21/12/2012. Gua rasa kaum Mayan pasti malu teruk.
Alhamdulillah masih hidup. Gua mahu bicara tentang hiburan.
Gua rasa hiburan di Malaysia ni semakin lama semakin bikin sakit hati.
Kalau dulu ramai-ramai berebut mahu masuk AF, Mentor, entah apa-apa lagi.
Sekarang ada lagi satu rancangan yang khas untuk kanak-kanak, yakni Super Bintang.
Di mana? Cari di astro.
Seriously, buat apala buat benda macam ni. Serious.
Gua rasa sangatlah membuang masa, sangatlah tidak relevan.
Gua hairan.
Why? Kanak-kanak akan pasti fokus untuk menjadi bintang, bukan menjadi ilmuwan.
Yang bikin sedih ada ibu bapa berbangga anak-anaknya ada bakat yang hebat dalam tari menari ataupun menyanyi.
Heh. Gua boleh main gitar dan drum, boleh nyanyi, boleh break dance pun parents tak bangga. Kena marah adalah!
Bilang generasi baru akan mewarisi, tapi generasi yang lahir semuanya berlandaskan hiburan semata-mata.
Mencari populariti, publisiti, tak habis-habis sampai mati.
Bukan itu saja, untuk orang tua-tua pun dah ada.
Sedarlah diri tu sikit.
Para juri memuji persembahan kanak-kanak, bagus. Bagus. Bagus. Bagus.
Tapi kalau ada sultan Al-Fateh, sudah tentu dibantainya semua tu.
Kalau ada sahabat-sahabat nabi malah nabi sendiri pun, gua rasa pasti terdiam dorang ni.
Terdesak sangatkah mahu kembangkan bakat budak-budak? Bukankah lebih bagus ajar budak untuk mencintai ilmu.
Barulah dapat melahirkan generasi yang berilmu, lalu membangunkan negara. Lebih-lebih lagi kalau ilmuwan agama.
Terlalu ikut sangat dengan budaya orang Barat dan orang Timur yang maju.
Budak-budak ini kain putih, jadi ibu bapalah yang mewarnakan mereka.
Kebanyakan sekarang ramai mencari populariti, tapi mengabaikan ilmu di sekolah.
Tapi bagi artis yang dulu memang mantap akademik lain ceritalah.
Apa tidak peratus keputusan exam-exam besar menurun, gara-gara terjebak dengan hiburan yang semacam-macam.
Itu budak-budak.
Ada lagi Fear Factor versi Malaysia.
Okaylah fine. Mahu uji keberanian? Gali kubur, buat keranda, pura-pura jadi mayat. Tanam dalam kubur, duduk 30 minit. Memang dah panik.
Tak payah nak uji dengan binatang-binatang berbisa lagi menggelikan, akan teruji juga dikubur nanti.
Time tu korang tak boleh nak patah balik.
Seriously. Memang rancangan hiburan kini semakin hari semakin mengarut.
Entahlah kenapa. Gua tak rasa menarik pun tengok tu. Satu-satunya rancangan yang gua suka ialah bola sepak. Time itu ja yang gua akan duduk depan TV lama-lama. Itu pun bergantung kepada gaya permainan.
Kalau bosan, gua tak tengok.
Baik lagi bukan TV Al Hijrah, banyak rancangan bermanfaat di sana. Kalau tak pun, Discovery channel ka, History channel ka, lagi bagus.
At least bermanfaat juga, menambah ilmu, meluaskan pemandangan.
Apapun, haraplah keadaan ini akan berubah dalam masa yang akan datang.
Memang gua terkejut melihat rancangan TV yang gua rasa mengarut, setelah lama tak tengok TV.
Heh.
Bah. Jangan lupa solat Jumaat. Datang awal. Bukan tidur ketika khatib baca atau berkhutbah.
Gua syak ramai mentertawakan tentang kiamat 21/12/2012.
That's not funny. Why?
Sebab kiamat sentiasa berlaku kepada setiap orang. Setiap orang akan mengalami kiamat kecil yakni mati.
Funny right? But it's fact. You can never deny it.
Reflect yourself.
No comments:
Post a Comment