Comrades

Showing posts with label Alkisah SITUASI. Show all posts
Showing posts with label Alkisah SITUASI. Show all posts

Sunday, 13 November 2011

3rd Paper, SPM, Semoga Berjaya.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dan kini telah sampai hari ahad. Ow ow ow. Sastera Inggeris menunggu di hadapan aku. Heh.

SPM, aku dapat berita, besok junior-junior ku akan menghadapi exam terbesar dalam sejarah sekolah menengah yakni SPM. Hohho.

Apa yang aku ingin katakan, semoga maju jaya. Letakkan harapan dan pergantungan anda hanya pada Allah sebab daripada Dia kita ada, kepadaNya juga kita pasti kembali. Itu yang pasti!

Tips-tips SPM? Sorry la, aku pun tak tau macam mana. Apapun, sekarang, buatlah latih tubi terakhir, baca nota terakhir, stay calm, cool, relax, chill out, jangan takut. Ingat Allah, Dia ingat anda. Percayalah, insya Allah.

SPM ni senang saja. Yakin boleh, guru-guru di sekolah banyak bagi tips kan? Ikut tips itu dan yang paling penting time management. Jangan terlalu lama fokus kepada satu-satu soalan. Bahagikan masa.

Kepada muslim, ada tips bagus untuk anda. Puasa sunat, paling afdhal. Sebab ia bantu anda untuk fokus pada exam, dan kelaparan pasti tidak terasa. Cubalah, insya Allah berjaya.

Banyak berdoa, solat hajat. Banyak tu. Aku doakan korang semua berjaya dalam SPM, khasnya untuk Fatinah. Kalau kau mau ikut jejak abang, usahakan semasa, dan lebihkan usaha tersebut selepas SPM yakni dengan banyak beribadah. Hehe. I'll wait you here. Pergh jiwang! <-- Don't misunderstand.

Aku agak hairan SPM digembar-gemburkan, tapi takpalah. Lebih baik daripada sesuatu yang langsung tak berfaedah!

Filem seram SPM menjengah pawagam di mana hanya pelajar tingkatan lima saja boleh mengambilnya. Keh keh keh. Pelan-pelan kamu okay.

Well, aku rasa tak ada apa-apa lagi nak kongsi. Paling-paling pun, selamat belajar semua. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua, di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Minggu terakhir, sedang istikharah. Mahu ikut atau tidak, program terakhir sebelum cuti. Insya Allah!

AvA - No DotA until paper end!

Saturday, 12 November 2011

Sanah helwah!

Assalamualaikum,

Sanah helwah adik bongsuku tersayang. Dua tahun dah anda. Makin petah, makin lincah, makin parah dibuatnya kalau tak terjaga. Keh keh keh.

Dah dua tahun, adei. Kalau dulu kecil saja, sekarang adei. Ada saja yang bikin buat aku layan dia senantiasa. Apapun, harap anda menjadi orang besar berguna. Heh heh heh.

Adikku paling kecil dah berumur dua tahun. Si Amie namanya, naa. Siapa kenal dia, taulah tu.

Okay, hari ini, maksud ku, hari jumaat. Tiada paper, tiada exam, tiada kelas. Jadi lepas subuh terus belasah tidur balik, gara-gara terlalu penat. Pergh, apalah persepsi bakal isteri ini aa, lakinya suka tidur balik, hehe. Padahal bukan selalu buat.

Hujan, rahmat Allah. Sejak maghrib tadi tidak berhenti. Sampaikan aku ragu-ragu mau drive balik pergi IP. Stop sekejap membeli belah di kedai, baru continue semula. Alhamdulillah, hujan time tu tidak lagi laju macam kelajuan Lamborghini. Hehe. Tapi driver yang menghampiri kelajuan BMW, syukur tidak apa-apa!

Jadi, tiada apa-apa berita, paling-paling pun, pasal, err, entahlah. Apapun, exam seterusnya, subjek killer paling bahaya dan boleh memecahkan otak JIKA TIDAK BELAJAR. Sastera inggeris, baru-baru ini dapat markah trial punyalah teruk, tapi ada peningkatan sedikit la. Alhamdulillah, ternyata Allah bagi mudah, dan usaha tidak sia-sia. Kesimpulannya, jika aku boleh, korang takkan tidak? Hehe.

Another news? No more. Next week, exam 2 hari dan terus dan habis. Dan tibalah cuti. Sejujurnya, aku tak suka cuti, sebab bosan di rumah seorang-seorang. Rakan-rakanku semua ada azam pergi capai matlamat. Aku? Bina badan, layan game, layan FB, tapi sejujurnya memang bosan. Dah tahu dah. Hehe. Apapun, matlamat time cuti, memang ada dan ingin dilaksanakan. Hehe.

Apapun, kepada rakan-rakanku, saudara-saudaraku sekalian, jom berjuang untuk exam. Jihad akademik!

Otak ku mengecil sedikit sebab tiada aktiviti mencabar minda. Pergh.

"Awak, jangan stress. Tak sioklah tengok awak stress. Jangan murung-murung, lepas next week dah cuti. Sabar. Sabar." - Siapa baca ini, dan terasa, andalah yang aku maksudkan. Kah kah kah.

Kesimpulannya, banyakkan membaca. Tapi utamakan pelajaran anda. English Studies, you'll be owned!

AvA - Pae gembira hari ini. Ada la dia terima khabar bagus tu.

Saturday, 5 November 2011

Cis! Don't give us damn with that stupid program!

Assalamualaikum,

Kesiokan mem'pawn orang di DotA. Ternampak ku satu page, pasal program seks kemerdekaan.

Ini satu program yang ingin homo, transsexual diakui di Malaysia.

Berlangsung dari 1st - 13th November, bertempat di...err...

Apapun kan, mereka ingin perkara yang agama haramkan, diakui di negara orang Islam.

Mereka peduli apa dengan ulama yang marah mereka.

Mereka seems don't care dengan orang sekeliling.

Tapi korang nak tahu, wahai penganjur program,

Kalau korang mati, kami juga akan urus mayat korang nanti.

Menyusahkan!

Kalau korang mati, kubur tu tidak aman, mengganggu jiran mayat yang lain.

Bikin panas!

Kalau korang mati, esh, entahlah.

Buat apa program itu? "Kamu tak faham hati kami!" Hello, siapa suruh terbuai sangat dengan hati kamu itu.

"Kami memang dilahirkan begini!" Kenapa tak berubah?!

"Suka hati kamilah! Kami tak ganggu siapa-siapa pun!" Kamu ganggu kubur orang lain time mati nanti, kamu menyusahkan orang yang memandikan kamu time mati nanti.

"SIBUK!" Oh damn! Suka hati aku lah nak sibuk juga supaya program ini tak dianjurkan. Kan?
Jangan suruh Allah turunkan bala, sebab kalau bala itu turun, bala tidak kira baik atau tidak, kena sapu semua.

Kami nak tolong korang jauh dari api neraka, jauh dari seksa kubur, tapi korang tak dengar. Jadi apa-apa program yang memang bertentangan dengan syariat Islam (aku rasa hiburan pun over. seksa!) memang dibantah.

Kalau kamu suka-suka nak buat program begitu, kami bukan suka-suka nak bantah, tapi bersebab dan rasional. Eh, korang fikir kita ini macam orang barat ke?

Kamu yang over melebihi barat. Sudah over, lebih lagi. Barat tu tau juga jaga diri, korang pula jatuhkan harga diri.

No wonderlah, kamu makin bodoh. Kan? Sorry to say la, teruk. Pandai buat, tak pandai tanggung.

Lelaki pupus bukan sebab perempuan ramai, tapi ramai jadi gay atau pondan. Perempuan bertambah sebab lesbian terlalu ramai. Dunia dunia.
Tunggu saja bala daripada Allah, maka kalau terlambat, tiada guna menyesal.

Heh. Sarkastik kutuk habis pula aku hari ini. Apa tidak, nak meminta bala datang, siapa la mau bala datang.

Orang berabis minta dijauhkan bala yang dahsyat, dia pula buat sesuatu yang bikin bala datang.

Fikir-fikirkanlah. Kalau tak fikir pun, renung-renungkan.

Apapun, mudah-mudahan kita terselamat dari bala Allah yang sangat dahsyat. Sesungguhnya azab Allah itu pedih,

AvA - Insaflah.

Tuesday, 1 November 2011

Racist. Racist. Racist. Racist. Racist.

Assalamualaikum,

Jom kita sama-sama bersyukur, sebab aku masih mampu menaip, dan korang masih boleh baca entri ini. Hehe. Alhamdulillah.

Be cool as cucumber. Pepatah inggeris, sejuk seperti timun. Padahal refrigerator lagi sejuk.

Bercakap pasal racist ini, erm, aku semalam 'membelek' FB, ternampak page. Page bersifat racist terhadap orang Sabah.

Lagi? Kalau dulu, orang dari Johor kutuk Sabah, terus, orang KL kutuk Sabah, sehingga aku fikir si pengutuk itu rakanku. Nama pun sama sungguh!

Lepas tu? Banyak lagi page kutuk mengutuk ini. Yang menghairankan, kenapa tiada page kutuk Yahudi? Ada. Memang ada, tapi tak banyak.

Ini kutuk bangsa. Admin page tersebut seorang perempuan, jika tak silaplah. Aku melihat komen-ngomennya, aduhai. Kesian. Ramai kata kurang kasih sayang, ada yang panas, ada yang memaki hamun, ada yang menyumpah. Mahu bagi screenshot, tapi tu page macam dah bubar. Heh, takut?

Apa gunalah kamu mengutuk Sabah ini? Aku orang Sabah, tapi tidak pernah kutuk korang pun. Korang search di FB, page kutuk semenanjung, ada? Kalau ada, itu dia cari pasal, sepertimana orang yang mencari pasal dengan kami.

Datanglah ke Sabah, tengok sendiri cara hidup masyarakat di sini, masya Allah, sendiri lihat. Kalau aku taip sini, nanti kena bilang tambirang pula. Kamu tau apa itu tambirang? Minta puji, kepala besar. Hehe.

Sabah punya orang jarang gaduh-gaduh, yang gaduh-gaduh tu semua PTI. Kamu tau apa itu PTI? Pendatang Tanpa Izin. Orang asinglah katakan. Faham? Hehe.

Okay, bahasa aku diatas janggal sikit, tapi sebenarnya nada orang sabah. Kalau tak paham, try speak the points in Sabah accent. Aww.

Tiada guna kita kutuk-kutuk orang. Allah tak suka kita mengutuk orang. Kepada pengutuk, tanggunglah dosa anda di akhirat kelak, tapi bersedialah, sebab bila-bila saja Allah boleh bagi pembalasan terhadap anda. Kepada yang kena kutuk, a.k.a rakyat Sabah, sabar saja. Be cool, sebab kalau kita marah, kita termakan provokasi. Itulah tujuan dorang, membawa kita berdebat. Tak payah, cool saja. Doa saja supaya dia insaf.

Sama seperti mereka yang menghina agama Islam, mengata buruk pasal Islam, zalimlah, ganaslah, jahatlah, segalanya dilempar. Apa harus kita buat? Bersabar, banyakkan bersabar. Yakinlah Allah itu Maha Kuasa, bukan Dia tidak tolong, tapi Dia ingin lihat hamba-Nya, beriman atau tidak. Memang patut marah, tapi lebih afdhal kita marah berjemaah, melalui solat fardhu berjemaah di masjid, terutama Subuh. Pernah terdengar, Yahudi ini takut satu saja, iaitu apabila umat Islam mula bersatu dalam masjid, bersolat jemaah, terutamanya waktu Subuh, kalau jemaah waktu Subuh menyamai bilangan jemaah solat Jumaat, mesti bergegar para pembenci Islam itu.

Itulah cara sebetulnya, memang patut marah, tapi adakah bakar bendera boleh selesaikan masalah? Adakah membuat demonstrasi boleh mengatasinya? Tidak. Solat berjemaah saja, yang mampu menghancurkan mereka semua.

Kita kena ingat, ketika nabi Muhammad S.A.W pada zaman dahulu, kena hina teruk oleh qaum kafir Quraisy, Yahudi tak ketinggalan, ketika permulaan awal Islam, sehingga ditawarkan oleh malaikat untuk menghempap sebuah bukit ke atas satu qaum* (lupa nama qaum itu), tapi nabi buat? Beliau tolak, malahan berbanyak doa supaya terbuka hati mereka. Kenapa? Sebab mereka tak tahu keindahan Islam. Andai kata nabi setuju, sudah tentu Islam dianggap ganas. Kan?

Kes lain, Umar Al-Khattab. Sahabat nabi yang tegas, garang, ditakuti oleh semua qaum kafir Quraisy ketika dia masuk Islam, sehingga nabi kata syaitan sendiri tidak akan melalui jalan yang dilalui oleh dia. Lihat pada awalnya, dia kuat menentang Islam, malah tidak suka dengar sesuatu berkaitan dengan Islam, tetapi setelah dibaca satu ayat Quran, hati beliau terus lembut, dan masuk dalam Islam.

Ketiga, kes Zarqhanus. Siapa kenal? Beliau merupakan ketua paderi bagi Kota Konstantinopel, penasihat Maharaja Konstantine. Beliau membenci kerajaan Turki Uthmaniyah, dan cuba untuk memperdayakan para ulama Turki berkaitan dengan hadis nabi. Sultan Muhammad Al-Fateh meminta bantuan Syeikh Bayram, untuk melawan dan membuktikan kebenaran hadis Rasulullah. Dengan izinNya, beliau berjaya menghidupkan orang mati, membuka pintu hati Zarqhanus.

Mereka yang suka membenci, menentang, mengutuk ini, sebenarnya pasti akan menyukai sesuatu. Melainkan Yahudi, yang tidak pernah redha dengan Islam, sehinggalah Islam ikut telunjuk mereka, walaupun hingga ke lubang biawak. Itu mustahil, sebab selagi mana ada pejuang Islam, selagi itulah Islam dipertahankan, sehinggalah hari kiamat. Tunggu saja Imam Mahdi, dan nabi Isa, baru kecut perut Yahudi.

Berbalik ke racist, jadi racist pasal bangsa ini, yang mengutuk orang Sabah itu, insaflah. Tiada guna kau mengutuk-ngutuk sana. Tambah dosa saja. Allah Maha Adil, kalau ditakdirkan kau mati hari ini, sempatkah kau bertaubat? Kepada yang kena kutuk, bersabarlah. Marah itu patut, tapi dengan hikmah. Tiada guna kita lawan provokasi dengan provokasi. Kau kena maki hamun, kau maki hamun balik, lebih kurang saja kamu.

Apapun, jom hidup aman damai. Kan kita SATU MALAYSIA. Apalah korang ni. Keh keh.

Kesimpulan, siapapun kita, kalau kena kutuk, be cool. Kalau Islam dikutuk, pertahan dengan kalimah "Laaillahaillallah", solat berjemaah. Kekuatan ukhwah, ada dalam solat berjemaah. Insya Allah, selagi mana kita beriman terhadapNya.

AvA - Okay, satu tugasan, sebelum exam, Idul Adha. Tumbang sapi, tumbang sapi. ^_^

Monday, 31 October 2011

Cinta monyet.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih boleh menaip lagi. Heee. Aku tak dapat tidur, jadi alangkah baiknya aku menaip sesuatu.

Tajuk itu, sudah boleh gambaran bagi anda kan? Keh keh keh.

Cinta monyet, cinta ketika sekolah. Kenapa time sekolah saja kena panggil cinta monyet? Time di IPT tidak pula?

Sebab time ini, bebudak sekolah suka tukar-tukar pasangan, sebulan couple break, seminggu couple putus, sehari couple, cerai. Hoh!

Cerai? Erk, bila kahwin? keh keh keh. Sebenarnya, dipanggil cinta monyet ini, sebab, macam monyet. Sudah makan pisang, mau lagi pisang lain. Kan? Sudah puas bercintan-cintun, cari lagi orang lain.

Realitinya, cinta monyet ini buang masa. Kalau dulu, ketika friends di FB masih angka 1000 ke atas, ada sajalah cintan-cintun monyet bebudak sekolah, juniorku, yang berpost-post. Lepas tu ada juga memaki, sebab bf kena kacau orang lain. Kalau lelaki, tak pernah memaki hamun pula. Eh?

Sudah tu, kalau cinta monyet ini, berkepit maut, terutamanya lepas sekolah. Di sanalah, dating sana sini. Yang bikin hairan, tiada guru sound-sound. Guru mau korek cerita adalah!

Lepas tu, kalau ada big event, macam sukan, hari guru, hari kebangsaan, memang kepit habis jo. Apa boleh buat. Syukurlah, sebab korang tak percaya teori Darwin, yang mana dia kata manusia asalnya monyet.

LAWAKNYA, seminggu kemudian, orang lain dah ganti. Senang sungguh!

Dalam FB, bergumbira kunun dengan orang baru. Tiga hari kemudian, tukar orang lagi! Adish.
Itu yang tukar orang, macam mana dengan nama yang panjang, memberitahu dia suka seseorang?

SDSEREFSDALWAYSLOVEYOU CHENTADIA <-- Seriusly, this is harmful.

Aku mengutuk ke ni? Bukan mengutuk. Ingin buka mata bebudak sekolah saja. Jadi, siapa rasa dia budak sekolah, kalau terbaca ini, paham-pahamlah.

Namun ada juga yang aku salute, kawanku, dari sekolah sampai sekarang masih kekal. Ada juga, sejak 2009, time kami SPM, dan sekarang dia dah kahwin. Baguslah.

Cerita cinta monyet ini, rekod terlama pernah dicatatkan........seminggu saja. Paling sekejap? Oh, sehari. Bagaimana? Itu nanti bakal isteri saja akan tahu. Keh keh keh.

Cinta IPT? Aku no komen. Masing-masing dah besar, anda fikir sendiri. Jika mengharap hingga ke jinjang pelamin, pastikan berbatas ketika belum kahwin. Kalau sekadar main-main, baik lupakan saja dia.

Tiada faedah pun cinta monyet, baik-baik, gaduh, break. Kan? Baik lagi tumpu study. Dengan SPM makin dekat ni, SPM ini yang akan jadi nilai untuk menentukan di mana anda pada tahun 2012. Ohhooo. Apapun, gudluck SPM 2011. Kepada awak yang SPM, baik-baik ya. S.S.

Belajar...sampai sekarang kebluran aku dalam subjek killer LDS masih tinggi. Apapun, harap dapat masuk otak ilmu-ilmu ini. Amin.

Kisah FB, hmm...paling ketara, makin banyaklah gambar kucing. Apapun, aku suka tengok kucing-kucing tersebut. Okaylah kan? Daripada aku tengok benda lain. Takkah haru nanti. Keh keh keh.

Raya Idul Adha pun dah dekat. Raya kali ini, insya Allah sambut di IPG. Buat ibadah korban, tumbanglah tiga ekor, if i'm not mistaken, lembu. Hehe. Penangan daging lembulah nanti ahad ni. Insya Allah.

Kesimpulannya, entahlah. Ohya, kak nija bestday hari ini. Sanah helwah kak. Mudah-mudahan jadi guru baik nanti. Jangan teriak-teriak. ^^v

AvA - ..........................

Tuesday, 25 October 2011

"FACE IT"

"If you have problems, FACE IT. Don't FACEBOOK IT."

Quote special. Heh. Sesiapa tertembak hatinya, bagus. Fikir.

Facebook tempat apa? Tempat? Cari kawan, kawan lama, kawan baru, saudara, siapa-siapa saja.

Apa itu status? Untuk memberitahu perkembangan yang berlaku pasal situasi, berkongsi ilmu.

Part yang aku mahu sentuh, SITUASI.

Perlukah memaki? <--- Agama tak ajar memaki. Islam ka, Kristian ka, Hindu ka.

Perlukah update tiap masa? <--- Terpulang. Tapi orang pasti jelek dengan anda.

Perlukah buka aib orang? <--- Agama sendiri larang. Islam larang umatnya buka aib orang. Agama lain juga begitu.

Perlukah marah-marah? <--- Tiada guna. Syaitan rasuk, padan muka.

Wahai Pae, kenapa sibuk-sibuk sangat? <--- Well, sebab status korang banyak memaki, marah-marah. ^_^

Jadi kenapalah? Bukan FB kau kan? <--- Ya bukan. Tapi, tak bolehkah bersabar kalau ada dugaan?

Suka hati akulah! <--- Suka hati aku juga mahu tembak korang. Kehkehkeh.

Kau ini, kenapa juga?! Aku mengadu masalah pada FB bukan pada kau.

^-- Ada Allah, kenapa tak mengadu padaNya? Dia Maha Mendengar, Dia Maha Mengetahui. Kan?

Sudahlah kau! <--- Itulah, orang tegur tak makan saman. Ditembak hati, mengamuk pula.

Sebenarnya, Facebook ini untuk kita bersosial secara maya. Aku tak kisah status yang okay-okay punya, cumanya kalau status memaki hamun, mengamuk tak tentu pasal, apa kes?

Kalau ada dugaan, cuba luah dulu pada Allah. Try sekali. Percayalah, tenang. Confirm! Tenang. Kalau tak tenang, kualiti ibadah korang ada tak kena itu. Jadi bagaimana? Berubahlah. Insya Allah.

Tahukah korang bahawa tiap dugaan itu ada hikmahnya? Setiap benda yang menyakitkan itu dugaan. Betul. Orang kasi sakit hati kita, dugaan. Ada konflik dengan orang lain pun dugaan. Tapi ingat, cari puncanya, muhasabah diri. Bincang baik-baik. Kalau konflik berlaku, itu menunjukkan sejauh mana kita boleh bersabar, terutamanya bertentangan pendapat. Kan?

Jadi, pembaca sekalian, jangan memaki di FB. Aku memang tak tegur kalau ada orang buat begitu, paling-paling aku suruh sabar saja. Itu sajalah. Kalau aku pun memaki, maka tegurlah aku. Insya Allah, saling bertegur itulah cara untuk membentuk individu yang mantap, dan hebat. Hehe.

Kesimpulannya, jadikan FB tempat berkongsi benda baik, jangan memaki hamun. Okay? Keh3.

AvA - Janganlah memaki. Tidak bagus. Keh3.

Menjelajah YouTube.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk bernafas. Syukur.

Oh yeah, kini telah sedang bercuti, study? Adesh. Sekejap-sekejap saja ni. Apa macam ini. Takpa. Aku nak usaha lagi.

Salah satu sebab aku sikit-sikit belajar, gara-gara DotA. Urgh! Dengan map baru dah keluar, semua hero mantap-mantap, aish. Tapi itulah. Hari ini, hanya dua game saja setakat ini. Kehkehkeh.

Okay. Tadi aku bosan, bosan, bosan. Jadi selain FB, aku masuklah YouTube. Yalah. Tapi kali ini, mencari benda yang smart-smart. Kalau dulu, DotA video dicari.

Sedang mencari benda smart-smart, dengan izin Allah, aku teringat fenomena seorang ustaz di Malaysia. Sampaikan artis sendiri pernah rujuk kepada dia. Siapa dia? Heee. Aku agak, korang boleh teka kan?

Dan makin banyak ilmu, yang selama ini aku tak pernah tahu. Daripada cerita hukum menyimpan Quran di laptop, handphone, sehingga hukum kahwin, jima' (wow) dan banyak lagi. Paling penting, sekalipun loghatnya tu agak pekat, tapi senang mahu faham. Dan confirm, tak kering gusi. Lawak saja. Santai, macam Dr. Fadzilah Kamsah. Keh,keh,keh. Jadi meh aku share dengan korang. Sebab aku rasa, tak semua orang tahu, jadi aku nak share la. Mudah-mudahan bermanfaat kepada diriku, dan korang semua. Insya Allah.

Ini linknya saja. Semuanya direct to YouTube. Maaf ya. :)

Sebenarnya banyak lagi. Tapi aku close tab semua sebab buffering slow. Namun syukurlah, time cuti ini, bukan game ja aku layan. Hehe. Sebab dulu-dulu, asyik game je. DotA, DotA, DotA. Entahlah.

Mudah-mudahan link di atas ini, beri manfaat kepada kita semua. Seterusnya menambah minat kita untuk mendalami ilmu agama. Insya Allah.

Indah semua ini. Aku ada terbaca satu komen "keindahan iman yang tidak dirasai oleh orang yang belum terima hidayah" - lebih kurang begitulah. Aku berfikir juga, betul. Namun ada hikmah semua ini, Allah beri hidayah kepada kita, supaya kita sedar, dan seterusnya membawa orang lain ke jalan yang sama.

Tapi untuk mendapat hidayah, doa dan usaha perlu ada. Sebab itulah turunnya ayat al-Fatihah ke 5 bermaksud : Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Inilah ayat yang semestinya kita ikut. Tapi apa nak jadi orang zaman sekarang? Bila diajak amar ma'ruf, dia kata "nantilah tunggu hidayah", macam mana nak ada kalau kita tak sembah Allah terlebih dahulu?

Bukan mudah, tapi tak susah. Ingatlah, dunia ini sementara, akhirat itulah kekal selamanya. Insya Allah, dengan kehidupan beragama, hidup kita bahagia.

Kesimpulannya, link itu bermanfaat kepada kita semua, sekiranya kita mementingkan rohani kita. Insya Allah.

AvA - Bakal isteri, sila lihat link yang pertama. Bagitau parents anda, "mak ayah, lihat video ini." Keh3.

Wednesday, 19 October 2011

Study - Situasi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Allah masih beri aku kekuatan untuk menaip entri di blog ini. Semakin menuju ke exam semakin banyak idea yang timbul. Keh keh keh.

Cerita kali ini, study. Study, study, study. Exam official, setelah meninggalkan SPM selama dua tahun. Ternyata tekanan memang dirasai.

Sekalipun begitu, bukan mudah untuk fokus. Betul. Ujian datang menimpa, masalah hadir tanpa dijangka, dugaan melanda dengan berterusan.

Namun itu semua, hanyalah ujian daripada Allah S.W.T. Yakinlah, itu memang ujian daripada Yang Maha Esa.

Kenapa? Untuk mengetahui sejauh mana kita berharap kepada Dia. Dengan berharap kepada Dia, dengan memohon pertolongan daripadaNya sajalah boleh menjayakan kita, dan itu tidak diberi secara terus, yakni dengan usaha saja boleh membantu kita.

Teringat kata-kata sering diucapkan, "Allah melihat kepada usaha kita, bukan hasilnya." Setuju. Kalau tak usaha, mana mungkin Allah akan tolong, melainkan Dia mengizinkan.

Tapi bagi pendakwah, sememangnya janji Allah itu ada. Surah Muhammad ayat 7 menyatakan:
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."

Untung jadi pendakwah. Ada seorang ulama hebat, beliau tugasnya mendakwah saja. Ketika exam pada esoknya, dia masih berdakwah. Tapi tetap keputusan cemerlang. Kenapa? Yakinnya kepada Allah tinggi melepasi kita. Kita kena ingat, yakin kita kepada Allah tidak setinggi mereka. Tapi kena yakin dan usaha, supaya Allah bantu kita. Insya Allah.

Dalam study ini juga, ada satu ujian menghalang. Iaitu cuti. Cuti minggu depan, sempena Deepavali. Ramai balik. Aku tak tahu nak balik atau tidak. Kalau tak, dapat belajar, kalau ya makan free di rumah. Hatiku berbelah bahagi. Kelemahan ku, susah mahu belajar kalau di rumah. Huuuu. Mudah-mudahan Allah beri petunjuk kepada kita semua.

Okay, pada hari ini juga, seorang saudara seagamaku, kakak Hanisah mengambil muet. Kak, aku doakan kak dapat jawab dan dapat keputusan terbaik untuk kak. Insya Allah, sebab aku tahu kak memang seorang berkebolehan. Aku mengagumi sifat kak itu. Heeee.

Terima kasih kepada seorang komentator, hehe, musafir kehidupan (aku kenal kak) atas memesan untuk menjadi terbaik. Insya Allah kak. Mudah-mudahan pembaca yang baca entri ini juga sentiasa berusaha menjadi baik.

Teringat pasal mahu jadi baik, teringat status seorang kakak di FB, ada orang mempertikaikan perubahan dia, dari tidak bertudung kepada bertudung. Alhamdulillah kepada kakak Wanniey, sebab Allah telah memberi petunjuk kepada kakak.

Manusia ini memang banyak ragam. Tapi paling ketara, paling tipikal, mereka tak boleh lihat orang senang. Orang buat baik, salah. Orang buat pun salah. Itu ofkoslah. Ingat kisah Luqman Al-Hakim? Kalau ingat, begitulah cerita manusia sekarang.

Tak salah cemburu, tapi dilarang berdengki. Cemburu orang alim yang tinggi amalan, membuatkan kita berusaha meningkatkan amalan kita. Itu diharuskan. Tapi ini, nak buat baik dipertikaikan "tak payahlah kau buat baik sana. Kau bukan baik sangat pun." Kalau buat jahat "inilah ini. Kecik-kecik tak mau mampus, sudah besar buat jahat." Bagi kes jahat, itu anda tanggun sendiri cemuhan orang lain.

Jadi macam mana untuk hadapinya? Buat saja kebaikan. Biarkan mereka. Allah saja tahu hati kita. Sebab kita ini milikNya. Kan?

Apapun, berbalik ke study tadi, aku ada azam untuk exam. Ingin mendapat keputusan cemerlang, untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Tak mudah, tapi tak susah. Yang penting, jangan tinggal apa yang diperintah, dan jangan buat apa yang dicegah.

Kalau mau tips-tips study, insya Allah aku bagi. Mana boleh bagi terus. Nanti habislah idea. Keh3.

Apapun, semoga maju jaya kepada rakan-rakan yang ada exam, berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir. Ceh, bombastik! Huh!

Kesimpulannya, aku malas sentuh pasal cinta. Miahahahaha!

AvA - Senyum tak perlu kata apa-apa ^_^

Saturday, 20 August 2011

19 Ogos.

Assalamualaikum,

Skema. Keh3. Tidak ba. Okaylah. Kini kita telah masuk ke fasa terakhir bulan Ramadhan. Tapi, ready kah kita untuk menghadapinya? Fikir-fikirkan.

Semalam (kemarin) hari jumaat. Ofkoslah hari jumaat. Takkan hari sabtu. Terasa ingin ku luah di sini, tapi ada perkara yang tak boleh. Keh3.

Banyak event berlaku semalam. Dari awal pagi hingga awal pagi tadi. Kah3. Hakikat tidak tertidur sehingga sahur, nasib bangun subuh.

Awal pagi ada tazkirah daripada ustaz JAPIM, Mohd Rusli. KPM minta buat program begitu DISEBABKAN UNTUK LAPORAN RAMADHAN. Tapi IPG Keningau buat keputusan untuk melakukannya sepanjang masa sampai bila-bila. Insya Allah kalau ada lapang, aku akan mula update pasal tu benda.

Lepas kuliah macam biasa, barulah terasa macam pergi kuliah. Belajar dalam kumpulan, walaupun hakikat bercerita, tapi adalah juga disentuh pasal tugasan.

Lepas kuliah ofkoslah, solat jumaat. Ini part ni pun banyak juga cerita. Diceritakan tentang fasa terakhir Ramadhan. Insya Allah aku akan update. Eh? Dah diketahui tajuknya. Hehehe.

Lepas solat, aku dan ahli JKM pergi mencari keluarga mualaf. Besok (Ahad) aku serta geng-geng ku akan ziarah mereka secara official. Keh3.

SUNGKAI. Ini dia event penting. Ceh kunun. Haha. Untuk kali pertama dalam sejarah Ramadhan 1432, aku berbuka di luar. Hehe. Di Kak Faridah Cafe (KFC). Keh3. Kenapa? Sebab mau sambut birthday adik a.k.a kawanku, ARU! Hehe.

Kabur. Sorryla. Kamera anfon pula tu.
Itu dia. Birthday girl. Sampai nangis dia. Apa ni, bilang rockers? Heehehe. Aku tak da hadiah untuk dia. Takpelah. Aku bagi dia Aghanim Scepter ja nanti. Ups.

Memang meriah tu. Ni kes lepas azan berkumandang. Yang kes sebelum azan tu, punyalah sandih ramai orang. Sebelum masuk lagi, dah nampak dah. Junior-junior BM. Adeh. Ramai sungguh. Hmm. Takpelah. Meriah juga. Dan untuk pertama kalinya aku berbuka dengan KURMA. Keh3.

Siok juga sekali sekala sungkai di KFC, terutamanya kalau ada orang birthday. Cumanya, untuk kali pertama, aku dihidap self-Parkinson. Cis sungguh. Amatlah parkinson! Kenapa? Oh itu ialah rahsia. Tapi sungguhlah, forbidden kuari. Hahaha.

Jom lihat gambar.


Bini-bini sekalian, menjamu lah korang. Keh3. Ada banyak lagi. Jom lihat.


Ni laki2, geng2 aku juga ni. Cis. Kalau ni kamera pusing lawan jam 150 darjah, naa. Sudah parkinson. Haha.


Comel2 dan hensom kan kawan2 ku? Ofkoslah. Mereka kawanku. Kalau aku? Tak comel, hensom kurang, tapi...Mantap. Keh3. (Hensem ba.)

They made my day. Memang at first masuk di KFC tu, aku rasa macam mau balik ja. Why? Sebab ramai. Ramai2 sampai terkena parkinson. Kuari sungguh. Nasib tak pengsan. Hehe.

Tapi memang aku awal balik dengan pakcik ku. Sebab kitorang nak pergi terawih di masjid pekan. Fasa terakhir, aku berazam untuk tingkatkan amal ibadah. Korang apa macam?

Tapi memang sioklah 19 Ogos ni. Kenangan indah. Insya Allah aku tak lupa. Sampai terkena PARKINSON. Hehe.

Kesimpulannya, aku sangat happy sampai ke hari ini! Dan paling siok, anak kucing di bawah.




COMEL KAN??!! (Seriusly si Pae ni gembira sampai gila)

AvA - Untuk kali pertama juga, Allah memberi mimpi yang indah! Alhamdulillah!

Saturday, 19 March 2011

Ada jauh lebih teruk dan jauh lebih baik dari anda.

Assalamualaikum,

Inilah malam terakhir aku di rumah. Aku seperti malas nak ke IPG walaupun aku suasana di sana, tapi takpelah.

Jom kita sentimental sikit. Kehkeh. Pernahkah anda rasa malu terhadap diri, rendah diri melampau, rasa diri ini tak layak berada dalam golongan lain, rasa diri ini teruk sangat, rasa diri ini selalu cetus masalah sehingga orang tak suka. Dengan kata lain, rasa diri anda sangatlah tidak diperlukan di dunia ini.

Janganlah anda menafikan. Kita semua pernah rasa begitu. Ya, siapa tak pernah maka dia seorang happy go lucky. Kononlah. Kehkeh. Adakah kebaikan kita rasa perkara sedemikian? Ada, ini menunjukkan kita rendah diri tapi ingat, jangan terlampau seolah-olah kehadiran kita membawa kebencian terhadap orang padahal takde salah pun.

Tapi sebenarnya, kita tak harus fikir begitu. Kita kena muhasabah diri dengan memberi keyakinan bahawa kita ini bagus sebenarnya. Sebab ada jauh lebih teruk dari kita. Percayalah.

Apabila menghadapi perasaan begini, kita kena sentiasa berdoa dan beribadah kepada Allah, sesungguhnya Dialah saja yang mampu mengubati hati kita. Dialah Maha Pengasih dan Penyayang. Janganlah kita feel down lagi.

Kedua, pasal mengatakan orang teruk. Okay ini banyak sangat kes ini. Pernahkah anda terfikir "alaa, dia bukan bagus sangat pun. Aku lebih bagus dari dia. Huh." perkara ini? Janganlah menafikan, kita semua pernah rasa.

Okay, pasal ini, aku telah kata balik-balik jangan berprasangka. Prasangka baik saja terhadap dia, sebab dia lebih baik dari kita. Di FB, ramai users suka mencaci, memaki hamun orang lain. Betapa aku panas sungguh melihat perkara begini, adakah FACEBOOK tempat memaki hamun?

Buat apalah mahu maki hamun orang yang baru buat sedikit kesilapan sudah kita anggap macam dosa besar. Perlukah begitu? TIDAK! Korang yang buat dosa sebab memaki hamun orang lain hanya kerana sedikit kesilapan. Benar sungguh kata-kata popular ini, kalau orang buat seribu kebaikan, dan tersilap sedikit, kesilapan itulah yang diingat sampai bila-bila. Cumanya kalau kita tak pernah kenal tiba-tiba pula ada orang tu buat salah yang tidak sepatutnya, kita kena nasihat dan jangan sesekali mengamuk tak tentu pasal.

Kecewa dengan keadaan, aku rasa macam mau je cili orang tu, cubalah bawa bersabar. Ini sampai kata orang itu sial, f**k, najis, teruk, gila, macam-macam. Oh, tak guna sungguh orang sebegitu.
Pendek kata, kalau kita rasa down, ingatlah bahawa ada orang lebih teruk dari kita. Kalau kita anggap orang lain tak berguna, sesungguhnya dia jauh lebih bagus dari kita. Kenapa? Supaya kita sedar bahawa tiap-tiap manusia yang dicipta mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Allah sudah cipta kita sebaik-baik manusia. Jadi kenapa mahu kata kita ini teruk atau kata orang lain itu teruk?

Kesimpulannya, beristighfarlah kita banyak-banyak. Mudah-mudahan kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

AvA - Penulis sendiri rasa down. Sebab situasi yang dialami beliau membuatkan beliau down.