Comrades

Showing posts with label GAME REVIEW. Show all posts
Showing posts with label GAME REVIEW. Show all posts

Monday, 28 January 2013

DmC Devil May Cry Review

Download selama sehari, habis main dalam masa dua hari.

Heh.

Rating, gua bagi 4.5/5.

Mantap. Grafik? Pun mantap. Gua kasi on ultra, dengan V-sync pun diaktifkan. Tapi tetap power di laptop gua.

Jadi kalau laptop yang sekadar pentium tentu boleh angkat dengan merendahkan tahap kualiti grafiknya (tapi tidak terjejas kualitinya).

Namun gua nasihatkan kepada bebudak, jangan main game ini tanpa pengawasan maut daripada orang dewasa.

18 keatas itu sangatlah gila. Well, mungkin sebab Western Style, tapi memang gaya hidup setan ni 18SX.

Dengan penambahan beberapa senjata dan pertukaran nama. Contohnya, kalau dulu guns dia shotgun (ada tu nama tapi lupa), E&I dan Pandora. Kini shotgun menjadi revenant, serta...sebuah lagi pistol. Gua lupa sebab jarang guna. Heh.

Senjata? Rebellion tetap. Cuma dia ada sabit, axe, aquila dan eryx. Eryx tu umpama Prototype 2. Gaya berlawan pun sama. Siok lagi gilgamesh. Heh.

Apapun, memang mantap. Angel and Demon mode, serta mudah membuat combo. Bayangkan dari Rebellion, sehingga ke axe (gua lupa nama), lepas tu eryx lagi, lepas tu sabit (lupa nama), lepas tu aquila dan diakhiri dengan guns dia. Heh. Sadistic bro!

Gua tak mau letak gambar. Why? Biar korang alami sendiri.

Tapi gua rasa oklah game kali ini walaupun unsur 18 tu terlalu over, berbanding DMC yang dulu, menjadi kontroversi sebab penggunaan banyak unsur-unsur agama, di mana gua rasa marah. Nasiblah DMC4 tu kurang walaupun gua ragu-ragu, cuma masih ada unsur menyentuh kesensitiviti agama. Kali ini tiada, tetapi sadis.

Jalan cerita pun boleh tahan, boss dia pun kuat-kuat tapi mungkin sebab gua main setakat Devil Hunter, bukan Nephilim. Entah-entah SoS lagi power, atau mode DMD.

Hehe. Kalau mau download dan main sendirilah. Sendiri rasa. Cuma bebudak jangan terlalu gila. Taulah, western style ni budus sikit.

Sekianlah. Rating terakhir, 4.

Friday, 14 December 2012

Hitman - Absolution

I am absolute.

Hitman - Absolution
Heh.

Setelah mendownload lebih daripada seminggu, gua dapat main Hitman : Absolution.

Kini, gua mahu review pasal grafik, gameplay dan jalan cerita. Sebab gua dah habis main.

Tentang grafik sebenarnya gua tak perlu banyak cerita, bergantung kepada kekuatan laptop atau PC korang. Tapi memang mantap.

Memang nampak real dan sangatlah berpuas hati.

Memang best. Seperti Splinter Cell - Conviction, HA masukkan execution, tapi gua akui memang sukar mahu buat benda tu.

Jadi, grafiknya memang mantap.

Mission time.
Gameplay? Heh. Gua katakan tadi, execution atau lebih dikenali point shooting dalam HA.

Cumanya, korang perlu bergantung kepada instinct dan ketepatan serta kepantasan kamu untuk mark target. Dan sememangnya, sangatlah mantap.

Jika dalam SC - Conviction, korang perlu take down seorang musuh untuk mendapatkan kebolehan execute.

Dalam sini, instinct lebih diperlukan, jadi berpada-padalah menggunakan instinct kamu.

Bezanya lagi, HA membolehkan pemain untuk menyamar jadi orang lain, berbeza dengan SC.

Selain itu juga, penggunaan Sniper turut ada. Sorrylah, gua bercerita sebagai a new player untuk game ini.

Heh. Penggunaan sniper, salah satu part gua suka, memang mantap. Namun kalau part macam ini, gua prefer memilih MOH. Lebih realistik.

Gameplay lain? Heh. Memandangkan game ini berbentuk stealth, jadi memang kena ada akal dan vision yang tinggi untuk melaksanakan misi-misi yang ada.

Sebenarnya korang perlu main game ini untuk merasai keseronokan bermain dengannya. Heh. A must-play game.

Jalan cerita? Daebak!

You won't guess for this.
Sila alami sendiri, gua tak mau cerita.

Tapi bagi gua sebagai new player untuk game ini, ini merupakan game paling susah pernah gua main, even for a normal mode.

Seriously, kalau terdetect, confirm menembak, sudah pula tu, mahu bersembunyi bukan senang. Lainlah macam SC - Conviction, asal tempat gelap boleh tapuk. Ini? Heh.

Memang bikin panas, terutama jumpa orang yang menembak mau mampus. Heh.

Tapi seriously, memang bestlah game ni. Tak rugi dan tak sia-sia gua download hampir 2 minggu, dan final solution ialah dengan install STEAM.

Gua rasa gua akan main menggunakan HARD MODE kali ini, semestinya tanpa sebarang gangguan.

This is when you use sniper.
Heh. Wahai bro Aga, sila jeles dengan gua.

Selepas ini, AC3, Far Cry 3, CODBO2, MOHWF dan NFS:MW.

Ini adalah game yang didownload pertama gua habiskan.

P/S - Tiada gambar, agak-agaknya belum ada yang mahu letak Screen Shot. Gua malas buat sedemikian. Heh.