Ketika sibuk-sibuk mendownload latest game, gua sebenarnya agak gelisah juga memikirkan result exam, sebab rakan-rakan di IPG lain telah pun keluar result. Apabila terfikir seorang sahabat yang sedih ketika lepas menjawab exam tu, lagilah gua rasa resah di samping simpati terhadap dia.
Namun, hanya Allah saja tempat kita bertawakal. Dialah yang membantu semua urusan hambaNya di dunia ini. Paling penting, teruskan berdoa lagi dan lagi.
Time-time cuti ini, minat gua terhadap muzik tetiba meningkat, sehingga gua mencari semula lagu-lagu lama pernah gua buat pada 4 tahun lalu, entah berapa buah semuanya. Mungkin hampir 20.
Software gua guna? Heh. Gua tidaklah sepro seperti orang-orang yang belajar muzik, sehingga mereka mengguna FL Studio 10, gua guna Guitar Pro 5 je dengan RSE. Ada juga gua download GP6 tapi seriously, otak gua tak berfungsi langsung. Heh.
Mendengar semula lagu-lagu tu, bikin gua ketawa sorang-sorang. Ada terlalu jiwang, ada belum siap, ada terlalu panjang, ada terlalu sentimental.
Gua buat keputusan untuk mengubah lagu-lagu yang gua rasa seronok, laju dan mantap saja.
Masalah gua hanya satu, lirik. Lagu-lagu tersebut pernah ada lirik, tapi berkarat dalam otak sebab jarang layan ni benda.
Dulu pernah juga gua minta seorang junior comel (ketika Highschool) untuk mengarang sebuah lirik, tapi biasalah budak-budak. Tak perlu gua sebut.
Namun memang di hati ada niat mahu orang dengar lagu tu, bukan sebab mencari populariti, tapi menghayati. Sebab adakalanya lagu yang disampaikan tu mempunyai mesej penting.
Cumanya, lagu-lagu gua tu versi pop-rock/punk-rock/fast-rock. Jadi gua simpan ja.
Tapi itulah hobi gua sekarang. Mengedit-edit sambil dengar. Andai ada orang mahu dengar, gua kasi dengar ja.
Itu satu.
Cuti gua juga bukanlah kosong tanpa aktiviti luar semata-mata.
Banyak ilmu gua belajar secara langsung dan tidak langsung, sekaligus membuka minda gua yang memang sempit macam parit ni.
Membaja sawit, heh. Penat tu penat, tapi mau tolong abah yang dah separuh abad tu, harus cekal. Dia punya tenaga lagi banyak dari gua, semput sangat gua ni. Heh. Tapi seriously, banyak gua belajar pasal pertanian bisnes ni. Siapa tahu gua bikin bisnes, berhenti dari kerja guru kot. Heh. Taklah.
Gua suka guru ni sebabnya gua rasa anak-anak muda sekarang perlu dididik dengan baik. Kalau bolehlah, gua tak mau ada anak-anak murid gua tu jadi artis kecil.
Macam dalam TV, heh. Realiti TV untuk orang besar tak laku, disasar bebudak. Ibu bapa pula terima ja.
No wonderlah bidang artis ni macam-macam.
Kalau boleh gua mau anak-anak murid gua jadi ahli sukan yang beriman, andai mereka target mau jadi atlet.
Barulah okay, main sukan tak tipu, akhlak bagus. Ini tidak, entahlah.
Memang payah kerjaya guru, gua bukanlah orang yang tepat untuk bicara tentang ni, mungkin ada senior yang lebih arif. Tapi melalui pandangan gua yang kurang matang ni, setiap kerjaya ada kelebihan dan kekurangan. Tapi gurulah kerjaya yang paling penting di dunia ini.
Why? Rasulullah S.A.W menjadi guru kepada satu dunia ini walaupun ada yang ingkar kepada dia. Dia ajar benda-benda baik melalui banyak cara yakni percakapan dan akhlak. Ini dua perkara penting sebagai seorang guru, jadi tak semestinya kerjaya lain tak baik.
Asal niat kerana Allah dan kerja itu memang dihalalkan oleh syara', baguslah.
Previous entri gua ada kata gua kecewa dengan kebanyakan orang.
Ya. Semakin gua terjumpa muka-muka lama di Keningau ni, semakin gua hairan dengan perubahan mereka.
Malah di FB pun, ada yang berubah kerana terkejut dengan budaya.
Pesan gua pada mereka terutamanya lepasan SPM. Time cuti inilah peluang korang belajar agama dengan baik-baik dan mencari hidayahnya.
Gua faham, time sekolah dulu kita fokus pada pelajaran yang diajar, dan jarang sekali belajar agama (bagi yang bukan sekolah agama).
Gua dulu jahil, tapi alhamdulillah Allah beri hidayah melalui abah gua yang garang paksa gua ke masjid. Heh. Boleh-boleh berhujah mengatakan solat berjemaah di rumah sama seperti solat berjemaah di masjid, tidakkah hujah tu boleh dipatahkan. Heh.
Jadi gua pesan, memasuki alam 18 tahun ini, bagi yang baru mau masuk, jagalah diri. Dan kalau boleh, kekalkan Islam bagi yang Islam, dalam diri kamu. Jangan time di sekolah budak baik, tudung tak tinggal, solat ditunaikan, selalu pakai seluar panjang, rambut kemas-kemas, tapi time dah habis SPM, masya Allah, gua terkejut beruk.
Dan kalau boleh, kalau mahu bercinta tu berpada-pada, andai cinta itu putus di tengah jalan, korang sakit teruk padan muka. Gua bukan apa, mengarut sungguh cinta budak-budak sehingga mengatakan sehidup semati. Hoi. Kalau besok kekasih korang mati, apakah sanggup korang mati?
Okay cukup. Pasal bola sepak. Ingat, entri ini boleh jadi panjang. Gua gembira MU menang, tapi gua agak tidak puas hati sesetengah die hard fan MC yang gila melukakan salah seorang pemain.
Dan lagi, ada haters tidak puas hati MU menang, sampai merendah-rendahkan pasukan tersebut.
Satu sajalah ya gua punya kesimpulan, korang jeles. Full stop.
Tak pernah gua nampak fan MU memburuk-burukkan pasukan lain, paling-paling pun boo saja. Heh.
Gua pernah terlibat dalam hal ini, jadi gua diam sajalah. Yalah, sekadar bola sepak. Makin didebat, makin teruk.
Heh. Biarlah. Ohya, kepada rakyat Malaysia yang main laser tu. Jangan biadap, kalau kena balas balik, takziah kepada anda. Suppor-support juga, tapi berpada-pada. Gua hairan apa guna cat muka tu.
Tadi gua baca di langitilahi.com tentang provokasi orang murtad. Gejala ini bahaya bagi orang Islam. Orang murtad ini kebanyakan gua jumpa, dorang suka provok dan hasut orang. Dan gua perasan apabila dibalas, mesti ada makian. Jadi muncullah ulasan "nama ja Islam tapi memaki".
Senang saja mau deal mereka ini, tapi yang susahnya tu mahu jadi sabar. Jika dorang provok Islam itu benar atau tidak, jawab saja ya. Kalau dorang balas balik dengan provokasi, jawab sekiranya ilmu tinggi, diam jika tidak mampu dan biarkan.
Orang yang memprovokasi orang lain tu sebenarnya ketagihan perhatian, mencari publisiti, temberang. Yang perlu dihadapi ialah mereka yang diam-diam tu. Hujah dengan baik, akhlak yang bagus-bagus.
Barulah orang suka. Macam mana seorang wanita buta yang sering memburuk-burukkan nabi boleh masuk Islam? Sebab akhlak Rasulullah S.A.W tu sangat baik.
Lihatlah macam mana dia berhadapan dengan orang-orang lemah (yakni orang kafir yang sekadar benci), dia tunjukkan akhlak baik. Kaji macam mana dia tegur sahabatnya yang pakai cincin emas.
Begitulah kalau mahu berdakwah kepada orang bukan Islam. Bukan provok!
Heh.
Lagi satu, pasal tarikh 12/12/2012 dan 21/12/2012.
Firstly, tiada special untuk tarikh hari ini. Apapun, gua simpati dengan kematian kucing Miss A. Jangan nangis, tak comel. Haiwan mati tak masuk neraka.
Kedua, memang tarikh ini sekali muncul sekali dan berakhir selama-lamanya. Let me tell you something, tiap hari yang datang itu muncul sekali dan berakhir selama-lamanya, hatta minit yang datang pun begitu. apatah lagi saat.
Allah ja tau bila hari special untuk kita yakni ada satu saja jika betul, kematian kita. Hari itu special atau pun doom bagi kita saja, samada kubur terang atau gelap.
Faham? Heh.
Tarikh yang satu lagi, ianya jatuh pada hari Jumaat. Gua nasihatkan, mana-mana Jumaat pun boleh terjadi kiamat dengan izinNya, tapi jangan iktikad tarikh tersebut.
Pedulikan kajian orang lain, sedangkan nabi sendiri tak tahu bila kiamat, kita yang penuh dosa lagi temberang ni memandai. Heh.
Okaylah, cukuplah. Terlalu banyak benda gua kupas.
Apapun, ini sekadar ulasan gua yang tidak matang, gua minta maaf banyak-banyak jika ada yang tak puas hati.
Gua masih belajar, gua perlu berubah, rasanya dari segi peribadi tu gua kena berubah. Gua tahu diri gua ini tak mampu memuaskan hati orang lain, tapi at least biarlah gua ini tidak jadi satu alat untuk dibenci orang lain kerana kesalahan gua.
Minta maaf banyak-banyak kepada yang berkenaan. I'm immature, stubborn, selfish, hot-tempered, yet I am trying to improve myself to be a better person, for you, to lead you to Jannah. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment