Comrades

Thursday 28 February 2013

Every Game is the same.

You know what bro? You boleh cerita politik sebenarnya. Boleh cerita pasal sebegini sebab ramai dah besar. Ya, walaupun tiada kaitan, dan jarang orang minat. Gua percaya orang-orang besar semua minat.

Gua sendiri minat politik, bukan sebab sesuatu parti, tapi mencari kebenaran yang benar. Sebab gua bersifat neutral, ambil tahu both kerajaan dan pembangkan. Gua tidak tengok sebelah mata, nanti tidak adil. Nanti korang nyanyi pula lagu Yuna, ini tidak adil, ini tidak adil baginya. Nasib korang hanya nyanyi lagu dia Terukir Di Bintang, ngam-ngam bintang ramai semalam.

Tapi seriously, kalau cerita benda ni, jangan emosi, jangan berdalih dan keluarkan sesuatu yang super tiada kaitan. Bro, dalam Islam, siasah itu bersih. Kitalah yang mengotorkannya.

Sebenarnya kalau pun ditembak soalan yang super panas, kita sebagai super pro hendaklah bersabar dan menjawab dengan tenang. Bro, jangan malukan umat nabi kita bro. Gua rasa kalau Umar ada, memang dibaling kerusi sudah tu. Tapi gua yakin, dia tak buat begitu, sebab dia sahabat nabi, yang tinggi imannya.

Walaupun tiada kaitan, tapi tak usahlah mahu bicara sembarangan. Dari awal-awal lagi gua sudah tahu, semua tu memang haru biru. Red tide...eh langit biru..eh entahlah biru apa. Lebam biru, makanya, janganlah mencari orang untuk provok diri kau bro.

Nasiblah ramai yang baik hati, ramai yang masih ada jati diri yang sebenarnya, tidak melakukan sesuatu yang drastik. Apapun, gua salute si girl yang berani. Jangan dikata yang muslimin itu tidak berani, tapi mereka sudah muak dengan semua game ini. Sebab every game is the same.

People, WE know your games.

We Know Your Games

1 comment: