Comrades

Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Sunday, 26 May 2013

Holiday

HOLIDAYS!!

I've done this...

Exam is over!!
Oh, late update.

I've done this....

Kakak ba kahwin.


Sis.
Upcoming, will be my aunt wedding.. no pics.

Then, I'll be concentrating to be like this...

SPARTA!!

Friday, 8 February 2013

Cuti CNY

Hari terakhir kuliah sebelum cuti seminggu bermula.

Aku rasa sedih sikit, sebab petangnya tiada geng bermain badminton.

Tidak apalah. Aku pun mahu rehat hari ini.

Otot-otot kaki ni kepenatan bermain tanpa henti. Lebih baik aku rehat.

Pemakanan kena jaga.

Cerita kesihatan lagi, minggu ini minggu keenam dalam proses menjadi sihat.

Sejujurnya minggu ini langsung tak rasa sihat, sebab kurang makan sayur.

Lebih-lebih lagi elaun telah ada, jadi cabaran sebenar untuk menghadapi cuti ini sangat tinggi.

Aku hanya mampu memohon pertolongan daripadaNya untuk menguatkan hati agar sentiasa maintain fit.

Mencari geng badminton pun tiada, sebab rata-rata mereka pergi sambut CNY.

Jogging, salah satu pilihan, di samping mahu pergi buat weight training.

Heh.

Cerita cuti kali ini, aku mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina bagi masyarakat Cina.

Kalau aku di sekolah dulu, mesti ada tarian singa. Berebut-rebut menengok, lepas tu buat praktikal. Heh.

Dan paling ditunggu, limau. Abah aku ada beli, memang makan limau saja kerjaku.

Ketika cuti juga, si bro Daus balik. Pinjam kereta, aku mahu berjalan-jalan.

Tapi aku akui, disebalik cuti ini, banyak kerja yang diberi. Jadi aku mahu buat satu-satu, memandangkan aku sentiasa berada di rumah saja.

Kepada yang berjalan, bercuti dan balik kampung, semoga korang sentiasa selamat. Hati-hati dalam perjalanan balik.

Aku bukan tak suka cuti, tapi lebih baik memanfaatkan cuti dengan program berfaedah.

Menjadi sihat juga salah satunya, di samping menambah ilmu pengetahuan.

Haa. Elaun dah ada, jangan mimpi mahu spend banyak-banyak.

Gua syak orang ada gadget baru, tapi biarlah. Aku bukan butthurt, cuma mahu nasihat. Hehe.

Yang penting, dapat tengok bola. Heh.

Baiklah, ini saja aku mahu cerita. Sorry tiada gambar. Sebab uploader ni buat hal lagi.

Jangan lupa solat Jumaat wahai saudara-saudaraku.

Wednesday, 12 December 2012

Too many in 1

Ketika sibuk-sibuk mendownload latest game, gua sebenarnya agak gelisah juga memikirkan result exam, sebab rakan-rakan di IPG lain telah pun keluar result. Apabila terfikir seorang sahabat yang sedih ketika lepas menjawab exam tu, lagilah gua rasa resah di samping simpati terhadap dia.

Namun, hanya Allah saja tempat kita bertawakal. Dialah yang membantu semua urusan hambaNya di dunia ini. Paling penting, teruskan berdoa lagi dan lagi.

Time-time cuti ini, minat gua terhadap muzik tetiba meningkat, sehingga gua mencari semula lagu-lagu lama pernah gua buat pada 4 tahun lalu, entah berapa buah semuanya. Mungkin hampir 20.

Software gua guna? Heh. Gua tidaklah sepro seperti orang-orang yang belajar muzik, sehingga mereka mengguna FL Studio 10, gua guna Guitar Pro 5 je dengan RSE. Ada juga gua download GP6 tapi seriously, otak gua tak berfungsi langsung. Heh.

Mendengar semula lagu-lagu tu, bikin gua ketawa sorang-sorang. Ada terlalu jiwang, ada belum siap, ada terlalu panjang, ada terlalu sentimental.

Gua buat keputusan untuk mengubah lagu-lagu yang gua rasa seronok, laju dan mantap saja.

Masalah gua hanya satu, lirik. Lagu-lagu tersebut pernah ada lirik, tapi berkarat dalam otak sebab jarang layan ni benda.

Dulu pernah juga gua minta seorang junior comel (ketika Highschool) untuk mengarang sebuah lirik, tapi biasalah budak-budak. Tak perlu gua sebut.

Namun memang di hati ada niat mahu orang dengar lagu tu, bukan sebab mencari populariti, tapi menghayati. Sebab adakalanya lagu yang disampaikan tu mempunyai mesej penting.

Cumanya, lagu-lagu gua tu versi pop-rock/punk-rock/fast-rock. Jadi gua simpan ja.

Tapi itulah hobi gua sekarang. Mengedit-edit sambil dengar. Andai ada orang mahu dengar, gua kasi dengar ja.

Itu satu.

Cuti gua juga bukanlah kosong tanpa aktiviti luar semata-mata.

Banyak ilmu gua belajar secara langsung dan tidak langsung, sekaligus membuka minda gua yang memang sempit macam parit ni.

Membaja sawit, heh. Penat tu penat, tapi mau tolong abah yang dah separuh abad tu, harus cekal. Dia punya tenaga lagi banyak dari gua, semput sangat gua ni. Heh. Tapi seriously, banyak gua belajar pasal pertanian bisnes ni. Siapa tahu gua bikin bisnes, berhenti dari kerja guru kot. Heh. Taklah.

Gua suka guru ni sebabnya gua rasa anak-anak muda sekarang perlu dididik dengan baik. Kalau bolehlah, gua tak mau ada anak-anak murid gua tu jadi artis kecil.

Macam dalam TV, heh. Realiti TV untuk orang besar tak laku, disasar bebudak. Ibu bapa pula terima ja.

No wonderlah bidang artis ni macam-macam.

Kalau boleh gua mau anak-anak murid gua jadi ahli sukan yang beriman, andai mereka target mau jadi atlet.

Barulah okay, main sukan tak tipu, akhlak bagus. Ini tidak, entahlah.

Memang payah kerjaya guru, gua bukanlah orang yang tepat untuk bicara tentang ni, mungkin ada senior yang lebih arif. Tapi melalui pandangan gua yang kurang matang ni, setiap kerjaya ada kelebihan dan kekurangan. Tapi gurulah kerjaya yang paling penting di dunia ini.

Why? Rasulullah S.A.W menjadi guru kepada satu dunia ini walaupun ada yang ingkar kepada dia. Dia ajar benda-benda baik melalui banyak cara yakni percakapan dan akhlak. Ini dua perkara penting sebagai seorang guru, jadi tak semestinya kerjaya lain tak baik.

Asal niat kerana Allah dan kerja itu memang dihalalkan oleh syara', baguslah.

Previous entri gua ada kata gua kecewa dengan kebanyakan orang.

Ya. Semakin gua terjumpa muka-muka lama di Keningau ni, semakin gua hairan dengan perubahan mereka.

Malah di FB pun, ada yang berubah kerana terkejut dengan budaya.

Pesan gua pada mereka terutamanya lepasan SPM. Time cuti inilah peluang korang belajar agama dengan baik-baik dan mencari hidayahnya.

Gua faham, time sekolah dulu kita fokus pada pelajaran yang diajar, dan jarang sekali belajar agama (bagi yang bukan sekolah agama).

Gua dulu jahil, tapi alhamdulillah Allah beri hidayah melalui abah gua yang garang paksa gua ke masjid. Heh. Boleh-boleh berhujah mengatakan solat berjemaah di rumah sama seperti solat berjemaah di masjid, tidakkah hujah tu boleh dipatahkan. Heh.

Jadi gua pesan, memasuki alam 18 tahun ini, bagi yang baru mau masuk, jagalah diri. Dan kalau boleh, kekalkan Islam bagi yang Islam, dalam diri kamu. Jangan time di sekolah budak baik, tudung tak tinggal, solat ditunaikan, selalu pakai seluar panjang, rambut kemas-kemas, tapi time dah habis SPM, masya Allah, gua terkejut beruk.

Dan kalau boleh, kalau mahu bercinta tu berpada-pada, andai cinta itu putus di tengah jalan, korang sakit teruk padan muka. Gua bukan apa, mengarut sungguh cinta budak-budak sehingga mengatakan sehidup semati. Hoi. Kalau besok kekasih korang mati, apakah sanggup korang mati?

Okay cukup. Pasal bola sepak. Ingat, entri ini boleh jadi panjang. Gua gembira MU menang, tapi gua agak tidak puas hati sesetengah die hard fan MC yang gila melukakan salah seorang pemain.

Dan lagi, ada haters tidak puas hati MU menang, sampai merendah-rendahkan pasukan tersebut.

Satu sajalah ya gua punya kesimpulan, korang jeles. Full stop.

Tak pernah gua nampak fan MU memburuk-burukkan pasukan lain, paling-paling pun boo saja. Heh.

Gua pernah terlibat dalam hal ini, jadi gua diam sajalah. Yalah, sekadar bola sepak. Makin didebat, makin teruk.

Heh. Biarlah. Ohya, kepada rakyat Malaysia yang main laser tu. Jangan biadap, kalau kena balas balik, takziah kepada anda. Suppor-support juga, tapi berpada-pada. Gua hairan apa guna cat muka tu.

Tadi gua baca di langitilahi.com tentang provokasi orang murtad. Gejala ini bahaya bagi orang Islam. Orang murtad ini kebanyakan gua jumpa, dorang suka provok dan hasut orang. Dan gua perasan apabila dibalas, mesti ada makian. Jadi muncullah ulasan "nama ja Islam tapi memaki".

Senang saja mau deal mereka ini, tapi yang susahnya tu mahu jadi sabar. Jika dorang provok Islam itu benar atau tidak, jawab saja ya. Kalau dorang balas balik dengan provokasi, jawab sekiranya ilmu tinggi, diam jika tidak mampu dan biarkan.

Orang yang memprovokasi orang lain tu sebenarnya ketagihan perhatian, mencari publisiti, temberang. Yang perlu dihadapi ialah mereka yang diam-diam tu. Hujah dengan baik, akhlak yang bagus-bagus.

Barulah orang suka. Macam mana seorang wanita buta yang sering memburuk-burukkan nabi boleh masuk Islam? Sebab akhlak Rasulullah S.A.W tu sangat baik.

Lihatlah macam mana dia berhadapan dengan orang-orang lemah (yakni orang kafir yang sekadar benci), dia tunjukkan akhlak baik. Kaji macam mana dia tegur sahabatnya yang pakai cincin emas.

Begitulah kalau mahu berdakwah kepada orang bukan Islam. Bukan provok!

Heh.

Lagi satu, pasal tarikh 12/12/2012 dan 21/12/2012.

Firstly, tiada special untuk tarikh hari ini. Apapun, gua simpati dengan kematian kucing Miss A. Jangan nangis, tak comel. Haiwan mati tak masuk neraka.

Kedua, memang tarikh ini sekali muncul sekali dan berakhir selama-lamanya. Let me tell you something, tiap hari yang datang itu muncul sekali dan berakhir selama-lamanya, hatta minit yang datang pun begitu. apatah lagi saat.

Allah ja tau bila hari special untuk kita yakni ada satu saja jika betul, kematian kita. Hari itu special atau pun doom bagi kita saja, samada kubur terang atau gelap.

Faham? Heh.

Tarikh yang satu lagi, ianya jatuh pada hari Jumaat. Gua nasihatkan, mana-mana Jumaat pun boleh terjadi kiamat dengan izinNya, tapi jangan iktikad tarikh tersebut.

Pedulikan kajian orang lain, sedangkan nabi sendiri tak tahu bila kiamat, kita yang penuh dosa lagi temberang ni memandai. Heh.

Okaylah, cukuplah. Terlalu banyak benda gua kupas.

Apapun, ini sekadar ulasan gua yang tidak matang, gua minta maaf banyak-banyak jika ada yang tak puas hati.

Gua masih belajar, gua perlu berubah, rasanya dari segi peribadi tu gua kena berubah. Gua tahu diri gua ini tak mampu memuaskan hati orang lain, tapi at least biarlah gua ini tidak jadi satu alat untuk dibenci orang lain kerana kesalahan gua.

Minta maaf banyak-banyak kepada yang berkenaan. I'm immature, stubborn, selfish, hot-tempered, yet I am trying to improve myself to be a better person, for you, to lead you to Jannah. Insya Allah.

Tuesday, 11 December 2012

Game III

Disember dah datang.

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas hari ini.

Seperti yang korang lihat pada title, gua akan cerita game lagi. Tapi kali ini game review, bukan preview. Heh.

Gua telah download sebanyak tiga game setakat ni, dan install sebanyak 4 game (satu game tu main beli).

Jadi gua mau komen-komen sikit, walaupun belum habis main semua tu.

1. Need For Speed : Most Wanted

NFS:MW
Criterion game. Seperti ku katakan, adaptasi daripada NFSMW. Pandangan gua pada game ini untuk laptop gua, agak berat sedikit tapi tidak teruk. Boleh main masih. Cuma mungkin grafik kena low sikit, masalah laptop gua ada dua saja, RAM dan kapasiti Hardisk. Insya Allah tukar dan upgrade nanti.

Gaya permainan juga sama tapi untuk ini, tiada Speedbreaker. Walaubagaimanapun, permainannya mudah cuma mau drive tu sandih. Gua akui ini game bikin panas. Heh.

2. Medal Of Honor - Warfighter

Warfighter

Paling best pernah gua main sebab tak pernah main COD. Heh. Setelah beberapa kali download, rupanya masalah tu boleh selesai tanpa download yang baru. Cis. Tapi, seperti NFS:MW, memang berat sedikit sebab ianya perang-perang. Tapi gua suka main ni benda, dan yang paling best, main sniper. Heh.

3. Hitman - Absolution

Absolution

 Ini antara first-time game. Berbentuk stealth, dan lebih kurang Splinter Cell - Conviction dari segi execution menggunakan pistol dan marking. Tapi marking dia perlukan exposure yang tinggi. Heh.

Gua baru main 2 misi, tapi ingat. Game ini memerlukan kesabaran tinggi terutamanya apabila korang mau continue game. Oh ya, selain itu, korang mesti download dan INSTALL STEAM. Tak payah log in pun tidak apa. Sebab ada masalah sikit dengan game ni.

4. Assassin Creed III

Assassin Creed


Game Assassin Creed kedua pernah gua main (sebelum ni Revelation). Game-game sebelumnya gua tak pernah main. Heh. Tapi gua bagi rate 4.5/5 sebab sangat best jalan ceritanya.

Gua belum habis main, tapi gua kini telah sampai Sequence 2. Seriously, first time gua main game dengan wataknya speaking British accent. Seolah-olah tengok Harry Potter. Heh. Tapi seriously, cara berlawan juga berbeza seperti terdahulu, cumanya gua belum tengok lagi penggunaan Tomahawk. Heh.

Jadi itu antara game review yang belum 100%. Rasanya, cukup sudah bagi pembayang sama korang. Misi gua kali ini mendowload Call Of Duty : Black Ops 2 dan Far Cry 3. Jika dah siap, mau hantar assignment ni pada otai gua yang mana cemburu dengan gua punya kejayaan download game-game ini. Kahkahkah.

Apapun, selamat bercuti. Jaga diri, kesihatan dan iman anda. Seriously, gua rasa kecewa dengan kebanyakan orang.

Thursday, 15 November 2012

Game II

Selepas bercuti sakan di banyak tempat walaupun sepintas lalu.

From Keningau > Tambunan > Ranau > Kundasang > KB > KM > Kudat > KM > KB > K.K > Beaufort > K.K > Keningau.

Jumlah perjalanan? Sekurang-kurangnya 1000km, apa tidaknya, kudat tu bukan dekat!

Tapi sepanjang perjalanan ke Hotspring, mata tu laju melihat driver-driver. Ops. Nasiblah bukan gua yang drive.

Ceritera cuti tu nanti, gua mahu ceritera game.

Antara game telah gua habis main. Jeng jeng jeng!!!

1. Sleeping Dogs

Rate - 3.5/5

Game ini lebih kurang GTA, dan cara berlawan seperti Batman Arkham (entah apa dah tajuknya). Game ini khas untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan kuat semangat sahaja. Why?

1. Harsh words. Perkataan-perkataan dilarang sudah tentu ada dalam game ini.
2. Babak 'SX' yang kurang keterlaluan tapi berbahaya. Serius.
3. Gengsterisme. Seriusly bebudak sekarang senang terpengaruh.
4. 18 SG!!!!!

18 SG? Pembunuhan antagonis terakhir yang sadis. Oh daging!!!!!!!






2. Dishonored

Rate - 4/5

Game ini berbentuk stealth game yakni seperti Metal Gear Solid. Tapi sebenarnya game ini creepy kerana...

1. Setting time and place untuk game ini sangatlah misteri.
2. Game ini misteri dan agak scary jika main dalam keadaan gelap-gelap. Kononlah.
3. Game ini misteri kerana watak utama ada power (magical) dan lebih mantap daripada MGS.
4. Ending kepada game ini bergantung kepada tahap kekacau bilauan sepanjang korang main game ini.

Serius korang boleh kata zaman dulu-dulu. Sebab gua pun kata begitu. Tapi teknologinya berbeza, manakan sama seperti zaman sekarang. Heh. Mainlah sendiri game ini.



Game ketiga? Tak ada!! MOHWF incomplete files, beli di kedai pun file tidak complete. Aigoo. GRFS pula tak dapat main. Entah apa kes. Aish.

Jadi, game yang bakal-bakal gua main selepas ini?

1. Need For Speed : Most Wanted



Terkejut? Jangan hairan. Ini adalah keluaran terbaru EA. Diadaptasi daripada Need For Speed Most Wanted (sila perhatikan betul-betul tajuknya). Menjadi raja memandu di jalanan. Nasiblah game ini tidak mempengaruhi gaya gua memandu. Ceh.

2. Call of Duty - Black Ops II



Seriously gua tak pernah main mana-mana game COD. Jadi tak ada preview. Tapi member gua kata mantap.

3. Medal Of Honor : Warfighter



Damn dah dua kali kena tipu! Tapi gua akan main juga game ini. Antara game yang gua rasa best sejak main MOH 2010. Gua jumpa original pun, mau dekat rm200!!!

4. Assassin Creed III



Anticipate about this since I played Revelations. Penggunaan Tomahawk. Heh.

5. Borderlands II

Gua punya brother yang beli ni. Manalah gua tau game ini, tapi macam siok.

6. God of Wars II

Ini pun gua punya brother yang beli. Apa tidaknya, sekarang bertandinglah kami dua ni. Tapi gua tak tahu game ini pasal apa.

7. Football Manager 13

Heh. Lu pikir gua tak pandai menjadi manager? Hehehe.

8. Entah apa lagi. Yang pasti, game-game seperti Hitman:Absolution, TC - Splinter Cell Blacklist, Crysis 3 akan keluar next year. Maaflah member, gua tak dapat download Hitman.

Hampir 7 game untuk cuti ini. Weehh. Nampaknya kemahiran DotA akan berkurang 3 %. Heh.

Tapi, banyak knowledge kalau main game. Kita tahu sejarah-sejarah, terms-terms, macam mana operasi, macam mana sesuatu bidang itu bekerja seperti tentera. Rata-rata kita tahu tentera hanya berperang. Tapi kita tak tahu macam mana operasi mereka. Penggunaan bahasa mereka dan banyak lagi.

Tapi gua tak sarankan main game berlebih-lebihan. Mainlah sekadar yang perlu. Kita masih ada tanggungjawab untuk dijalankan, sebagai muslim, sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai suami, sebagai bapa. Why semuanya lebih kepada male? Mestilah. Lelaki biasanya dikaitkan dengan game.

Andai ada perempuan main game dan gila game, heh. Untunglah lelaki yang gamer juga. Kehkehkeh.

Apapun, jangan lalai. Ohya, boikot zionist. Jika anda main game, bayangkan musuh itu zionist semuanya. Bunuh!!!!