Comrades

Friday, 14 December 2012

Hitman - Absolution

I am absolute.

Hitman - Absolution
Heh.

Setelah mendownload lebih daripada seminggu, gua dapat main Hitman : Absolution.

Kini, gua mahu review pasal grafik, gameplay dan jalan cerita. Sebab gua dah habis main.

Tentang grafik sebenarnya gua tak perlu banyak cerita, bergantung kepada kekuatan laptop atau PC korang. Tapi memang mantap.

Memang nampak real dan sangatlah berpuas hati.

Memang best. Seperti Splinter Cell - Conviction, HA masukkan execution, tapi gua akui memang sukar mahu buat benda tu.

Jadi, grafiknya memang mantap.

Mission time.
Gameplay? Heh. Gua katakan tadi, execution atau lebih dikenali point shooting dalam HA.

Cumanya, korang perlu bergantung kepada instinct dan ketepatan serta kepantasan kamu untuk mark target. Dan sememangnya, sangatlah mantap.

Jika dalam SC - Conviction, korang perlu take down seorang musuh untuk mendapatkan kebolehan execute.

Dalam sini, instinct lebih diperlukan, jadi berpada-padalah menggunakan instinct kamu.

Bezanya lagi, HA membolehkan pemain untuk menyamar jadi orang lain, berbeza dengan SC.

Selain itu juga, penggunaan Sniper turut ada. Sorrylah, gua bercerita sebagai a new player untuk game ini.

Heh. Penggunaan sniper, salah satu part gua suka, memang mantap. Namun kalau part macam ini, gua prefer memilih MOH. Lebih realistik.

Gameplay lain? Heh. Memandangkan game ini berbentuk stealth, jadi memang kena ada akal dan vision yang tinggi untuk melaksanakan misi-misi yang ada.

Sebenarnya korang perlu main game ini untuk merasai keseronokan bermain dengannya. Heh. A must-play game.

Jalan cerita? Daebak!

You won't guess for this.
Sila alami sendiri, gua tak mau cerita.

Tapi bagi gua sebagai new player untuk game ini, ini merupakan game paling susah pernah gua main, even for a normal mode.

Seriously, kalau terdetect, confirm menembak, sudah pula tu, mahu bersembunyi bukan senang. Lainlah macam SC - Conviction, asal tempat gelap boleh tapuk. Ini? Heh.

Memang bikin panas, terutama jumpa orang yang menembak mau mampus. Heh.

Tapi seriously, memang bestlah game ni. Tak rugi dan tak sia-sia gua download hampir 2 minggu, dan final solution ialah dengan install STEAM.

Gua rasa gua akan main menggunakan HARD MODE kali ini, semestinya tanpa sebarang gangguan.

This is when you use sniper.
Heh. Wahai bro Aga, sila jeles dengan gua.

Selepas ini, AC3, Far Cry 3, CODBO2, MOHWF dan NFS:MW.

Ini adalah game yang didownload pertama gua habiskan.

P/S - Tiada gambar, agak-agaknya belum ada yang mahu letak Screen Shot. Gua malas buat sedemikian. Heh.

1 comment:

  1. Salam kenal Faiz.. wah suka jumpa blogger Sabahan juga.. Kakak follow sni #138.. :)
    Best juga download game ni kan??...hehe

    ReplyDelete