21/12/2012.
Takut sangat orang-orang yang bodoh dengan tarikh tu, padahal dorang tak sedar dalam masa terdekat ni pun kita semua boleh mati.
Dikatakan kiamat berlaku pada tarikh tersebut. Gua tak percaya, yang gua percaya kiamat pasti berlaku pada hari Jumaat.
Cukup-cukuplah sudah cerita tu tarikh. Kalau takut, haaa. Bertaubat.
Senang.
Gua lebih banyak berfikir di sini berbanding di rumah.
Gua asyik terfikir kesalahan gua yang lalu, gua sangatlah menyesal.
Ada hikmah disebalik semua tu.
Walaupun banyak perkara datang menyerang, gua malas mahu layan. Gua buat macam biasa.
Heh. Biar Allah saja tahu. Manusia memang. Dorang bukan memahami, tapi menjadikan lebih rumit.
Biasalah, jarang ada manusia yang dapat memahami manusia lain, tipikal. Gua pun termasuk dalam situ.
Tapi biarlah, Allah saja tempat bergantung. Sakit, luka, perit, pahit, masam, tawar, masin, pedas semua telan saja. Allah ada.
Bagi yang ditimpa masalah, jangan sedih. Berdoa dan berusaha agar dapat mencari ketenangan.
Bukan susah pun, cuma perlu rajin sahaja. Tak perlu pandai, tak perlu duit.
Ada orang kata, berpisah itu selama-lamanya.
Kalau mati ya.
Tapi sebenarnya berpisah itu agar sama-sama berhijrah.
Mungkin berjumpa pasti baik keadaannya.
Heh. Gua tak tahu apa cerita ni.
Tapi gua akan cuba untuk menjadi lebih kuat.
Bukan setakat pada fizikal, yakni dalaman ini.
Tiada manusia yang tidak rasa sakit dengan ujian, apatah lagi ujian hati.
Ujian hati adalah dugaan berat bagi setiap diri manusia. Malah nabi S.A.W pun pernah rasa sedih.
Jadi itu normal, cuma jangan putus asa dan harapan daripadaNya.
Allah pasti tolong, bukan cepat, tapi pada masa yang tepat.
Insya Allah. Berdoalah agar kita mempunyai hati yang tabah untuk hadapi segala ujian.
Goodbye is not a bad thing. Farewell is forever.
One day it will be a funny memory, and we'll laugh about it.
Who knows what happen in the future? Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment