepimpinan, tidak malas, berdedikasi, berintegriti di samping mempunyai sifat kasih sayang, lemah lembut, lebih pemalu.
Ya, itulah guru kita. Walaupun nabi S.A.W seorang lelaki, tapi baginda mempunyai sifat kasih sayang, kesabaran yang tinggi seperti ketabahan seorang wanita.
Baginda memanusiakan manusia. Memanusiakan manusia untuk sedar apa tujuan manusia sebenar.
Aisyah pernah merajuk, tapi baginda pandai pujuk. Sahabat pernah buat salah, baginda tegur dengan hikmah. Aib orang baginda tidak mahu dengar, tidak pernah baginda menceritakan keburukan orang, lebih-lebih lagi mereka yang selalu mengutuk baginda.
Dengan budak-budak baginda mesra. Ubun-ubun diusap. Malah pernah membiarkan seorang cucu baginda untuk bermain ketika baginda sujud.
Dengan orang tua baginda mesra, dengan orang miskin juga. Dengan mereka yang muda baginda bergaul mesra.
Pendek kata baginda seorang yang sangat hebat.
Dear readers sekalian, janganlah berdebat siapa hebat. Kalau setakat perbincangan, itu tidak apa. Tapi jangan set yang lelaki lagi bagus daripada perempuan atau sebaliknya.
Setiap orang ada sifat malas, bukan lelaki sahaja. Setiap orang ada emosi, bukan perempuan saja. Setiap orang boleh rasional, tidak kira lelaki atau perempuan.
Jadi kalau mahu pendapat gua, gua akan kata lelaki dan perempuan kedua-duanya bagus. Dua-dua menang.
Ketika sekolah dulu, gua diajar oleh both teachers whether men or women. Dua-dua bagus, tapi ingat, no body's perfect in this world.
Fikir 360, kenapa mahu berbangga kita lebih hebat daripada perempuan wahai lelaki? Kenapa mahu bermegah perempuan lebih mantap daripada lelaki wahai wanita?
Masing-masing ada kelebihan sendiri. Jadi jangan beranggapan begitu. Memang kadangkala ada benar ada tidak. Tapi jika kita fikir 360 darjah, kita tahu setiap individu ini berbeza personaliti dan peribadi.
Kalau mahu jadi guru hebat, mantapkan akhlak, ini wajib untuk menjadi guru yang berkualiti, tidak kira lelaki atau perempuan.
So, harap kita tidak terpengaruh dengan stereotaip. Masing-masing ada kelebihan, tapi terpulang dengan cara penilaian korang sendiri.
#Result akhir - Lelaki vs Perempuan, both are winners. Tapi ingat, lelaki lebih banyak tanggungjawab, wanita pula mesti taat.
No comments:
Post a Comment